KJ Telanjangkan Khalid Ibrahim

Wednesday, October 24, 2012



Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendedahkan polisi terutama Pakatan Rakyat mengenai MB Kedah dipaksa jual saham IPO Felda atas alasan bertentangan dengan polisi Pakatan Rakyat akan tetapi Menteri Besar Selangor masih pegang saham IPP Genting dan tol Kesas. Sementara itu, Khairy turut menambah bahawa buku jingga yang dibentangkan oleh pembangkang yang menyatakan bahawa sedia merobohkan tol akan tetapi PKNS memmpunyai 20 peratus pegangan saham bagi Tol Lebuhraya Kesas.

Maklumat Lanjut Layari
http://klpos.com

Read more...

Pelumba Motor GP Malaysia Cipta Rekod Baru


Pelumba Moto2 Negara Hafizh Syahrin Abdullah berjaya memberi saingan kepada pelumba-pelumba dunia yang lain sejurus keputusan cemerlang rakan pelumba dari Moto3 Zulfahmi Khairuddin yang menaiki podium tempat kedua dalam Perlumbaan Motosikal Grand Prix Malaysia di Litar Sepang.Beliau yang merupakan penunggang pasukan Petronas Raceline Malaysia bersaing atas tiket 'wild card' telah menamatkan perlumbaan di tempat keempat dengan 15 pusingan dari 19 pusingan tatkala pertaruhan terpaksa diberhentikan atas faktor cuaca.

-KLPOS

Read more...

Pelaksanaan PERMATA Pemacu Kemajuan Negara


Program pendidikan yang berkualiti dipercayai mampu dijadikan sebagai platform yang kukuh dalam usaha menyediakan kanak-kanak di negara ini kearah memacu kemajuan negara.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, program pendidikan tersebut merupakan satu strategi yang boleh dijadikan sebagai persediaan untuk membina modal insan terbaik negara dalam masa sama menghalang unsur negatif dalam memupuk peribadi mulia.

Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Pusat Penyelidikan Keluarga, Remaja dan Kanak-kanak (FACE) dan Makmal Taska Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak (PERMATA) di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.

Menurut Rosmah, penglibatan FACE dalam menjalankan penyelidikan bukan sahaja tertumpu kepada golongan kanak-kanak namun telah diperluaskan ke peringkat remaja seterusnya keluarga.

"Sebelum ini, PERMATA menggunakan khidmat Pusat Penyelidikan Pembangunan Kanak-kanak Kebangsaan (NCDRC) khusus untuk memantau pelaksanaan program perintis Pusat Anak PERMATA Negara.

"Oleh itu, saya amat mengalu-alukan kesungguhan dan minat FACE untuk menjalankan penyelidikan berkaitan Program PERMATA Negara dan menjadikan Makmal Taska PERMATA UPM di FACE sebagai makmal contoh bagi program berkenaan," katanya yang juga merupakan Penaung Program PERMATA Negara.

Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Naib Canselor UPM, Datuk Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi dan Dekan Fakulti Ekologi Manusia merangkap Penyelaras Pusat Anak PERMATA UPM, Profesor. Madya Dr. Zaid Ahmad.

Tambahnya, FACE memperlihatkan peranan yang begitu penting di dalam membangun dan menjalankan penyelidikan secara komprehensif mengenai kanak-kanak, remaja dan keluarga.

"Penghasilan penyelidikan (melalui FACE) akan digunapakai sebagai input yang akan membantu meningkatkan kecemerlangan kanak-kanak, remaja serta keluarga," ujarnya.

Sehingga kini, seramai 1711 tenaga pendidik telah mengikuti Kursus Pendidik PERMATA Negara, 582 peserta dilatih menerusi Kursus Orientasi, Kursus Ulangkaji Pendidik, Bengkel Pengurusan Prosedur
Operasi Standard (SOP) dan Bengkel Pengurusan Murid.

Pada majlis yang sama, Rosmah turut melancarkan dua produk penyelidikan FACE iaitu HELP-kids dan buku Panduan Terapi Bermain.

Sementara itu, Datuk Ir. Dr. Radin Umar berkata, pihak UPM telah menyediakan tawaran bagi program Diploma Lepasan Ijazah dalam bidang pembangunan serta pembangunan awal kanak-kanak yang setara dengan diploma pendidikan untuk program PERMATA Negara.

"Kami (UPM) percaya, dengan penawaran itu, program ini akan berupaya membina kerjaya yang lebih baik bagi pembangunan awal kanak-kanak dalam sektor awam mahupun swasta," katanya.



Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP