Ummi Hafilda Usah "DEMAND" Dalam Perjuangan Ini.
Thursday, July 12, 2012
Sekali lagi bukan niat nak memperlekehkan Ummi Hafilda yang sememangnya tidak dapat dinafikan jasa beliau dalam mendedahkan siapa Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia. Malah tidak juga Gomo ini bersifat dengki dengan Ummi Hafilda dengan pendapatan yang beliau raih dalam siri ceramah ceramah yang dilakukan beliau.Niat Gomo hanya satu iaitu untuk menyedarkan Ummi Hafilda, UMNO dan sesiapa sahaja agar menerima teguran ini secara terbuka dan mengatasinya pada masa yang akan datang.
Sebelum ini Gomo ada mengeluarkan artikel teguran ke atas Ummi Hafilda agar usah terlalu mengejar amaun dalam siri ceramah yang beliau lakukan. Malah reaksi yang Gomo perolehi dari pelbagai pihak menjerumus kepada kenyataan BENAR dan bukanlah satu rekayasa tentang apa yang diperkatakan tentang Ummi Hafilda ini. Namun ada juga komen yang dilihat mempertahankan Ummi Hafilda dan melabelkan Gomo seorang yang dengki dengan kejayaan Ummi. Dengki macam mana?
Lihat video dibawah ini:
Mungkin ada yang akan kata mengapa Gomo tentang Ummi Hafilda yang banyak berjasa kepada negara. Gomo menafikan yang Gomo menentang Ummi Hafilda sebaliknya nak menyedarkan Ummi Hafilda agar usah terlalu mengejar habuan dan bersikap pilih penonton jika benar beliau ikhlas untuk berjuang.
Bukan Gomo nak menggangkat Ustaz Fathul Bari dan juga ahli Pidato UMNO tetapi mereka ini cukup ikhlas dalam berjuang. Ustaz Fathul Bari yang ceramah nya lebih berkesan dalam aspek Agama dan Kerohanian dan mampu menarik ramai penonton juga tidak bersikap "DEMAND" dalam ceramah yang beliau dijemput. Itu satu pekara yang mungkin Ummi Hafilda terlepas pandang.
Kelab Pidato UMNO yang mana Gomo boleh katakan kenal mereka ini kerana mereka ini adalah dari kalangan pelapis pemuda UMNO. Keringat mereka ditagih oleh UMNO dari masa ke semasa namun untuk mereka ini dibantu agak perit situasinya.
Bukan bercakap soal mengejar wang ringgit tetapi mereka ini bercakap dan tidak 'DEMAND" dalam menuntut bayaran namun penghargaan perlulah diberikan diatas apa yang mereka lakukan dalam mendekati rakyat melalui ceramah ceramah kelompok mereka.
Harus kita ingat UMNO tidak sepertimana PAS mahupun PKR yang mengutip derma dalam siri ceramah yang mereka anjurkan. UMNO tidak mengamalkan budaya sebegitu kerana kita mampu memberikan saguhati kepada penceramah dan tidak mahu membebankan rakyat.
Tidak seperti PAS mahupun PKR yang akan mengutip derma dalam siri ceramah meraka dan kemudiannya diagihkan kepada para penceramah. Sebab itu tidak mustahil ada artis yang masuk PAS semata mata untuk kejar berceramah bagi meraih hasil ribuan ringgit pada satu satu ceramah yang dianjurkan.
Berbalik kepada Ummi Hafilda tadi Gomo ingatkan sekali lagi agar beliau kembali pada landasan perjuangan yang sebenar. Biar 50 orang, 30 orang ataupun Puluhan ribu orang sekalipun perjuangan menentang anwar Ibrahim tetap sama dan membantu rakyat Malaysia agar tahu siapa Pengkhianat Agama Bangsa dan Negara iaitu Anwar Ibrahim.
Ummi Hafilda penting dalam perjuangan kami para Blogger tetapi dalam kepentingan ini usahlah disalahgunakan kepentingan tersebut sehingga bersikap "DEMAND" disana sini sehingga menjejaskan kreabiliti anda.
Yang baik kita jadikan Ikhtibar....
Psssttt.... Bukan soal Wang Ringgit tetapi soal sikap kita dalam berjuang.
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT




