Misi Kemanusian Rohinghya - Etnik Rohinghya Terus Disembelih Dan Dibakar Dapat Perhatian Kelab Putera 1 Malaysia

Sunday, August 12, 2012



Tidak dapat Gomo gambarkan kegembiraan ini apabila laungan Papa Gomo dalam artikel terdahulu berkenaan sumbangan Malaysia dalam menghantar misi bantuan kepada masyarakat Islam Rohinghya telah disambut dengan baik oleh Datuk Azeez Presiden Kelab Putera 1 Malaysia.
(artikel terdahulu KLIK DISINI )


Misi yang ke 27 dan memang Gomo juga menjangkakan bahawa misi Rohinghya kali ini mencabar sepertimana misi ke Somalia yang mana Gomo juga turut bersama pada Syawal tahun lalu yang mana dalam misi Somalia tersebut seorang wartawan BERNAMA telah terkorban akibat tembakan dari tentera African Union.








Misi kali ini juga mencabar kerana berhadapan dengan kira kira 40 ribu pelarian yang makan minum mereka tidak menentu ditambah pula dengan keadaan daif dan amat sengsara akibat penghapusan etnik dari junta Tentera Myammar. Malah misi kali ini juga mencabar kerana waktu ini ratusan Etnik Rohinghya diseksa dan dibunuh oleh Junta Tentera Myammar menjadikan pelarian semakin bertambah dan ada kemungkinan bahawa kem yang dijangkakan 40 ribu pelarian boleh meningkat sekali ganda menjadikannya 80 ribu pelarian.

Gomo mengharapkan hebahan dari sahabat sahabat Blogger, Facebooker, pelayar Twiiter dan mana mana pejuang maya untuk menyebarkan berita akan misi bantuan dari Kelab Putera 1 Malaysia ini buat mangsa Rohinghya yang dibunuh dengan kejam serta ditindas dengan begitu dasyat sama sekali.




Kelab Putera 1 Malaysia juga memohon bantuan dan sumbangan dari kita rakyat Malaysia untuk dibawa kepada ke Bangladesh dalam sumbangan kepada mangsa pelarian Rohinghya. Sumbangan sumbangan yang amat diperlukan adalah seperti berikut:

Ubat ubatan
Makanan (Barang Dapur)
Keewangan
Pakaian (BARU)



Sumbangan dari rakyat Malaysia amat ditagih dalam misi kemanusian kali ini dan segala sumbangan boleh dihantar melalui:

Nasir Khan Abdul Rahman
Pengurus Operasi
03 2273 6004 | 012 6444732

Mutalib Abdul Rahman
Bendahari
03 2273 6004 | 016 257 9111

Beramallah kita sesama umat Islam, dan dibulan puasa lagi mulia serta Syawal yang bakal tiba ini sumbangan anda dalam misi ini adalah satu sumbangan yang amat besar maknanya untuk dunia Islam. Malaysia aman dan makmur tetapi kepada mereka Etnik Rohinghya yang terseksa berabad lamanya pastinya mengharapkan belas ihsan kita sesama umat Islam.


InsyaAllah Gomo akan hadir dalam misi bantuan kemanusian ke Bangladesh. Doa doa dari seluruh rakyat Malaysia adalah amat diharapkan agar memberikan keselamatan buat seluruh peserta misi bantuan kemanusian kali ini.

Mereka Saudara Islam Kita


Psssttt.... Sumbangan kita adalah satu Jihad.....amin



Read more...

Berani Ke Khalid Ibrahim Saman Zin Badak?





Inilah hakikatnya apabila kebenaran didedahkan bahawa Rejim Pakatan Selangor yang begitu hebat menipu rakyat akhirnya terbongkar. Pendedahan demi pendedahan akan didedahkan selepas ini memberikan kebenaran buat rakyat Selangor khususnya.

Psssttt.... Depa puak pakatan nak tipu rakyat, la ni kita bongkar satu persatu


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT



Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP