Jom Layan Ramadhan Pembinaan Sahsiah Bersama Yb Hassan Ali

Friday, July 27, 2012







Malam ni kita layan Forum Ilmuan Islam.



Read more...

DAP Berang Adengan Kit Siang Tunjuk Punggung Dalam Filem "Tanda Putera"



DAP RACIST

Bertubi tubi DAP melalui jentera nya menyerang Filem Tanda Putera walaupun filem tersebut belum lagi ditayangkan. Hebat serangan mereka ini yang kononya menentang filem palsu ataupun dengan kata lain mereka DAP menyatakan filem Tanda Putera adalah satu pembohongan.

Gomo akan ulas cerita DAP Bangsat ini dilain hari namun Gomo minta agar pembaca melayari Blog MIK yang mendedahkan keBABIAN DAP dalam menipu sejarah Malaysia. KLIK DISINI

Psssttt... Tak perlu takut dengan sejarah Malaysia..... DAP SUCKS



DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT




Read more...

Lajim Ukin Pembelot Dan Pengkhianat



ATAS alasan apa sekalipun tindakan Lajim Ukin yang akan meninggalkan UMNO adalah tindakan paling biadap,jahat,kotor serta keji dan inilah tindakan yang paling tidak bermaruah serta beradab dalam sejarah politik tanahair yang dipamerkan oleh beliau sekailgus membuktikan bahawa beliaulah pembeot parti yang paling hina kalau mahu dibandingkan dengan beberapa nama sebelum ini.

Sikap berpaling tadah Lajim Ukin di saat beliau masih memegang jawatan Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan serta meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagia Beufort membuktikan bahawa beliau meletakkan kepentingan peribadi lebih utama daripada mempertahankan maruah UMNO serta Barisan Nasional.

Lajim yang mengaku pejuang tetapi takut kalah dan sebelum kalah 29 haribulan Julai nanti beliau akan mengumumkan untuk keluar daripada Barisan Nasional dan menyertai Parti Keadilan Rakyat.Beliau begitu yakin BN akan tumbang dan ibarat kata pepatah,dahan belum patah cuma baru bergoyang,Lajim sudah menjadi seperti beruk melompat mencari dahan lain.

Lajim Ukin sudah pun menghantar jemputan kepada rakan-rakan beliau untuk hadir di majlis Berbuka Puasa di rumahnya di Beufort dan turut dihadiri oleh Hadi Awang,Lim Kita Siang serta Anwar Ibrahim pada 29 Julai 2012 nanti.Kali ini Lajim sudah tidak berteka teki lagi apabila segala ugutan dan tekanan diberikan kepada Perdana Menteri tidak dipedulikan kerana pada tarikh itu jugalah beliau akan mengistiharkan keluar UMNO untuk menyertai pembangkang.

Biarpun Lajim ada sejarah lompatnya namun lompatan di saat UMNO dan BN sedang bersiap sedia untuk mendepani PRU13 cukup jahat serta paling tidak bermoral dilakukan oleh ahli politik veteran seperti beliau kerana dalam saat mahu berperang Lajim menukar kem dan menggunakan senjata yang diberikan UMNO dan BN untuk membunuh rakan-rakan beliau dalam UMNO dan BN.

Lajim juga boleh kita sifatkan sebagai pemimpin penipu kerana sebelum ini apabila ditanya adakah beliau akan menyertai PKR menolak kenyataan tersebut tetapi rupa-rupanya beliau menggunakan kedudukannya sebagai MT UMNO,Timbalan Menteri dan MP Beufort adalah untuk mengugut kepimpinan pusat serta negeri supaya tunduk kepada segala desakannya.

Tindakan Lajim ini juga dikatakan berpunca daripada keyakinan beliau bahawa UMNO dan Barisan Nasional akan kalah dalam PRU13 nanti bukan sahaja di Sabah tetapi diseluruh Malaysia dan sebagai persiapan awal, untuk meneruskan survival politik beliau,beliau akhirnya memilih untuk meninggalkan rakan-rakan yang lain dalam UMNO dan Barisan Nasional untuk menyelamatkan dirinya sendiri dan faktor kononnya perjuangan beliau adalah untuk rakyat Sabah hanyalah rekaan politiknya semata-mata.

Malah Lajim juga bertindak sedemikian kerana termakan dengan janji-janji Anwar Ibrahim yang akan melantik beliau sebagai Ketua Menteri Sabah sekiranya pembangkang berjaya menumbangkan BN dalam PRU13 nanti dan tidak cukup dengan itu Lajim juga dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Anwar (besar sungguh cita-cita politik Lajim ini).Elok jugalah Lajim diperbodohkan oleh Anwar,dulu di Sarawak pun Baru Bian dijanjikan Ketua Menteri Sarawak tapi akhirnya Baru Bian angkat sumpah di depan gambar Anwar sahaja.

Lajim yang selama ini kita anggap bijak bermain politik tetapi sejak menukar buah pinggangnya,beliau jadi terlalu mudah untuk diperbodohkan dan UMNO serta BN diyakini tidak akan meratap hiba dengan kehilangan parasit seperti Lajim ini dan lebih memudahkan UMNO dan BN membuat pembersihan dalam parti.

Untuk PRU13,PM dan Musa Aman harus mengenalpasti pemimpin yang setia pada parti dan tidak meninggalkan medan perjuangan walau dengan apa cara sekalipun untukk dipilih sebagai wakil BN ataupun UMNO dalam PRU nanti.

Huduh dan busuknya lagi permainan politik Lajim ini walaupun dalam masa beliau menyandang jawatan Timbalan Menteri,beliau masih mampu menebalkan muka menjaja jawatannya termasuklah bertemu dengan Nik Aziz di Kelantan baru-baru lalu dan kalau betullah dia bermaruah serta berwibawa sejurus selepas meletak jawatan sebagai Ketua Bahagian Beufort,dia mengosongkan pejabatnya tetapi beliau masih menggunakan taktik ugut dan mendesak Perdana Menteri untuk tunduk kepada 21 desakannya termasuklah mahu Musa Aman mengosong kerusi Ketua Menteri Sabah dalam masa 15 hari.

Kita percaya dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh Lajim terhadap parti dan kerajaan ketika ini,maka akan pecah berderailah segala kerakusan Lajim dan tidak pelik kalau dilihat sikap rakus dan tamaknya mengejar jawatan Ketua Menteri,beliau juga rakus menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Persekutuan ataupun sebelum ini pernah menjadi Menteri di beberapa Kementerian dalam kerajaan Negeri Sabah serta Ketua Merinyu Projek di Jabatan Ketua Menteri Sabah sewaktu menyandang ADUN Klias.

Malah ada yang mendakwa Lajim Ukin lebih korupsi daripada semua pemimpin dari Sabah dan pemerhati politik tidak hairan apabila laporan daripada SabahKini.Net yang mendedahkan hubungan kontrak serta projek dengan Shafie Afdal.Apa pula hubungan Shafie dengan Lajim ini?Untuk peringkat ini biar kita kaburkan dulu kisah kedua-dua mereka ini namun kalau benar beberapa projek di Sabah telah diberikan kepada Lajim melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Lajim membuktikan juga dalam masa beliau berhasrat untuk meninggalkan parti,beliau terus berusaha untuk `menyamun’segala projek-projek kerajaan.

Shafie dituduh ada kaitan dengan tindakan Lajim ini terutama membabitkan projek Pembangunan Luar Bandar bernilai RM150 juta, Projek Pembinaan Jalan Luar Bandar berimpak tinggi, Jalan Montineor-Halogilat sepanjang 12 kilometer dengan kos RM82 juta namun Lajim memekak kononnya kedudukan beliau sebagai MP Beufort tidak dibantu oleh Kerajaan Pusat.

Projek Jalan Montineor-Halogilat ini termasuk dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah kerana difahamkan sebagai 'Projek Top-Up' sekalipun dikategorikan sebagai Jalan Luar Bandar(JLB) oleh KKLW; tetapi terlalu tinggi iaitu RM6.83 juta bagi satu kilometer sedangkan kos pembinaan jalan baru dan berturap di Sabah antara RM2 hingga RM3 juta (kos naiktaraf hanya RM1 juta).

Projek HQ.191/2011(F) bagi kerja-kerja Naiktaraf Jalan Montenior-Halogilat, Beaufort, telah ditawarkan kepada Syarikat Kumpulan Kemajuan K.K. (Sabah) Sdn. Bhd. pada 15 Disember 2011 dengan kos RM 81,536,660.10 oleh Jabatan Kerjaraya sebagai Penyelia Projek setelah dipersetujui oleh Agensi Pelaksana, KKLW.

Syarikat Kumpulan Kemajuan K.K. (Sabah) Sdn. Bhd. yang dimiliki Abd Kahar Bin Bacho, Faridah Ang Mei Ling dan Sahlih Bin Sirin sebelum ini pernah melaksanakan Projek Pembinaan Kem Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD), Batalion Infantri Standard, Kem Kubota, Tawau, Sabah pada 26 Januari 2011 dengan kos RM 61,867,858.10 dan Projek Naiktaraf Jalan Apin-Apin-Kg. Bundu-Kg. Tiga (Design & Build) pada 30 Julai 2007 dengan kos RM 18,585,154.87.

Semua projek Kerajaan Persekutuan ini dikaitkan dengan Lajim dan belum terdedah lagi beberapa penyelewengan sewaktu Lajim menjawat Menteri Pertanian Sabah satu ketika dulu dan mereka ini semua sedang menunggu pengistiharan rasmi Lajim keluar dari UMNO dan dipercayai Sabah terutama sekali di Beufort akan bergegar kisah Lajim Ukin,pembelot serta pengkhianat yang mencipta sejarah ini.

Kita tidak tahu apa hubungan antara Lajim dan Shafie dan kita amat berharap semua itu fitnah apabila Shafie dikatakan menjadi perancang utama untuk mengkacaubilaukan politik Sabah menjelang PRU13 nanti. Dan kita harap pemberian projek oleh Kementerian Shafie kepada suku sakat ataupun Lajim sendiri bukanlah umpan untuk memalukan Najib serta Musa Aman tetapi adalh kerana kemampuan syarikat dan kita juga berharap siasatan SPRM tidak menemukan keterlibatan Lajim dalam kes rasuah termasuklah projek Sisa Pepejal di Kementerian Lajim sebelum ini.

Kita tunggu episod seterusnya Lajim Ukin ini…adakah beliau akhirnya akan seperti dulu sujud dan minta ampun serta maaf kepada Pairin Titingan kerana mengkhianti parti itu dan bila kena tipu dengan Anwar,beliau juga akan sujud dan minta maaf dalam bentuk yang sama terhadap PM Najib serta Musa Aman.

Sumber Sangah Tok Janggut


Psssttt.... Ni lah bila dah angkuh dan riak dengan kedudukan yang ada.

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Read more...

RM 10 Ribu Menanti Peserta Merdeka Video Challenge




KL POS Media and Productions dengan buat pertama kalinya menganjurkan Pertandingan bersempena dengan sambutan Kemerdekaan pada tahun ini.

Merdeka Video Challenge telah membuka penyertaan kepada kesemua individu mahupun kumpulan warganegara Malaysia yang memperolehi kelebihan menghasilkan sebuah video kreatif bertemakan Hari Kemerdekaan ke 55 iaitu 'Janji Ditepati' sepertimana yang diumumkan Kerajaan Malaysia baru- baru ini.

Peserta turut diberi peluang menghasilkan video yang berkisarkan dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam dalam tempoh masa 30 saat ke 1 minit.

Wang ganjaran berjumlah RM10 Ribu beserta trofi bakal diberikan kepada peserta yang menduduki tempat pertama diikuti dengan tempat kedua dan ketiga yang masing-masing akan memiliki wang RM5 Ribu dan RM3 Ribu beserta trofi

Maklumat lanjut pertandingan KLIK DISINI.


Psssttt..... Wang besar wang besar wang besar.... Gua pun nak join le beb mana tau rezeki.


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP