Balasubramaniam Dedahkan Siapa Pembunuh Altantuya

Friday, August 24, 2012

"Kalau MP Lompat Parti Anwar Ibrahim boleh beli
apakan lagi dengan si Bala yang mencari kekayaan mudah?"

Watak penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam (Balasubramaniam Perumal) pastinya masih ramai yang mengingatinya berikutan peranannya sebagai saksi dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu serta pernah mempunyai kaitan langsung dengan Abdul Razak Baginda.

Selain itu dia juga dikenali ramai kerana dua kenyataan bersumpahnya yang berubah-ubah dengan pelbagai fakta yang bercelaru tapi sedikit sebanyak masih dapat dimanfaatkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk tujuan menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Razak Baginda yang bersedap-sedap termasuklah menampung kehidupan Altantuya sejak mengenalinya pada 2004, orang lain pula yang terkena getah nangkanya.

Sesuatu yang perlu kita pegang erat dalam ingatan kita, pada 10 Oktober 2006 sehari selepas tiba di Malaysia, Altantuya telah meminta bantuan P.Balasubramaniam untuk membantunya menemui Razak Baginda.

Sebelumnya, beberapa ketika sebelum Altantuya tiba di Malaysia, Razak Baginda dilaporkan telah mengamanahkan sejumlah wang RM50,000 kepada Bala untuk diserahkan kepada Altantuya bagi tujuan untuk rawatan anaknya yang berada di Mongolia.

Persoalan sekarang di manakah wang RM50,000 tersebut yang sepatutnya diserahkan kepada Altantuya? Apakah Bala telah dengan sengaja menggelapkan wang tersebut untuk kepentingan dirinya?

Mengikut sumber-sumber, seandainya wang RM50,000 tersebut sampai pada tangan Altantuya dengan selamat, berkemungkinan kematian Altantuya yang tragis itu tidak akan berlaku.

Sekiranya Altantuya telah menerima wang tersebut tentunya dia tidak akan tergesa-gesa datang ke rumah Razak Baginda dan membuat kecoh sebaliknya terus pulang ke Mongolia.

Tapi disebabkan sikap tidak amanah yang ada pada Bala, timbullah kekecohan selepas kedatangan Altantuya ke rumah Razak Baginda. Rentetan dari situ menyebabkan berlakunya salah faham komunikasi antara Razak dengan dua anggota polis yang dipercayai membawa kepada berlakunya pembunuhan tersebut.

Jadinya, tidaklah salah untuk kita nyatakan, disebalik peristiwa tragis yang pernah dijadikan isu politik oleh Anwar dan sekutunya sebelum ini, P.Balasubramaniam telah menyebabkan Altantuya mati terbunuh

Psssttt... Anwar Ibrahim boleh beli siapa sahaja demi mencapai cita cita besarnya nak menjahanamkan Malaysia


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT



Read more...

PLEASE HELP ROHINGYA - Kelab Putera 1 Malaysia Sudah Siap Sedia


Syukur Alhamdullilah misi kemanusian yang dijalankan oleh Kelab Putera 1 Malaysia kepada mangsa Rohingya berjalan lancar waktu ini. Dijangkakan pada 31hb Ogos ini kapal TLDM dengan membawa 450 tan yang terdiri daripada makanan, dan keperluan asas akan belayar ke Bangladesh untuk dihantar kepada mangsa Rohingya.

Pasukan misi kemanusian Kelab Putera 1 Malaysia pula dijangkakan akan berangkat pada 3hb September yang mana terdiri daripada ketua misi Dato Abdul Azeez Rahim dan dianggotai kira kira 43 orang sukarelawan yang mana terdiri daripada petugas, doctor,media.

Dalam pada itu Gomo menyeru kepada rakyat Malaysia yang prihatin dalam membantu golongan tidak bernasib baik iaitu etnik Rohingya agar menghulurkan sumbangan anda kepada Kelan Putera 1 Malaysia untuk dihantar kesana.

Kelab Putera 1 Malaysia juga memohon bantuan dan sumbangan dari kita rakyat Malaysia untuk dibawa kepada ke Bangladesh dalam sumbangan kepada mangsa pelarian Rohinghya. Sumbangan sumbangan yang amat diperlukan adalah seperti berikut:

Ubat ubatan
Makanan (Barang Dapur)
Keewangan
Pakaian (BARU)

Sumbangan dari rakyat Malaysia amat ditagih dalam misi kemanusian kali ini dan segala sumbangan boleh dihantar melalui:

Nasir Khan Abdul Rahman
Pengurus Operasi
03 2273 6004 | 012 6444732

Mutalib Abdul Rahman
Bendahari
03 2273 6004 | 016 257 9111


Beramallah kita sesama umat Islam, dan dibulan puasa lagi mulia serta Syawal yang bakal tiba ini sumbangan anda dalam misi ini adalah satu sumbangan yang amat besar maknanya untuk dunia Islam. Malaysia aman dan makmur tetapi kepada mereka Etnik Rohinghya yang terseksa berabad lamanya pastinya mengharapkan belas ihsan kita sesama umat Islam.

Psssttt... Jom demi sesama umat Islam


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP