MUSIBAT - Kerana Undi Politik, PAS Sanggup Kafirkan Sesama Islam.

Thursday, July 26, 2012







Dalam Ramadhan ini kita sendiri dapat melihat beberapa kejadian dan insiden yang luar biasa berlaku apatahlagi diwaktu bulan ramadhan yang mulia ini. Bukan Gomo nak memperlekehkan pembangkang terutamanya PAS tetapi itulah hakikatnya dengan kejadian yang berlaku.

Dalam bulan Ramadhan Masjid Ar Rahimiah di Kota Raja Selangor dinaiki air yang mana memaksa para jemaah tidak dapat bersolat seperti biasa. Mungkin ramai yang tidak mengambil kisah mengenai kejadian tersebut namun ramai penduduk sekitar Kota Raja dan juga mereka yang mengikuti perkembangan arus politik tanah air berbeza pendapat mereka mengenai kejadian tersebut.



Tahun 2009 kecoh apabila Xavier Jayakumar Adun Seri Andalas telah menjejakkan kaki beliau ke dalam Masjid Ar Rahimiah yang mana beliau turut menyampaikan Tazkirah kepada umat Islam yang berada didalam Masjid waktu itu. Kedatangan beliau adalah diundang oleh parti PAS yang kononya nak memperlihatkan Xavier Jayakumar seorang yang prihatin tentang Islam.



Hakikat yang sebenar Xavier Jayakumar adalah seorang Kafir yang berugama Kristian dan tidak langsung berkaitan dengan kehidupan seorang Islam. Dari segi makanan juga Xavier memakan segala macam makanan termasuk Babi dan beliau bukanlah didalam keadaan bersih sepertimana umat Islam yang bersolat didalam Masjid tersebut.

Gomo andaikan bahawa kejadian banjir yang menimpa Masjid Ar Rahimiah adalah kerana sedikit kesan ata apa yang dilakukan PAS apabila menjemput seorang Kafir memberikan Tazkirah kepada umat Islam yang lain yang mana menjadikan Masjid sebagai pentas politik dalam menghina dan memperlekeh umat Islam yang lain iaitu UMNO.



Begitu juga dengan jatuhnya Kubah Masjid di negeri Kelantan yang berada dibawah pentadbiran parti PAS. Jatuhnya Kubah Masjid atas alasan ditiup angin ribut dan dakwa pimpinan PAS ianya adalah kuasa Tuhan dan bencana Alam. Ia Gomo tak menafikan ianya bencana alam tetapi apakah tidak jelas tanda yang diberikan kepada pentadbiran PAS Kelantan akan insiden yang berlaku?

Gomo tidak mahu berceloteh panjang mengenai Musibat ataupun Tanda kebesaran Allah kerana Gomo bukanlah seorang yang sempurna. Namun kita sesama umat Islam harus ingat mengingati agar jangan kerana persaingan politik menjadikan ianya satu sengketa sehingga memberikan jalan buat Kafir menjarah rumah Allah.

Buat parti PAS, Gomo harapkan usahlah mengkafirkan sesama umat walaupun berlainan kiblat dalam arus politik. Tegur secara berhemah dan bersama menjaga Rumah Allah dan juga nilai kita sebagai seorang Islam. Mungkin Nik Aziz, Hadi Awang perlu sedar bahawa Islam itu satu dan tidak ada dua mahupun ketiga tetapi politik itu luas yang mana hari ini boleh didalam PAS, esok boleh UMNO dan lusa boleh kembali semula kepada PAS.


Ikhtibar buat semua umat Islam

Jangan kita taksub sampaikan sanggup melacurkan Islam, Rumah Allah kepada puak Kafir demi meraih undi politik yang hanya sementara kekuasaanya didunia. Masih banyak ruang untuk kita semua perbaiki dan menjadi satu kewajipan buat kita seluruh umat Islam saling berfikiran waras dalam hal ini.


Psssttt... Tsunami juga benca alam, tetapi makna disebalik Tsunami yang membunuh ratusan ribu nyawa?

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Hina Sangatkah Rosmah Mansor Sampaikan Gambar Mengaji Al Quran Dijadikan Bahan Kutukkan?




Gua hairan dengan juak Pakatan Pembangkang terutama pihak PKR dan PAS yang cukup anti dengan Datin Seri Rosmah Mansor isteri kepada Perdana Menteri Najib Razak. Apa sahaja pekara yang baik pastinya mereka puak gerombolan pakatan ini akan mewujudkan kebencian keatas Rosmah Mansor. Kenapa?

Gambar diatas yang tersebar semalam dilaman Facebook dan juga Blog telah dispin oleh gerombolan pembangkang dengan memperlekeh usaha dan kewajipan Rosmah Mansor yang sedang mengaji Al Quran.

Hina sangatkah Rosmah Mansor sampaikan gambar yang memaparkan beliau sedang mengaji Al Quran diperlekehkan dan dipersendakan oleh gerombolan pembangkang? Apakah salah tindakan beliau mengaji Al Quran?

Macam macam komen yang dikeluarkan oleh pihak pembangkang dan paling bangsat apabila ada komen yang menyatakan "Mengaji tu pun kerana terpaksa". Betul biadap lah puak Pakatan haram ini. Benda baik yang dilakukan akan menjadi bahan momokan mereka pembangkang ini.

Buat gerombolan Pakatan Pembangkang cukup cukuplah menfitnah, mencerca dan mencaci Rosmah Mansor, Najib Razak dan pimpinan BN yang lain. Dibulan puasa penuh keberkatan ini adalah seharusnya membuat amal ibadat daripada duduk sibuk mengadu domba kesana kesini. Rakyat dah muak dengan pembohongan dan fitnah pakatan Pembangkang. PRU 13 nanti lihatlah tanda protes rakyat keatas Pakatan Pembangkang.

Psssttt... Rosmah Mansor mengaji pun salah, ntah Gila babi le puak Pakatan haram ni.


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP