Laporan The Star - Chua Soi Lek Mahukan Kerusi Parlimen Sembrong?

Sunday, August 26, 2012


Belum pun lagi apa apa sudah ada gerakan dari pihak tertentu yang sedang mengheret Chua Soi Lek Presiden MCA dalam satu lagi kancah gejala tidak sihat dalam politik komponen Barisan Nasional. Chua Soi Lek kini dikatakan sedang berkira kira untuk bertanding di Parlimen Sembrong pada PRU 13 nanti. Parlimen Sembrong yang kini ahli Parlimenya Dato Seri Hishammuddin Tun Hussin On yang merupakan kerusi UMNO.

Kenapa begitu berminat Chua Soi Lek untuk ke Sembrong? Apakah kerana Sembrong merupakan kerusi yang selamat buat Barisan Nasional dengan kepadatan pengundi Melayu, Cina dan India yang menyokong Barisan Nasional? Ataupun kerana cuba untuk menongkah arus dengan memecah belahkan UMNO ?

Gomo tertarik dengan keluaran khas dari The Star milik MCA hari ini:


Sembrong diserang dengan isu yang mana ada agenda tersembunyi dari MCA sampaikan Parlimen UMNO diserang begitu hebat. Isu yang dinyatakan adalah berkenaan balak. Kenapa tajuknya "Going Wrong In Sembrong?" Apakah tidak mempamarkan satu tajuk yang berniat jahat keatas Ahli Parlimen Sembrong iaitu Hishammuddin Tun Hussin? Apakah game plan yang cuba dimainkan MCA terutama Presidennya Chua Soi Lek?



Bila Gomo buat semakan lain Gomo dapati bukan sekali ini sahaja STAR milik MCA ini memainkan isu isu di Sembrong tetapi sudah acap kali seolah olah Sembrong merupakan lokasi pilihan STAR akhbar milik MCA ini.




Artikel 15 April 2012 yang mana Sembrong juga dijadikan sasaran. walaupun mengeluarkan kenyataan dari Ahli Parlimen Sembrong namun sebagai penggiat media baru Gomo tahu artikel dari STAR milik MCA ini adalah satu permainan dalam menyerang UMNO di Sembrong untuk mendapatkan kerusi Sembrong kepada MCA yang mungkin untuk Chua Soi Lek.

Kita tahu anak Chua Soi Lek sudah menjadi ahli Parlimen Labis dan dengan keadaan waktu ini yang semakin mematangkan anak Chua Soi Lek dalam arena politik adalah mustahil untuk Chua Soi Lek mengambil kembali Parlimen Labis dari tangan anaknya. Jadi sudah pasti parlimen yang selamat untuknya mesti dicari dan Sembrong dilihat cukup utuh untuk Chua Soi Lek bertanding disitu mewakili MCA pada PRU 13 nanti.

Apakah Chua Soi Lek cuba bermain kasar waktu ini dengan menggunakan THE STAR akhbar mereka untuk mengambil kerusi milik UMNO. Chua Soi Lek sepatutnya akur dengan nasihat Perdana Menteri Najib Razak yang sudah menyatakan berkali kali agar MCA menumpukan tugas mengembalikan pengundi cina menyokong Barisan Nasional. Apakah Chua Soi Lek lupa? Apakah begitu BODOH Chua Soi Lek tidak menggunakan THE STAR akhbar milik MCA itu untuk melakukan sesuatu dalam menarik pengundi Cina?

Gomo beri ingatan kepada MCA agar menfokuskan kepada kerja parti untuk menarik pengundi Cina dari terus hanyut ditipu DAP. Tentang kerusi mana yang MCA akan bertanding biarlah PM yang tentukan dan sebagai komponen BN sejak sekian lama MCA perlu tahu menggalas tugas mereka dalam memastikan kemenangan BN pada PRU 13 nanti.


Psssttt.... Atau musuh dalaman Chua Soi Lek sudah menguasai The Star?


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT






Read more...

PERINGATAN - Jangan Salahkan Papa Gomo Bila Skandal Baru Ni Meletop Nanti


Aku nak bagi amaran awal awal kepada smeua pihak terutama pihak pembangkang dengan apa yang aku nak ceritakan ni. Aku bagi amaran awal sebab aku taknak ada pihak yang akan menunding jari pada Papa Gomo apabila isu ini timbul.

Dalam masa terdekat ini akan ada benda yang bakal meletop dipasaran tempatan dan juga antarabangsa. Benda ni mungkin akan menjadikan individu tersebut bertambah popular dari keadaan biasa dan semakin dikenali seantero dunia.

Tetapi dalam masa yang sama individu tersebut akan memperoleh tamparan hebat dari apa yang didedahkan dan kemungkinan akan terus meranapkan kapal kapal didalam pasukan mereka menjelang PRU 13 nanti.

Emmm nak HINT? Gua taknak bagi Hint lah tapi cuma nak beri ingatatan kepada Haji Hadi yang mewakili PAS dan Kit Siang yang mewakili DAP serta Wan Azizah yang mewakili PKR memikirkan dan mencadangkan serta mengumumkan kepada rakyat Malaysia siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang PRU 13 nanti.

Sebabnya jika orang tu yang masih lagi dinamakan menjadi Perdana Menteri alamatnya habis ke longkang lah seluruh jentera Pakatan Pembangkang waktu ini menjelang PRU 13. Tidak mampu untuk diselamatkan lagi kerana apa yang bakal didedahkan kelak cukup luar biasa dan tidak mampu untuk dipertahankan mana mana pihak.

Gomo nak beri pesan sekali lagi, Gua tak terlibat dengan benda yang bakal meletop dipasaran tu kerana gua tak tahu menahu pun melainkan cuma gua dah tengok. Hehehe.....


Psssttt.... jangan salahkan ibu mengandung.... renung renungkan.....


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT



Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP