"Saya Pengerusi Islamic Fashion Festival Dan Bukannya Rosmah Mansor" - Raja Rezza
Friday, November 2, 2012
Fitnah Fitnah Fitnah.... Rosmah Rosmah Rosmah.... Itulah yang diajarkan oleh pemimpin pembangkang kepada gerombolan jentera Cybertroopers mereka ini. Pagi, petang, malam, sebelum subuh malah selepas subuh pun mereka akan dilatih untuk terus menabur cerita fitnah keatas Datin Seri Rosmah Mansor Isteri kepada Dato Seri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia.
Sudah beberapa kali sebelum ini fitnah yang dilemparkan oleh pihak pembangkang telah gagal. Malah Gomo sendiri sudah berapa kali mengutarakan isu dimana fitnah yang menjadi makanan ruji harian jentera media baru pembangkang ini kehabisan modal apabila menfitnah Rosmah Mansor.
Isu terbaru kali ini adalah mengenai Ismalic Fashion Festival yang diadakan di Kuala Lumpur. Menurut dakwaan blog blog upahan pembangkang bahawa Rosmah Mansor dipertanggungjawapkan mengenai isu dimana gambar yang telah dikeluarkan oleh utusan Malaysia sepertimana gambar dibawah ini.
Ya benar jika kita lihat gambar diatas ini dengan tajuk yang menyatakan Islamic Fashion Festival pastinya mendatangkan rasa mual kerana adalah tidak sopan langsung wanita yang berada hujung sebelah kanan memperagakan pakaian sedemikian untuk fashion Islam.
Namun demikian maklumat lanjut yang diperolehi hasil dari temubual dengan Dato Raja Rezza yang merupakan pengasas dan pengerusi Islamic Fashion Festival wanita yang dihujung kanan itu bukanlah model yang memperagakan pakaian Islam sebaliknya adalah model dari pihak NGO yang juga turut hadir pada majlis tersebut.
Apa pun kesilapan tersebut menjadikan modal buat pembangkang menyerang Rosmah Mansor yang juga merupakan penaung bagi Islamic Fashion Festival walaupun orang yang sepatutnya dipertanggungjawapkan adalah Dato Raja Rezza Pengasas dan Pengerusi IFF.
Pihak pembangkang tidak putus putus menyalahkan Rosmah Mansor dan ini bukanlah kali yang pertama isu IFF dijadikan modal buat jentera media baru pembangkang menyerang Rosmah Mansor. Sebagai penuang IFF Rosmah Mansor tidak seharusnya dipertanggungjawapkan mengenai insiden insiden sebegini sebaliknya segala persoalan, ketidak puashatian serta masaalah yang hendak diajukan adalah kepada pengerusi IFF iaitu Dato Raja Rezza.
Peliknya pihak pembangkang tidak pula mahu bertanyakan kepada Dato Raja Rezza mengenai pekara yang mereka dok serang Rosmah Mansor. Kenapa tidak menyerang Pengerusi IFF? Rakyat Malaysia perlu tahu mengenai pekara ini bahawa Rosmah Mansor adalah penaung kepada IFF. Yang menjadi tanggungjawap bagi segala kekecelaruan ataupun masaalah adalah pengerusi IFF sendiri iaitu Dato Raja Rezza dan adalah menjadi tanggungjawap juga kepada pihak pembangkang yang menyerang Rosmah Mansor untuk memohon maaf atas serangan yang tidak berasas tersebut.
Gomo naik meluat dengan puak jentera media baru pembangkang ini. Rosmah, Najib, Rosmah, Najib tak dapat Najib depa terkam Rosmah, tak dapat Rosmah depa terkam Najib. Mana kewajipan mereka ini semua yang sepatutnya menyampaikan manfaat buat kebajikan rakyat? Apakah kerja jentera media baru pembangkang ini hanya pandai menabur Fitnah semata mata?
Pengerusi Islamic Fashion Festival adalah Dato Raja Rezza, jika sebarang masaalah sila tanya kepada beliau dan usahlah menfitnah kepada Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi mangsa fitnah pihak pembangkang melalui pimpinan mereka ini bertahun tahun lamanya.
Psssttt..... Sedap depa jentera pembangkang dok ganyang Rosmah Mansor, Depa lupa ka Anwar Ibrahim tak Ganyang Jijah bertahun sudah coz sibuk dok ganyang China Doll dan Jambu?




