BREAKING NEWS - Shadow Cabinet Pakatan Revealed

Wednesday, October 3, 2012


Senarai Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat

Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR)

Timbalan Perdana Menteri I: Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas)

Timbalan Perdana Menteri II: Lim Guan Eng (DAP)

Timbalan Perdana Menteri III: (Pemimpin dari Sabah dan Sarawak)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:

Dr Tan Seng Giaw (DAP)

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR)

Datuk Mustafa Ali (Pas)

Menteri Kewangan I: Tony Pua (DAP)

Menteri Kewangan II: Rafizi Ramli (PKR)

Menteri Pertahanan: Salahuddin Ayub (Pas)

Menteri Pelajaran: Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin (Pas)

Menteri Dalam Negeri: Azmin Ali (PKR)

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan: Fuziah Salleh (PKR)

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Dr Dzulkefly Ahmad (Pas)

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Dr Mohd Hatta Ramli (Pas)

Menteri Pengajian Tinggi: Chong Chieng Jen (DAP)

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Husam Musa (Pas)

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Dr Che Rosli Che Mat (Pas)

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar: R Sivarasa (PKR)

Menteri Pengangkutan: Khalid Samad (Pas)

Menteri Pelancongan: Elizabeth Wong (PKR)

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Tian Chua (PKR)

Menteri Kerja Raya: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas)

Menteri Kesihatan: Dr Lee Boon Chye (PKR)

Menteri Belia dan Sukan: Yusmadi Yusoff (PKR)

Menteri Sumber Manusia: Gobind Singh Deo (DAP)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan: S Kulasegaran (DAP)

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Anthony Loke (DAP)

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Zuraida Kamarudin (PKR)

Menteri Luar Negeri: Datuk Saifuddin Nasution (PKR)

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar: Nurul Izzah Anwar (PKR)

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Teresa Kok (DAP)


Senarai diatas ini dikeluarkan oleh Shuhaimi Adun Batu Tiga dalam mesyuarat biro politik PKR baru - baru ini tanpa persetujuan DAP dan PAS. Mereka menganggap kononnya PKR akan menang besar di semua kerusi yang dipertandingkan, manakala parti - parti lain hanyalah pelengkap sahaja.(sumber dalaman PKR)

Read more...

Misi Bantuan Kelab Putera 1 Malaysia Di Myammar Berjalan Lancar



Kapal Sinar Bima dengan muatan 500 tan barangan makanan dalam misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang berada di pelabuhan Yangon sejak malam kelmarin kini telah diberi pelepasan cukai.

Kementerian Hal Ehwal Sempadan Myanmar telah memberikan pelepasan cukai bagi 40 kontena barangan bantuan makanan yang dibawa Kapal Sinar Bima bagi meneruskan destinasi seterusnya di Port Switte.

Kesemua barangan bantuan terbabit kini berada di jeti Pelabuhan Yangon yang jaraknya tujuh kilometer daripada Terminal Pelabuhan Asia World (AWPT) dimana tempat kapal Sinar Bima berlabuh. Menurut Pengurus Operasi Misi KP1M, Nasir Khan Abdul Rahman, kesemua kontena terbabit sudah diturunkan dari kapal pagi semalam dan dimuatkan di dalam trak sebelum dibawa ke jeti untuk dipunggah.

Beliau turut memberitahu kerjasama yang baik yang diberikan oleh pihak pelabuhan telah memudahkan urusan pemunggahan malah kapal Sinar Bima telah mampu berlabuh terlebih dahulu, lebih awal dari yang dijadualkan.

Sementara itu, Nasir berkata operasi pemunggahan serta pemindahan ke atas tongkang akan dilakukan secara berterusan selama 24 jam dan dijangka bergerak ke Pelabuhan Sittwe pada petang ini. "Kami tidak menyangka diberi laluan untuk berlabuh berbanding waktu sebenar.

Kerja-kerja pemindahan kontena ke atas trak juga dilakukan dengan begitu cepat. "Jika tidak kerana kerjasama baik dari pelbagai agensi di sini, mustahil kerja-kerja pemindahan dari kontena ke atas trak serta pemunggahan barang hanya mengambil masa sehari kerana selalunya ia akan mengambil masa tiga ke empat hari untuk dilakukan," katanya.

Nasir turut memberitahu setibanya barangan bantuan di Pelabuhan Sittwe, ia akan dipindahkan semula ke dalam 11 trak dan dibawa ke stor simpanan yang sudah dikenalpasti.

Lawatan di AWPT petang tadi turut dihadiri oleh Naib Presiden KP1M, Mohd Farid Hassan, Bendahari Kehormat KP1M, Abdul Mutalif Abdul Rahim, Timbalan Pengurus AWPT, Than Htay dan Pembantu Pengurus AWPT, Tim Win. Dalam pada itu, Nasir turut mengumumkan kumpulan utama yang diketuai Presiden KP1M, Datuk Azeez Abdul Rahim dijangka tiba di Yangon pada Sabtu ini dan akan bergerak ke Sittwe pada keesokannya bagi meneruskan misi bantuan ke empat kem pelarian di sana.

- KL POS

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP