Menteri KDN & PDRM Gagal Apabila BERSIH Bermaharajalela Dimalam Ambang Kemerdekaan?
Tuesday, September 4, 2012
Golongan BERSIH Manusia tidak berakal
Syabas dan tahniah kepada Dato Seri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Hishammuddin Hussin dan juga seluruh Pegawai dan Anggota PDRM atas komited anda semua dalam menangani keganasan dari berleluasa pada malam ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka pada 30hb tempoh hari.
Gomo sebenarnya agak pincang juga pada awalnya apabila ramai rakan rakan yang berang apabila tidak ada tindakan yang diambil pada malam itu menghalang puak puak BERSIH yang membuat huru hara di Dataran Merdeka. Agak goyah juga Gomo malam itu kerana rakan rakan seperjuangan tidak putus putus membidas KDN dan PDRM kerana membiarkan puak bersih mengibarkan bendera Komunis yang mana mereka melaungkan perjuangan untuk menukar bendera Malaysia yang sedia ada.
Anak Bangsa Yang terikut Dengan Budaya Songsang Pembangkang
Tidak cukup dengan itu bermacam provokasi ditimbulkan oleh puak Bersih pada malam itu yang mana membuatkan Gomo sendiri naik meluat dan menyampah dengan karenah karenah songsang Pakatan Pembangkang.
Namun demikian benar dan tepat tindakan yang diambil PDRM pada malam itu apabila membiarkan puak BERSIH bermaharaja lela di Dataran Merdeka. Syabas Menteri bertanggungjawap Hishammuddin Hussin dan PDRM kerana memastikan keselamatan rakyat terjamin pada malam tersebut.
Mungkin ada yang akan membidas mengenai apa yang Gomo nyatakan ini namun Gomo nak ingatkan kepada anda semua beberapa pekara yang mungkin anda terlepas pandang pada malam tersebut yang mana puak BERSIH menjadi gila persis dubuk.
Keutamaan PDRM adalah menjaga keselamatan Rakyat
Pada malam ambang Kemerdekaan di Dataran Merdeka puak BERSIH telah berhimpun dengan niat mereka sebenarnya adalah untuk mencetuskan kekecohan. Harus kita ingat bahawa pada tiap tiap tahun Dataran Merdeka akan dipenuhi dengan orang awam yang mana membawa anak anak kecil untuk menyaksikan Bunga Api dan berhibur bersama keluarga masing masing. Namun pada tahun ini Dataran merdeka tidak ada percikan bunga api ekoran puak BERSIH yang cuba mencetuskan kekecohan pada malam tersebut.
Pihak PDRM mengambil tanggungjawap penuh dalam melindungi rakyat apabila tidak ada sebarang penangkapan dilakukan pada malam itu. Malah boleh Gomo katakan pihak PDRM yang beruniform tidak berkawal setiap penjuru Dataran Merdeka dalam usaha megelakkan provokasi yang akan bertembung dengan pihak BERSIH. Ini satu pekara yang mana ramai tidak sedar kerana PDRM pada malam berkenaan adalah ditugaskan menjaga keselamatan pengunjung yang hadir dan bukannya melayan karenah gila puak puak BERSIH.
Puak Bersih Syok Sendiri Mendatangkan Rasa Meluat Rakyat Keatas Mereka.
Atas kecekapan PDRM pada malam tersebut tidak ada satu pun insiden yang diingini berlaku yang mana puak BERSIH sendiri kehilangan akal kerana provokasi melampau mereka tidak dilayan oleh pihak PDRM. Harus kita ingat bahawa mereka pada malam tersebut meminta untuk pihak Polis bertindak dan anda dapat bayangkan bagaimana jika ada peserta BERSIH yang ditangkap pada malam tersebut oleh pihak PDRM.
Andaikata pada malam tersebut pihak PDRM menangkap seorang dua peserta BERSIH sudah pasti kekecohan akan berlaku yang mana memaksa pihak FRU ataupun pasukan keselamatan lain masuk dalam megawal keadaan. Dan adalah menjadi ketakutan kepada orang awam yang hadir pada malam itu terutama anak anak kecil jika ketegangan berlaku antara pihak BERSIH dan POLIS.
Puak BERSIH pada malam itu juga kematian akal kerana pemimpin mereka juga tidak mengendahkan perhimpunan tersebut yang mana boleh Gomo katakan peserta BERSIH pada malam itu bagaikan anak yang kehilangan ibu kerana tidak mampu untuk berbuat apa apa. Kesudahannya mereka hanya menghalang aliran lalulintas yang akhirnya sekitar jam 1 pagi mereka semua beredar akibat hilang punca.
Syukur tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku pada malam tersebut. Rakyat yang hadir pulang dengan selamat dan membawa rasa benci mereka kepada puak BERSIH yang membuat kecoh pada malam itu. Rata rata yang ditemui pada malam tersebut berang dengan kelakuan puak BERSIH yang mengambil kesempatan mencabul, membuat bising dan menggangu aliran lalulintas.
Rakyat sudah Bosan Dengan Karenah Gila Pembangkang
Sikap biadap puak BERSIH pada malam itu sebenarnya telah memberikan kelebihan buat Kerajaan dalam mendapat undi pada PRU 13 nanti. Kelakukan biadap dan songsang puak BERSIH memberikan rakyat yang hadir pada malam itu menolak Pakatan pembangkang pada PRU 13 nanti. Dan percayalah bahawa kelakuan Jijik puak BERSIH pada malam itu akan disampaikan dari mulut ke mulut oleh orang ramai yang mana memberikan kelebihan buat Kerajaan dalam pekara ini.
Syabas sekali lagi buat Najib Razak, Hishammuddin Husin dan PDRM atas kebertanggungjawapan anda semua menjaga keselamatan rakyat pada malam tersebut. Sememangnya ramai yang berang dengan tingkah laku biadap puak BERSIH dan meminta untuk pihak PDRM mengambil tindakan. Tetapi itulah strategi terbaik PDRM apabila keutamaan dalam menjaga keselamatan rakyat didahulukan daripada emosi dan ini merupakan satu tindakan yang wajar dipuji oleh seluruh rakyat Malaysia keatas PDRM.
Semoga apa yang Gomo luahkan ini memberi sedikit sebanyak pemahaman kepada yang tidak faham dengan apa yang berlaku pada malam tersebut. Keselamatan rakyat adalah keutamaan pihak Kerajaan dan PDRM. Sudah semestinya kita wajar memuji langkah PDRM dalam hal ini kerana rakyat selamat pulang ke rumah masing masing.
Psssttt... Gomo sampai bergaduh sakan dengan geng Blogger pro Kerajaan kerana mempertahankan tindakan KDN dan PDRM pada malam tersebut..Huhuhu
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Read more...






