Wan Azizah Fobia Dengan Kepintaran Rosmah Mansor

Tuesday, November 6, 2012


Agak menarik Poster yang bersebelahan dengan Wan Azizah isteri kepada Anwar Ibrahim yang kononya nak menjadi Perdana Menteri Malaysia. Terus terang Gomo katakan memang kerja yang dilakukan oleh pihak PKR kali ini cukup berjaya dengan penghasilan poster sedemikian rupa yang mampu memukau rakyat Malaysia.

Cuma Gomo hairan melihat poster tersebut dengan kata kata:

"Keadilan Utamakan Pendidikan Anak Anda"

Gambar Wan Jijah dengan 5 orang kanak kanak yang mana pihak PKR cuba mengambarkan yang Wan Jijah ini prihatin dan peka tentang perkembangan anak anak Malaysia. Ironinya apa yang Wan Jijah lakukan ini sebenarnya cuba MENIRU bulat bulat apa yang telah pun dilaksanakan oleh Datin Sri Rosmah Mansor isteri kepada Perdana Menteri Malaysia.

 Tadika Permata Hasil Cetusan Rosmah Mansor

Umum mengetahui Rosmah Mansor sudah bergiat lama dalam memperjuangkan dan membantu pendidikan kanak kanak. Malah ianya sudah merangkumi seluruh Malaysia sampaikan Rosmah Mansor diundang ke luar negara bagi memberikan pendapat dan menyumbang idea beliau buat negara luar dalam memajukan pendidikan kanak kanak.

PERMATA yang merupakan satu bukti jelas dimana kanak kanak telah diberikan pendidikan lebih awal dan ianya juga merupakan pendidikan PERCUMA yang tidak perlu dibayar oleh rakyat Malaysia. Melalui Tadika Permata, Rosmah Mansor telah membuktikan bahawa beliau bukan menabur janji melalui Poster dan Benner serta manifesto sepertimana yang Wan Jijah lakukan.


Inilah kelebihan Rosmah Mansor berbanding Wan Jijah yang mana beliau Rosmah Mansor menjalankan kerja kebajikan tampa mulut dan publisiti yang melebih lebih berbanding Wan Jijah PKR yang gila publisiti berbanding kerja yang belum nampak hujung pangkalnya.

Gomo nak minta rakyat Malaysia terutamanya rakyat di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan yang mana dikuasai pembangkang fikir dan renungkan. Cuba tanya kepada Wan Azizah isteri kepada Anwar Ibrahim, selama mana beliau menjadi Presiden Boneka PKR apakah sumbangan yang telah beliau lakukan dalam membantu kanak kanak? Apakah ada Wan Azizah mengutamankan pendidikan kanak kanak?


Bagaimana pula dengan isu Tadika Kemas yang sebelum ini ditutup dinegeri negeri pembangkang? Dimana Wan Azizah semasa itu dalam memperjuangkan pendidikan kanak kanak? Dimana?

2008 sehingga sekarang Pakatan menguasai 4 buah negeri Pembangkang dan jika kita tidak mahu pergi jauh elok kita ke Selangor sahaja yang mana janji Pakatan sebelum menang PRU 12 lalu yang menjanjikan RM 100 sebulan buat kanak kanak tadika.

Apakah Pakatan PKR,PAS,DAP menunaikan janji mereka PRu 12 yang lalu dengan memberikan RM100 sebulan buat seluruh kanak kanak tadika di Selangor?

Tepuk dada tanya selera, kalau janji dulu pun tak tertunai lagi setelah bertahun lamanya usahlah kita mudah rambang mata dengan menaruh harapan janji terbaru Pakatan Pembangkang ini. Wan Azizah hanya menabur kata kata manis sahaja sebaliknya Rosmah Mansor sudah melaksanakanya terlebih dahulu lagi.

Psssttt... Gua yakin Wan Azizah Fobia dengan Kebijaksanaan Rosmah Mansor


Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP