Pembangkang Usah Pertikaikan Sumbangan Politik Buat UMNO - Nazri Aziz
Thursday, October 18, 2012
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, tiada halangan mahupun menjadi satu kesalahan untuk mana-mana pihak termasuk pembangkang menerima sumbangan dan wang bagi kegiatan politik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
berkata, tiada halangan mahupun menjadi satu kesalahan untuk mana-mana
pihak termasuk pembangkang menerima sumbangan dan wang bagi kegiatan
politik.
"Tiada masalah untuk mana-mana parti terima apa-apa sumbangan. Kita
faham DAP pun dapat. Tetapi kalau Umno dapat lebih, itu kerana penyokong
Umno lagi ramai.
"Bukan merupakan satu kesalahan...tetapi kalau hendak dijadikan satu
kesalahan, kita bersedia buat undang-undang," katanya menjawab soalan
tambahan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat
hari ini.
Baru-baru ini, Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa elemen perbuatan
rasuah tidak dibuktikan dalam sumbangan yang diterima oleh Umno Sabah.
Dana itu ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno
Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri Datuk Seri
Musa Aman.
Nazri turut menjelaskan bahawa siasatan mengenai sumbangan yang
diterima Umno Sabah bukan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) tetapi Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong
(ICAC) yang telah menyatakan tiada unsur rasuah dalam siasatan itu.
"Duit itu masuk ke bank akaun atas nama Badan Perhubungan Umno Sabah.
Kalau Yang Berhormat tidak bersetuju boleh tanya ICAC sebab mereka yang
siasat dan menutup kes," katanya.
Terdahulu beliau ditanya mengenai jumlah pemimpin tertinggi dalam kerajaan yang sedang disoal siasat oleh SPRM kerana rasuah.
Menurutnya, sehingga kini, enam individu dalam kategori itu disiasat
yang melibatkan seorang bekas menteri besar, dua anggota Parlimen, dua
exco dan dua anggota Dewan Undangan Negeri
.
.
"Peruntukan akta SPRM tidak benarkan kita zahirkan (dedahkan) kes
terkini yang sedang disiasat. Ini kerana kalau tengah siasat, kita bagi
tahu orang, itu kesempatan pada orang itu untuk sembunyi fakta dan
maklumat dan saksi-saksi juga boleh dikompromi.
"Selagi belum didapati bersalah termasuk dibawa untuk didakwa di
mahkamah, kita tidak boleh zahirkan. Kita kena berlaku adil kepada
mereka juga," katanya.
