TERKINI - Ini Dia Pelaku Sumbang Mahram Babitkan Pemimpin PKR.

Tuesday, August 28, 2012


Kecoh bila laporan Bernama menyatakan ada pemimpin pembangkang yang melakukan sumbang mahram sampaikan anak perempuannya melahirkan bayi yang merupakan benih nya sendiri.

DIlaporkan anak gadis pemimpin PKR yang berusia 16 tahun itu telah melahirkan seorang bayi siang tadi disebuah Hospital berlokasi di Cheras.


Aduhhh siapa pemimpin tu? Siapa? Khabarnya Mohd Nor Yaacob Pengerusi PKR Jerantut. Betul atau tidak?


Apa pun percayalah pihak pembangkang akan kata ni semua konspirasi UMNO. Ni semua salah UMNO dan yang pasti UMNO akan terus disalahkan walaupun air mani si pemimpin PKR tersebut dan menghasilkan cucunya yang juga anak kandungnya.


Memang SIAL lah jawapnya dengan Pembangkang Haram ni!!!


Pakatan Haram, Sumbang Mahram!

Lagi Gambar Dan Cerita Sumbang Mahram Pemimpin Tersebut Didedahkan
HPK KLIK DISINI


Anwar Al Juburi


Read more...

Najib Razak Pemangkin Perubahan Malaysia Ke Peringkat Global



Di sebalik pengiktirafan majalah Global Finance kepada Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz sebagai antara ketua bank pusat terbaik dunia, sejarah yang menjadikan ekonomi negara ini antara yang terbaik di Asia Tenggara perlu dilihat kembali.

Sebelum mencapai kemerdekaan,perkembangan ekonomi negara ini banyak dipengaruhi oleh penjajah. Dasar ekonomi pada ketika itu dibuat bagi memberi keuntungan secara langsung kepada mereka dan tidak memberi keuntungan kepada rakyat . Semasa zaman pemerintahan Inggeris, perlombongan dan penanaman getah diperkenalkan . Pada tempoh ini, imigran Cina dibawa masuk untuk bekerja sebagai pelombong bijih timah, manakala imigran India sebagai pekerja ladang getah. Pada ketika itu getah dan bijih timah menjadi komoditi yang agak penting bagi penjajah dengan mengambil kira permintaan yang tinggi di pasaran. Hasil dalam negara dibawa keluar, namun perkembangan ekonomi dalam negara kekal statik dan taraf hidup majoriti rakyat masih di takuk yang lama.

Di awal era kemerdekaan, usaha yang dilakukan oleh kerajaan Perikatan yang diketuai UMNO mula memperkenalkan rancangan pembangunan yang terancang dan teratur yang dipanggil Rancangan Pembangunan Ekonomi (RPE1) atau Rancangan Malaya Pertama (1956-1960). Selain itu, pada era ini juga ditubuhkan rancangan pembangunan tanah seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada tahun 1956 bertujuan mengatasi masalah kekurangan tanah serta membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup kaum petani. Pada tahun 1961, Rancangan Pembangunan Ekonomi 2 (RPE2) pula dilancarkan. Kedua-dua RPE hanya memberi tumpuan kepada sektor pertanian yang menjadi tunjang ekonomi Malaysia pada ketika itu.

Dasar ekonomi negara distrukturkan semula selepas peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan percaya rusuhan kaum yang berlaku pada ketika itu berpunca dari ketidak seimbangan ekonomi antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera hasil dari kesinambungan dasar pecah dan perintah yang ditinggalkan penjajah. Oleh itu kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi mengatasi masalah ini. Selepas itu, beberapa lagi dasar diperkenalkan untuk memantapkan lagi pertumbuhan ekonomi negara iaitu Dasar Pembangunan Nasional (DPN), Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara, Dasar Persyarikatan Malaysia, Dasar Penswastaan dan lain-lain lagi. Dasar - dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan Perikatan / Barisan Nasional ini telah berjaya mengekploitasikan kekayaan negara dan menarik pelaburan dari luar seterusnya memacu perkembangan ekonomi negara seperti yang kita lihat pada hari ini.

Selain itu, usaha yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman setelah lima bulan peristiwa 13 Mei 1969 berlaku dengan penubuhan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) juga merupakan antara faktor penggerak dalam permulaan hubungan dagangan Malaaysia dengan negara-negara Islam yang lain. OIC dibentuk pada 25 September 1969 di Rabat, Morocco apabila pemimpin-pemimpin Islam sedunia berkumpul rentetan dari cubaan Zionis untuk membakar Masjid Al-Aqsa pada 21 Ogos 1969. Penglibatan Malaysia secara tak langsung berkongsi pengalaman dengan negara-negara Islam yang lain tentang pentingnya kemuafakatan dalam menentang musuh-musuh Islam.

Pada tahun 1983, kerajaan Malaysia telah menubuhkan Bank Islam yang pertama yang melaksanakan sistem perbankan berlandaskan syariah. Strategi Malaysia dalam perlaksanakan perbankan Islam menjadikan sistem perbankan di negara ini berteraskan dwi sistem iaitu sistem perbankan Islam beroperasi selari dengan sistem perbankan konvensional. Malaysia merupakan negara tunggal OIC yang mengamalkan perbankan dwi sistem ini. Sistem perbankan dwi sistem ini merupakan strategi dalam menarik pelabur-pelabur dari negara timur tengah terutama dari negara-negara anggota OIC. Pada June 2012, Felda Global Venture Holding tersenarai di Bursa Saham dengan pegangan sebanyak RM 3.1 billion , sebulan kemudian IHH Healtcare pula tersenarai dengan pegangan RM 2.1 billion . Majoriti pelabur bagi kedua-dua saham yang didagangkan adalah dari timur tengah .

Pengiktirafan yang diberikan ke atas Zeti, adalah melalui penilaian beberapa faktor iaitu kejayaan dalam mengawal inflasi, pertumbuhan ekonomi , kestabilan matawang dan pengurusan kadar faedah. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan Malaysia berada pada landasan ekonomi yang betul . Asas ekonomi kukuh yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional menjadikan Malaysia antara negara yang mampu bertahan dikala ekonomi dunia mengalami kemerosotan. Kini, Datuk Seri Najib meneruskan kesinambungan pemimpin-pemimpin terdahulu dalam mentransformasikan ekonomi Malaysia. Sebelum ini Datuk Seri Najib pernah menjelaskan bahawa polisi transformasi nasional melalui Program Transformasi Kerajaan dan juga Program Transformasi Ekonomi adalah berdasarkan konsep Maqasid Al-Shariah. Antara dasar Maqasid Al-Shariah yang diamalkan kerajaan ialah memelihara dan memperkasakan Islam namun pada masa sama, ia memelihara jiwa dan menghormati hak asasi manusia baik untuk Muslim dan juga bukan Muslim.

KL POS

Psssttt.... Kita patut bersyukur dengan pemimpin kita Najib Razak yang bertungkus lumus waktu ini dalam menggangkat Malaysia ke peringkat lebih maju dan berjaya

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT



Read more...

Pembangkang Usah Politikkan Misi Kemanusian Kelab Putera 1 Malaysia Ke Rohingya



Presiden Kelab Putra 1Malaysia (KP1M), Dato' Abdul Azeez Abdul Rahim menegaskan pemergian misi bantuan kemanusiaan Malaysia ke kem pelarian etnik Rohingya tidak perlu dipolitikkan.

Beliau turut menegaskan KP1M tidak akan mencampuri sebarang urusan konflik politik di Myanmar.

Abdul Azeez memberitahu KP1M akan menghantar pasukan pertama seramai empat orang ke Bangladesh dan Myanmar, yang akan bertindak sebagai peninjau di kem pelarian tersebut.

Beliau bekata pasukan pertama ini akan berlepas ke Bangladesh pada 31 Ogos ini dalam mengkoordinasi segala persiapan dan penyaluran bantuan kemanusiaan di khemah pelarian etnik Rohingya.

"Seramai 44 orang akan menyertai misi ini dan masuk melalui Bangladesh dahulu.

"Kami akan cuba sampai ke Arakan, Myanmar, dimana etnik Rohingya berada jika keadaan memerlukan.

"Kita sudah mengumpulkan hampir 280 tan barangan bantuan walaupun sasaran kita sebenarnya adalah diantara 480 hingga 500 tan, berupa makanan, pakaian, minuman dan ubat-ubatan yang akan dibawa melalui kapal Tentera Laut Diraja Malaysia". katanya.

Beliau turut berkata barangan lain yang turut akan dibekalkan adalah seperti sabun mandi, ubat gigi, berus gigi, tuala mandi dan berbagai barangan keperluan yang lain.

Manakala pek makanan berupa makanan mengandungi beras, gula, susu, tepung, teh/kopi, Linkbiskut, maggie, minyak masak, tepung gandum, sardin, air mineral dan juga pakaian.

KL POS



Psssttt... Sumbang yang mana kita mampu demi saudara kita umat Islam Rohingya



DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT




Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP