Kubah Masjid Jatuh Di Kelantan Petanda Agar PAS Kembali Ke Landasan Islam

Wednesday, July 25, 2012


Kubah Masjid Jatuh Di Negeri Serambi Mekah, Apa Tandanya?

Biasanya apabila sesuatu binaan atau bangunan tiba-tiba runtuh di negeri yang diperintah oleh BN, para penyokong pembangkang khususnya dari PAS akan segera 'memfatwakan' kejadian tersebut sebagai bala ataupun tanda kemarahan Allah s.w.t terhadap pemimpin BN.

Namun bilamana sebuah masjid di Kelantan tiba-tiba jatuh kubahnya dek kerana hentaman angin ribut, apa pula petandanya yang mahu ditunjukkan oleh Allah s.w.t terhadap Nik Aziz Nik Mat yang sudah 22 tahun bergayut pada kerusi empuk MB Kelantan?

Takkanlah pula disebabkan kubah masjid yang jatuh itu kebetulan berlaku di Kelantan, maka secara automatik penyokong PAS sekadar memandang ringan peristiwa tersebut dan menganggapnya sebagai takdir semata-mata?

Sedangkan sewaktu sebuah masjid di Port Dickson pada pertengahan tahun lepas pernah mengalami peristiwa sama telah sengaja dipropagandakan sebagai oleh PAS dan PKR kononnya itulah petanda kemurkaan Allah s.w.t terhadap DS Najib.

Manakala keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu pula pernah dipropagandakan oleh penyokong PAS sebagai petanda murka Allah s.w.t terhadap MB Terengganu selain dikaitkan sebagai berleluasanya rasuah dalam meluluskan sesuatu projek.

Kenapa tidak kali ini, peristiwa kubah berpusing-pusing sebelum jatuh di perkarangan Masjid Mukim Padang Pauh, Pasir Mas itu dikaitkan dengan petanda kemurkaan Allah s.w.t terhadap sikap Nik Aziz dan pemimpin PAS yang gemar memutar belitkan ayat Al-Quran dan Hadith untuk kepentingan politik parti.

Barangkali juga, kubah uzur yang jatuh itu membawa maksud, disebabkan Nik Aziz gagal menjalankan tanggungjawab menaiktaraf kualiti hidup rakyatnya, maka akibatnya pada PRU 13 nanti dirinya akan jatuh terhumban dari puncak kuasa.

Hakikatnya, bala atau petanda, ujian atau sebaliknya hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui kebenarannya. Kita boleh membuat pelbagai tafsiran, betul atau tidak bukan kita yang mampu tentukan.

Tatkala tokong berhala besar di sekitar Tumpat, Kelantan boleh menerima puluhan ribu ringgit duit sumbangan saban tahun dari kerajaan negeri dan pemimpin PAS Kelantan, peliknya sumbangan yang sama untuk Rumah Allah s.w.t bagi tujuan selenggara dan baik pulih gagal pula dilaksanakan.

Yang pastinya, masjid yang telah dibina pada 1977 itu hanyalah secebis bukti betapa gagalnya Nik Aziz dan PAS dalam menjaga rumah Allah s.w.t.

Sumber Beruang Biru

Psssttt... PAS akan menyatakan semuanya salah UMNO?


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Read more...

Bila Bala Datang Walaupun Sekecil Ini. Bertaubatlah Nik Aziz, Hadi Awang, Anwar Ibrahim


Tahun 2009


Minggu Ini di Bulan Ramadhan


Fikirkan


Bila Kafir diberi tempat dalam berpolitik sampai kedalam Rumah Allah.


Semoga setiap umat Islam mendapat iktibar dari gambar gambar diatas ini. Berpolitik lah kita dengan apa yang ada namun janganlah sesekali kita melacurkan Islam itu sepertimana yang berlaku dalam gambar gambar diatas.

Ini baru sikit petunjuk yang diberikan kepada kita rakyat Malaysia dan bayangkan jika Anwar Ibrahim seorang peliwat tegar menjadi Perdana Menteri Malaysia. Apa musibat yang akan berlaku keatas kita semua terutamanya umat Islam Malaysia.

Psssttt... masih menunggu reaksi Puak PAS dalam pekara ini.


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Read more...

GPRS Desak Kerajaan Pusat Terus Laksanakan Projek Air Langat 2 Untuk Rakyat





Sohaimi Shahadan berkata GPRS dan NGO-NGO lain akan melakukan beberapa perkara bagi menjelaskan perkara yang sebenar kepada rakyat terutamanya di Negeri Selangor.

Antara tiga perkara yang disebut Sohaimi, GPRS akan menggerakkan siri jelajah tentang isu air dengan berteraskan fakta. Seterusnya mereka (GPRS) akan mengedarkan kira-kira 500 ribu risalah mengenai perkara sebenar berkaitan isu tersebut dan akan menggantung kain rentang bagi tujuan yang sama.

GPRS juga mendesak kerajaan persekutuan agar tegas untuk melaksanakan projek Langat 2 supaya krisis air Selangor dapat diselesaikan.

Sumber KL POS

Psssttt... Kerajaan pusat usah ikutkan sangat permainan politik Pakatan Haram Selangor tu kerana yang akan dapat musibat kelak adalah rakyat sendiri.

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Read more...

DAP Beri Amaran Pada Tun Mahathir Gara Gara Video Ini







Tepat dan padat apa yang dinyatakan oleh Ayahnda Tun Dr Mahathir mantan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia. Apa yang dinyatakan oleh Tun M perlulah diambil ikhtibar oleh kita semua yang mana orang Melayu mestilah bersatu bagi memastikan nasib anak cucu cicit kita akan terbela masa depanya.

Ayahnda Tun M terbaik sepanjang zaman..... Semoga panjang umurnya....Amin


Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP