Isu TAWAS Bukti Berlaku Ketirisan Dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor

Thursday, October 25, 2012


Koordinator BN Selangor,Dato Seri Ir. Mohd Zin Mohamed mengecam kerajaan Negeri Selangor yang didakwa gagal dalam urustadbir negeri.Menurut beliau,berdasarkan Laporan Audit Negara 2011 yang dibentangkan oleh Ketua Audit Negara,kerajaan negeri Selangor ternyata gagal dalam pentadbiran di negeri itu.

Katanya,skim Yayasan Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang diperkenalkan kerajaan negeri itu ternyata mempunyai ketirisan nyata.Anak kelahiran Selangor yang sewajarnya menerima manfaat dinafikan akibat daripada perancangan TAWAS yang beragendakan politik semata-mata.Malah beliau mendakwa Menteri Besar Selangor selaku Pemegang Amanah bertanggungjawab berdepan dengan isu tersebut.Ianya berikutan peruntukan untuk TAWAS dikatakan gagal dalam pengurusan perbelanjaanya.

Read more...

Peneroka Merana, Kerajaan Negeri Selangor Kembalikan Hak Mereka


Satu memorandum bantahan dihantar kepada kerajaan Negeri Selangor.Memorandum berkenaan adalah berhubung isu tanah bekas peneroka-peneroka di FELDA Sg. Buaya, Rawang, yang didakwa telah dirampas oleh kerajaan negeri.Sesi penyerahan memorandum itu disertai dengan perhimpunan aman dihadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor oleh kira-kira 50 bekas peneroka FELDA terbabit.

Rata-rata bekas peneroka yang berusia sekitar 60-70 tahun itu merayu agar kerajaan negeri supaya memulangkan kembali tanah mereka.Sebelum ini sekitar tahun 1994 seramai 363 orang bekas peneroka FELDA Sg. Buaya telah menubuhkan satu syarikat,Murni Jaya Development Berhad (MJD) bagi menjual dan memajukan tanah mereka.

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP