Kau Memang Sial Nurul Izzah Anwar

Wednesday, November 7, 2012



Nurul Izzah kata beliau menghadapi serangan Akidah, dia minta kita rujuk kenyataan diblog dia pulak. Ptuih lah Izzah, kau dengan bapak kau si Anwar Ibrahim tu pun sama je. Serba serbi halal janji nikmat jubor bapak kau merasuk jiwa.

Ni kat bawah ni menatang video apa pulak Izzah oi? Cer cite....
Nurul Izzah nak kata apa? Ohhh dia Spin lagi kata nak heret Utusan Malaysia kononya Utusan Malaysia yang memutarbelitkan fakta kenyataan beliau. Kenapa tak heret Malaysiakini sekali yang merupakan portal berita pertama mengeluarkan kenyataan beliau?

Psssttt.... Kau memang SIAL lah Nurul Izzah......

Read more...

Malindo Airways Beri Manfaat Buat Rakyat

Pelancaran Malindo Airways seharusnya menjadi mercu tanda memecahkan blok monopoli penerbangan tambang murah dari dikuasai oleh satu syarikat penerbangan di negara ini. Tidak timbul lagi karenah kerajaan dan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dipulas tangan dalam isu KLIA-2 atau perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Apa yang menarik perhatian adalah janji Malindo Airways untuk mengenakan tambang murah bagi operasi yang bakal bermula pada Mei 2013, ditambah dengan kemudahan penggunaan aerobridge di KLIA-2, makanan, WiFi dengan kemudahan hiburan dalam penerbangan serta ruang tempat duduk yang selesa. Begitu juga ketiadaan kos-kos tersembunyi seperti Convenience Fees, Counter Check-in Fees dan perkara-perkara yang menjadi rungutan penumpang. Selain itu, Malindo Airways turut menawarkan tempat duduk kelas perniagaan.

Suatu perkara yang perlu dilihat adalah rasional kerjasama bagi sebuah syarikat penerbangan baru di antara National Aerospace & Defence Industries Sdn. Bhd. (NADI) dari Malaysia dan PT Lion Grup dari Indonesia. Sejauhmana kerjasama ini bakal menentukan hala tuju situasi 'menang-menang' dan keuntungan, kedua-dua pihak perlu memainkan peranan masing-masing.

Pasaran domestik di Indonesia sahaja bakal berkembang 60% menjelang tahun 2015. Kementerian Pengangkutan Indonesia menganggarkan 77.6 juta penumpang akan diraih pada tahun tersebut. Ianya akan menjadi satu pencapaian terbesar, memandangkan hanya 6.6 juta penumpang sejak negara tersebut mengalami krisis ekonomi Asia sedekad lamanya. Peningkatan sebanyak 60% ini mampu melonjakkan Indonesia di kedudukan 10 terbaik peringkat global bagi pasaran domestik terbesar.

Bagi syarikat penerbangan swasta, Lion Air menguasai 40% pasaran domestik dengan mengendalikan 13.4 juta penumpang, diikuti Garuda Air dengan 8.4 juta, Batavia (6.1 juta), Sriwijaya Air (5.5 juta) dan Mandala Airlines (3.6 juta).

alt
Source: Centre for Asia Pacific Aviation and Indonesian Transportation Ministry

Kapasiti penerbangan antarabangsa dari / ke dijangka berkembang kira-kira 18% tahun ini dengan profil penambahan armada kapal terbang secara agresif, malah akan bertambah, dua kali ganda pasaran antarabangsa sejak tahun 2009.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Centre For Aviation (CAPA), selain dari Garuda Indonesia, Lion Air tergolong di antara syarikat penerbangan paling hangat pada tahun 2011 (75 Hottest Airlines to Watch for 2011) berikutan dengan penguasaan 40% bahagian pasaran domestik dan merancang secara agresif untuk mengembangkan rangkaian antarabangsa dengan tumpuan khusus kepada pasaran di China.

alt

Melalui kerjasama NADI dan PT Lion Grup, Malindo Airways bakal menggunakan 12 pesawat Boeing 737 bagi menghubungkan bandar-bandar besar Indonesia ke Kuala Lumpur. Kuala Lumpur akan digunakan sebagai pusat penerbangan ke negara-negara ASEAN dan Asia, termasuk ke Thailand, China, India dan Filipina yang akan berpengkalan di KLIA2, Sepang. Tidak ketinggalan, Jakarta dan Bali juga akan dijadikan sebagai pusat penerbangan Malindo Airways ke Australia.

Namun begitu persoalan yang ditimbulkan oleh ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengenai rekod tercalar penerbangan dan dakwaan kes penyalahgunaan dadah Lion Air tidak seharusnya menggugat Malindo Airways selaku pemain terbaru industri penerbangan tambang murah.

Memang benar Lion Air tidak dibenarkan untuk melakukan penerbangan oleh Agensi Penerbangan Kesatuan Eropah, namun kenyataan rasmi oleh Suruhanjaya Eropah (European Commission) pada 3 April lalu memberi lembaran baru apabila suruhanjaya tersebut mengiktiraf usaha pihak berkuasa Indonesia melakukan reformasi sistem penerbangan awam dalam meningkatkan keselamatan mengikut piawaian keselamatan antarabangsa secara konsisten.

Dalam kenyataan tersebut, suruhanjaya tersebut bersedia untuk memberikan sokongan kepada langkah yang diambil pihak berkuasa dan syarikat penerbangan Indonesia untuk bekerjasama dalam melakukan pembaharuan dengan kerjasama ICAO, ahli kehormat Kesatuan Eropah dan Agensi Penerbangan Kesatuan Eropah.

Malah terdapat beberapa kes sebelum ini yang melibatkan syarikat penerbangan Air New Zealand (2008), British Airways (2008) dan United Airlines (2007) diberikan kembali lesen setelah melakukan reformasi sistem penerbangan awam, peningkatan keselamatan mengikut piawaian antarabangsa secara konsisten.

Berdasarkan pengalaman dalam industri penerbangan, pengumuman Malindo Airways bagi pengambilan juruterbang dan krew penerbangan mendapat reaksi positif dari 2,000 pemohon baru-baru ini. Walaupun hanya memerlukan 800 kakitangan pada peringkat awal, Malindo Airways akan menggaji 5,000 pekerja menjelang lima tahun akan datang. Justeru langkah yang diambil Malindo Airways perlu diberi perhatian dan positif dalam memastikan rekod syarikat penerbangan baru ini tidak tercalar.

Namun apa yang lebih penting adalah kewujudan syarikat penerbangan tambang murah baru ini mampu memberikan persaingan sihat dalam industri penerbangan negara dalam usaha kerajaan agar tidak berlakunya monopoli oleh satu syarikat penerbangan.

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP