Sultan Muhammad V Wajar Teruskan Siasatan Perompak Wang Balak Rakyat Kelantan

Saturday, November 17, 2012



Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, menegur pengurusan air oleh kerajaan negeri dan diperintah segera menyelesaikannya bagi memastikan rakyat menikmati sumber air bersih serta terjamin. Read More....

Syabas diucapkan buat Sultan Muhammad V atas sikap dna keterbukaan baginda yang nampaknya semakin matang dalam menilai setiap inci ruang yang ada didalam negeri Kelantan dan Jajahannya. Syukur juga Gomo ke hadrat Ilahi kerana kenyataan Baginda Sultan bukan sahaja melalui teguran kepada kerajaan PAS negeri Kelantan tetapi kerana sifat tanggungjawap beliau sebagai anak YM Tuanku Sultan Ismail Petra dan Permaisuri Tengku Anis.

Sudah berbulan bulan Gomo tidak mencampuri urusan Istana Kelantan setelah jembalang yang selama ini mengucar kacirkan Istana Kelantan telah tersembam ke tanah. Ada orang kata penangan Blog Papa Gomo berjaya membuka mata pihak Istana sehinggakan jembalang tersebut rebah dengan begitu hina dan jijik sama sekali.

Gomo bukan  nak mendabik dada tetapi tanggungjawap sebagai anak Kelantan yang lahir di Kelantan membara dalam jiwa ini untuk melihat negeri Kelantan terutamanya Istana Kelantan aman dan makmur tampa perbalahan tikam menikam dek kerana percaturan jembalang yang mempunyai kepentingan dan agenda tersendiri.

Umum mengetahui bekas penasihat Sultan Muhammad V sebelum ini Datuk Shukri Mohamed ataupun lebih dikenali dnegan panggilan TENGKU SHUKRI telah pun disingkirkan dari Istana Kelantan. Tuanku Sultan Muhammad V telah sedar dengan kecurangan penasihat baginda itu apabila tomahan yang dilemparkan melalui blog Papa Gomo ini serta beberapa individu yang tampil memberikan bukti bahawa sememangnya terdapat kegiatan pecah amanah berlaku sewaktu Shukri menjadi penasihat Tuanku Sultan.



Artikel berkaitan yang telah menyingkirkan Shukri dengan begitu Hina :

Tuanku Sultan Kelantan Sembunyikan RAHSIA Besar Penyelewengan Penasihatnya?

Kerakusan Penasihat Sultan Kelantan Akhirnya Sampai Ke Pengetahuan Tuanku Sultan Muhammad Ke V

Sejak Shukri ini disingkirkan pihak Istana Kelantan suasana semakin aman dan tenang didalam Istana Kelantan. Ini dapat digambarkan apabila beberapa bulan yang lepas Sultan Muhammad V telah membawa Bapanya yang juga YM Tuanku Sultan Ismail Petra mendapatkan rawatan. Malah Ibu Sultan Muhammad V juga diberi penghormatan dengan diberikan polis pengiring apabila ibunya iaitu Tengku Anis hendak keluar menjalankan urusan seharian.

Ini semua berlaku setelah Shukri disingkirkan dan inilah juga satu bukti jelas bahawa serangan blog Papa Gomo sebelum ini keatas Jambalang Dato Shukri adalah satu kebenaran yang tidak dapat dinafikan mana mana pihak sekalipun.

"Pitih Balok banyok Nikoh Artis le Wei"

Dengan keadaan Istana Kelantan yang kembali aman diharapkan agar Sultan Muhammad V dapat terus menjaga keutuhan kekeluargaan baginda tampa campurtangan pihak luar sepertimana yang Shukri lakukan sebelum ini. Seluruh rakyat Kelantan pastinya mengharapkan yang sama iaitu istana Kelantan terus dihormati dan disanjung tinggi bagi memberikan keyakinan buat rakyat akan sistem Beraja terutama di negeri Kelantan.

Namun demikian Gomo dengan ini juga meminta agar Sultan Muhammad V terus menjalankan siasatan keatas mana mana pegawai Istana, Kerajaan PAS Kelantan dalam isu penyelewengan wang Balak Kelantan yang mana Gomo difahamkan nilai pecah amanah tersebut dianggarkan mencecah Bilion ringgit sejak PAS mentadbir Kelantan.

Modus operandi yang sebelum ini dikesan terutama dilakukan oleh Shukri adlaah dengan memaklumkan kepada pihak Istana Kelantan bahawa terdapat satu lokasi yang dikatakan mempunyai bijih besi. Hasil dari laporan palsu tersebut kelulusan diberikan untuk menerokai kawasan tersebut yang mana balak balak dikawasan tersebut ditebang. Dan apabila habis balak balak ditebang kawasaan yang kononya dikatakan mempunyai Bijih Besi itu didapati tidak mempunyai apa apa hasil mineral apatahlagi Bijih Besi sepertimana yang dilaporkan oleh penasihat Sultan sebelum ini.


Hakikatnya BALAK lah yang menjadi keutamaan mereka kerana balak yang mereka inginkan dan bukannya Bijih besi mahupun apa apa mineral yang ada dikawasan tersebut. Modus operandi sebegini bukan sekali dua berlaku tapi ianya telah berulang ulang sehingga mengenyangkan pihak pihak yang terlibat termasuklah EXCO Kerajaan PAS negeri Kelantan terutamanya Yb Husang Musang yang difahamkan cukup rapat dengan Dato Shukri bekas penasihat Sultan Muhammad V.

Ini merupakan masaalah besar buat seluruh rakyat Kelantan kerana hasil balak yang sepatutnya sampai kepada rakyat tidak sampai sebaliknya hanya menkayakan keroni keroni dalam rompakan secara terang terangan itu melalui pintu Istana Kelantan.

Sultan Muhammad V perlu bertindak tegas dalam pekara ini demi memastikan rakyat Kelantan mendapat manfaat dari hasil bumi Kelantan secara rata tampa mengkayakan pihak pihak yang boleh Gomo anggap sebagai LINTAH DARAT.


Semoga Istana Kelantan terus aman dan damai tampa sebarang kemelut yang berlaku dan Gomo juga mengharapkan agar pihak pihak yang bertugas di Istana Kelantan usah menjadi si BANGSAT speertimana yang dilakukan Shukri sebelum ini.

Gomo masih berpegang kepada YM Tuanku Sultan Ismail Petra sehingga baginda Sultan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Daulat Tuanku......


Psssttt.... Si Shukri tu waktu berkuasa arah rakyat Kelantan paggil dia Tengku Shukri...Gila Saiko menatang tu.

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP