Subsidi Beras : Noh Kecam Dakwaan Portal Pembangkang

Friday, October 19, 2012



Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar menyangkal dakwaan beberapa portal pro-pembangkang yang cuba memutar belitkan fakta berhubung pemberian subsidi beras dibawah kementeriannya.

Bercakap kepada pemberita di Lobi Parlimen, beliau berasa agak kecewa dengan budaya memberi persepsi buruk terhadap kerajaan.

Menurut Noh, pemberian kontrak benih padi kepada beberapa syarikat yang berkenaan dilaksanakan dengan telus.

Perlaksanaan tender terbuka adalah bukti jelas ia (tender) tidak dimanipulasikan mana-mana pihak terutamanya pihak kerajaan Barisan Nasional sebagaimana dakwaan sesetengah pihak.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Tanjung Karang itu turut menjelaskan, pemberian kontrak tersebut telah diberi kelonggaran mengikut syarat yang ditetapkan.

"Kita laksanakan tender secara terbuka. Malah daripada kelonggaran yang dibuat, terdapat lima buah syarikat lagi yang telah berjaya mendapatkan kontrak tersebut dan ini bermakna jumlah keseluruhan syarikat yang menerima tender itu adalah sebanyak 10 buah syarikat," katanya.

Beliau turut mendakwa, beberapa ahli parlimen pihak pembangkang tidak faham dengan jelas berhubung isu yang dibangkitkan itu.

"Mereka (Harakah Daily dan Malaysiakini) hanya memetik ucapan daripada pemimpin pembangkang, tanpa ambil kira jawapan daripada menteri," ujarnya.

Lapor Harakah Daily, Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ketika mencelah penggulungan kementerian itu meminta Noh menyenaraikan nama-nama syarikat yang mendapat subsidi beras dari kerajaan.

Menurut Mahfuz, kerajaan wajar mengkaji semula pemberian subsidi beras yang dilihat lebih menguntungkan syarikat pemborong berbanding rakyat kebanyakan.


Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP