Pimpinan Pakatan Pembangkang Bodohkan Rakyat Dalam Isu BAFIA

Saturday, August 4, 2012



Penangkapan Rafizi Ramli diatas kesalahan pelanggaran akta BAFIA, 1989 telah memberi implikasi yang amat dasyat kepada kepimpinan PKR tatkala mereka berdepan dengan banyak lagi isu yang melibatkan kebajikan rakyat selangor seperti isu air yang tidak terurus, isu Talam dan juga skandal seks yang tidak pernah berpenghujung.

Sebaik sahaja penangkapan Rafizi Ramli dibuat, dengan pantasnya Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Tony Pua tampil memberi kenyataan yang seperti biasa cuba untuk mempengaruhi minda rakyat Malaysia betapa undang-undang Malaysia tidak pernah adil. Sejak azali lagi, apabila Undang-undang tidak perpihak kepada PKR, mereka begitu lantang bersuara tentang ketidakadilan sistem perundangan kita. Itulah budaya orang -orang yang berada dibawah naungan PKR.

Anwar Ibrahim dalam kenyataannya mengecam tindakan penahanan Rafizi Ramli menyebut bahawa penangkapan Rafizi Ramli adalah berkaitan dengan skandal NFC dan juga George Kent yang diberikan kontrak jutaan ringgit.

http://anwaribrahimblog.com/2012/08/01/kecam-tindakan-menahan-rafizi-ramli/


Tony Pua juga dalam kenyataannya di "Malaysian Mirror" menyebut penangkapan Rafizi Ramli adalah kerana pendedahan yang dibuat beliau keatas salah laku NFC dan pengarah-pengarahnya.

http://www.malaysianmirror.com/media-buzz-detail/136-letters-to-the-editor/58419-a-serious-blow-to-najibs-anti-corruption-credentials


Hakikatnya, fakta sebenar penangkapan Rafizi Ramli adalah berdasarkan kepada akta BAFIA, 1989 dimana beliau telah mendedahkan akaun peribadi Dato Dr. Salleh Ismail, pengerusi NFCorp dan juga akaun peribadi anak-anaknya. Ini berkaitan soal privasi individu yang merupakan seorang pelanggan bank yang telah dicerobohi oleh pihak ketiga dan mendedahkannya kepada umum. Malahan, jika dirujuk semula banyak maklumat akaun yang didedahkan dan disebarkan oleh Rafizi Ramli pada 7 Mac lalu, semuanya adalah akaun-akaun yang telah wujud sebelum tertubuhnya NFC.

Fakta kedua, NFC bukanlah satu skandal atau isu seperti yang dilaung-laungkan oleh Rafizi, Anwar dan anak-anak didiknya. NFC merupakan satu program kerajaan yang ditubuhkan untuk mengurangkan kebergantungan negara kepada bekalan makanan daging dari luar. Penangguhan kerajaan keatas Pembinaan Pusat Penyembelihan atau dikenali sebagai Export Quality Abbotoir (EQA) telah menyebabkan pihak NFCorp selaku peneraju program ini perlu untuk melaburkan wang pinjamannya kepada sektor hartanah untuk memastikan kestabilan nilaian wang tersebut dipasaran. Ini amat penting supaya pihak syarikat dapat membayar semula wang pinjaman berserta kadar faedah mencecah RM17.7 juta setahun kepada Kerajaan Malaysia.
Lembaga Tabung Haji (LTH) seperti contoh, juga terlibat dalam sektor hartanah walaupun pada dasarnya sektor utama mereka bukanlah dalam sektor hartanah, tetapi dalam konteks strategi perniagaan, pelaburan dalam hartanah adalah cukup "crucial" dalam memastikan kestabilan nilaian wang dan juga keterusan syarikat pada masa depan.

Tetapi cukup mengecewakan apabila perkara seperti ini diheret dalam kancah politik kotor PKR, semuanya yang tidak berpihak pada mereka dianggap sebagai satu penyelewengan, dianggap sebagai satu skandal, dianggap sebagai satu ketidakadilan dan sebagainya hingga meruntun jiwa rakyat dan bangkitlah amarah rakyat terhadap kerajaan lalu akhirnya aspirasi kerajaan untuk menjadi negara maju tidak akan kesampaian apabila semua program, projek dan dasar-dasar kerajaan terus sehingga kiamat dianggap sebagai penyelewengan, penipuan, rasuah, kronisma dan sebagainya oleh pihak PKR yang terlalu lama bercita-cita mahu mengambil alih kepimpinan kerajaan sedia ada.

Kita harus sedar bahawa Undang-undang di Malaysia perlu bebas dari tekanan dan pengaruh politik. Sampai bila lagi harus kita tunduk kepada desakan dan ancaman pembangkang? Rakyat juga harus sedar, kerana negara kita tidaklah lagi sehebat mana, kita cukup terdesak dengan kedamaian yang berterusan, ekonomi yang kukuh serta kita perlukan rakyat pemikir kelas pertama sebagai sebuah negara maju 2020. Itu lebih penting.

Undang-undang Malaysia tidak saharusnya diheret dalam sandiwara politik bohong PKR.

Kiriman Emel
Kamarulzaman Hafiz Azmi
Bandar Sungai Long, Kajang

Psssttt.... Salah tetap salah, takkan kita nak beri peluang pada penjenayah macam Rafizi dan Pegawai Bank tu?


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT



Read more...

Lajim Ukin Tidak Gugat UMNO & Barisan Nasional - Najib Razak



Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak yakin bahawa kedudukan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak akan tergugat dengan perletakan jawatan Datuk Seri Lajim Ukin dan isu melibatkan beberapa komponen parti di Sabah.Perdana Menteri itu berkata Umno dan BN mampu menangani cabaran dengan mengambil langkah yang sewajarnya untuk memulihkan keadaan.

Maklumat Lanjut KLIK DISINI


Psssttt.... PKR yang nampaknya semakin hari semakin goyah, sah PKR Bungkus lepas PRU ni.


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Read more...

"Bumper Lama Tak Sama Bumper Baru" - Pengakuan Isteri Muda MP Kuala Langat


Hagpa teka mana satu bumper baru? Mak Lampir? kah kah kah

Panas dan memang panas mengenai isu Ahli Parlimen Kuala Langat yang menghalau isteri tuanya kerana desakan isteri muda. Laporan Polis oleh isteri tua telahpun dibuat pada awal Ramadhan dan mungkin akibat tidak tahan menanggung malu dengan pendedahan blog blog maka MP Kuala Langat tampil menafikan bahawa beliau mengusir isteri tua.

Pendedahan Bumper Baru MP Kuala Langat KLIK DISINI

Psssttt.... Kalau cerita tak betul apasal isteri Tua buat laporan Polis?Nak Muhung apa lagi PKR ni?


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Read more...

BAFIA Untuk Melindungi Intergriti Sistem Keewangan - Najib Razak



BAFIA untuk melindungi intergriti sistem keewangan dan bukannya sewenang wenangnya menjual maklumat. Pembangkang waktu ini memainkan bahawa kesalahan Rafizi adalah kesalahan kecil yang diperbesarkan oleh Barisan Nasional walhal hakikatnya apa yang dilakukan Rafizi bersama pegawai Bank yang mendedahkan maklumat pelanggan adalah salah sama sekali.

Bagaimana Pelabur nak masuk ke Malaysia jika pihak Bank tidak menjaga intergriti mereka? Kalau begini jadinya memang patut lah banyak pelabur menyimpan keewangan mereka di luar negara. Malah Singapura kini semakin lama semakin mendapat kepercayaan dari warga luar untuk menyimpan wang disana.

Psssttt... yang salah tetap salah dan rafizi mesti bertanggungjawap diatas kesalahan beliau.


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP