Antara TNB, Malindo Airways & Jamaluddin Jarjis.

Thursday, November 15, 2012



Kemunculan Malindo Airways, syarikat penerbangan tambang murah kedua negara yang akan memulakan operasi pada March 2013 mendapat reaksi negatif daripada beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat. Antara isu yang menjadi perhatian ialah kepentingan saham yang dipegang oleh DZJJ Sdn Bhd dalam National Aerospace and Defence Industries (NADI) . NADI adalah syarikat tempatan yang memegang saham sebanyak 51% dalam Malindo Airways.

Tony Pua mempersoalkan saham yang dimiliki oleh DZJJ Sdn Bhd dalam NADI kerana dua pengarah syarikat berkenaan adalah anak kepada pemimpin senior UMNO iaitu Dato' Sri Dr. Ir Jamaluddin Jarjis . Dalam sidang media yang sama, ahli parlimen Shah Alam , Khalid Samad mempersoalkan sumber kewangan yang diperoleh DZJJ Sdn Bhd memandangkan usia pengarah yang masih muda.

Sekiranya dilihat pada sejarah , DZJJ Sdn Bhd telah didaftarkaan pada tahun 1982 . Pada ketika itu, Dr. Jamaluddin masih berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) . Dua tahun kemudian, beliau berhenti berkhidmat di UTM untuk menumpukan perhatian pada perniagaan dan menubuhkan sebuah syarikat perunding kejuruteraan iaitu J & A  Associates .

Beliau membangunkan empayar perniagaan pada ketika itu tanpa mempunyai apa-apa kepentingan jawatan dalam pentadbiran kerajaan. Penglibatan beliau dalam bidang perniagaan berkaitan kejuruteraan juga merupakan satu pencapaian yang agak besar bagi sebuah syarikat berstatus bumiputera memandangkan pada ketika itu perniagaan yang berkaitan kejuruteraan lebih banyak dimonopoli kaum bukan bumiputera.

Walaupun negara menghadapi kemelesetan ekonomi pada awal tahun 80an , syarikat yang diuruskan oleh Dr. Jamaluddin masih mampu bertahan dan beroperasi.

Pada ketika itu , sektor pembuatan Malaysia terjejas kerana kemelesetan sektor luar selain kejatuhan komoditi utama negara yang pada asalnya merupakan sebuah negara berasaskan pertanian. Walau bagaimanapun, ekonomi negara mula pulih pada pertengahan 80-an. Belajar dari pengalaman, kerajaan telah memulakan proses industrialisasi dan melaksanakan Pelan Induk Perindustrian pada tahun 1985.  

Menyahut dasar yang diumumkan oleh kerajaan itu,  DZJJ Sdn Bhd telah membeli sebuah kilang milik usahawan Cina iaitu EPE Power pada tahun 1985. Hanya dalam tempoh 10 tahun, EPE Power telah disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) sebagai EPE Power Corporation Berhad (EPCB). Pada ketika ini, Dr. Jamaluddin masih belum mempunyai apa-apa kepentingan dalam kerajaan dan hanya menjadi wakil rakyat di parlimen Rompin apabila dipilih rakyat semasa pilihanraya tahun 1990.

Jelas sekali kekayaan yang dikumpul oleh Dr. Jamaluddin adalah semenjak beliau memulakan perniagaan pada tahun 1982, jauh sekali dengan jarak perlantikan beliau dalam tugas pertama yang melibatkan kepentingan  dalam kerajaan, iaitu sebagai Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB). Adalah tidak mustahil untuk sebuah syarikat yang telah beroperasi selama 18 tahun untuk mempunyai kemampuan kewangan yang kukuh.

Sebagai seorang yang mempunyai pendidikan formal dalam bidang kejuruteraan elektrik serta pengalaman luas menguruskan perniagaan berkaitan tenaga elektrik, perlantikan Dr. Jamaluddin sebagai pengerusi TNB dilihat sebagai satu langkah untuk memantapkan pengurusan bekalan elektrik negara. Dr. Jamaluddin turut melepaskaan segala kepentingannya dalam EPCB apabila dilantik sebagai pengerusi TNB.

Pelepasan jawatan oleh Dr. Jamaluddin walau bagaimanapun masih tidak dapat memuaskaan hati sesetengah pihak apabila membuat tuduhaan bahawa masih terdapat proksi-proksi Dr. Jamaluddin dalam EPCB .

Tuduhan-tuduhan sebegini walau bagaimanapun dipersoalkan kerana menurut laporan kewangan yang dikeluarkan oleh BSKL, syarikat EPCB  mengalami kerugian pada tahun 2000 , 2001 dan 2002 iaitu sepanjang tempoh Dr. Jamaluddin dilantik menjadi pengerusi TNB .

Dari penyata analisa pegangan saham syarikat pada 30 April 2002 , DZJJ iaitu syarikat yang didakwa masih dimiliki Dr. Jamaluddin melalui proksi hanya mempunyai kepentingan saham sebanyak 0.75% dan syarikat hanya berkongsi kerugian sepanjang tahun 2000, 2001 dan 2002 dengan syarikat induk EPCB.

Sekiranya benar Dr. Jamaluddin menggunakan pengaruh beliau di dalam TNB untuk kepentingan syarikat proksi, kenapa syarikat yang dikatakan ada kaitan dengan beliau mengalami kerugian sehingga tiga tahun berturut-turut ? Kini , sejarah dilihat seolah-olah berulang apabila syarikat DZJJ yang hanya mempunyai kepentingan 10.5% dalam NADI diberikan persepsi seolah-olah mempunyai pengaruh yang besar dalam penubuhan Malindo Airways . Hakikatnya , DZJJ melalui NADI hanya mempunyai kepentingan sebanyak 5.4% dalam Malindo Airways .

Adalah sesuatu yang tidak wajar untuk sebuah syarikat seperti DZJJ yang telah beroperasi hampir 30 tahun untuk menutup operasinya hanya kerana terdapat sejarah syarikat itu diuruskan oleh seseorang yang bertaraf menteri. Hakikatnya , syarikat ini telah berkembang maju dalam tempoh 18 tahun sebelum Dr. Jamaluddin dilantik dalam organisasi yang berkepentingan dalam kerajaan.

Pada masa yanag sama , apabila perlantikan ini berlaku segala jawatan dilepaskan dan diserahkan pada penama-penama yang lain. Kekayaan yang dikumpul sebelum menjawat jawatan menteri dan lain-lain jawatan berkaitan kerajaan seharusnya dilihat sebagai hujah untuk menidakkan tuduhan salah guna kuasa bagi memperoleh kekayaaan .

Hujah ini mungkin boleh diguna pakai untuk mempersoalkaan kekayaan yang diperoleh oleh ahli politik tertentu yang gaya hidupnya berubah secara mendadak apabila memegang jawatan dalam struktur pentadbiran kerajaan samada pada peringkat negeri atau pusat.

Sumber KLPOS

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP