Jangan Kata Pihak Berkuasa Tidak Ambil Berat Isu Pijak Gambar PM

Wednesday, September 12, 2012

Penahanan individu-individu yang memijak gambar Perdana Menteri dibawah Akta Hasutan semasa malam sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-55 dipersoalkan ramai pihak . Persoalan yang ditimbulkan ialah kenapa tiada tindakan dari polis apabila gambar pemimpin-pemimpin pembangkang diperlakukan dengan cara yang hampir sama. Polis dianggap tidak adil dan berat sebelah kepada pemimpin-pemimpin kerajaan.

Antara insiden-insiden penghinaan gambar yang membabitkan pemimpin pembangkang ialah perbuatan memijak dan membakar gambar Lim Guan Eng , memijak gambar Khalid Samad dan beberapa lagi insiden-insiden yang berupa penghinaan dan dianggap pihak-pihak ini sebagai menghasut.
Kebiasaannya, siasatan dan penahanan polis terhadap seseorang individu adalah berasaskan tiga faktor iaitu jenayah yang dilakukan, perbuatan yang dianggap mengancam keselamatan negara dan aduan atau laporan yang dibuat oleh orang awam. Dalam kes gambar Perdana Menteri dipijak, siasatan dan penahanan yang dilakukan adalah berdasarkan laporan yang dibuat oleh orang awam yang tidak senang dengan kejadian itu, apatah lagi ianya berlaku di malam sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-55. Beberapa laporan polis telah dibuat beberapa hari selepas insiden ini berlaku . Laporan ini memberi ruang kepada polis untuk membuka kertas siasatan dan menahan individu-individu yang terlibat di bawah Akta Hasutan.

Selanjutnya Klik Sini

DAP ANTI ISLAM

PAS ITU MELAYU

ANWAR IBRAHIM HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP