UMNO Doakan PAS Pecah Perut?
Tuesday, November 27, 2012
Perasmian Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada malam ini dimulakan dengan memohon serta mengajak Pas kembali insaf.
Doa yang dibaca oleh Wakil Pergerakan Pemuda Umno Malaysia itu turut memohon agar Pas terbuka hati untuk menerima Umno di atas tali persaudaraan sesama Islam dan bangsa Melayu.
Sebelum ini, PAS telah mengadakan solat hajat dan berdoa - 'KO BN' supaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) hancur di Stadium Sultan Muhammad IV Jumaat malam lepas yang dipimpin adik kepada Mursyidul Am PAS, Nik Razi Nik Mat sempena perhimpunan anjuran parti pambangkang itu
Sumber KL POS.
GOMO: Itulah kelebihan UMNO yang memang kita tahu cukup bermurah dengan doa yang mengajak kebaikkan bersama berbanding PAS yang acap kali mendoakan kemudaratan walaupun kepada sesama umat Islam.
Ini bukan kali pertama UMNO mengambil sikap sebegini dengan mendoakan kebaikkan buat PAS. Nik Aziz Presiden PAS pernah mendoakan agar Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Najib Tun Razak pecah perut walaupun segala kebaikkan yang diberikan kepada Nik Aziz.
Gomo harap PAS bermuhasabah diri dalam pekara ini, kembalilah ke pangkal jalan demi sesama Melayu dan juga Islam. Bukakkan lah pintu hati PAS agar menolak DAP dan juga PKR yang songsang malah terkutuk agenda mereka.
Pssstttt…. Melayu Perlu Bersatu….. Amin…
"Tanah Tumpahnya Darahku"
Melayu Bersatu Bersama UMNO Pastikan Tanah Melayu Ini Terus Dibela Dan Dijaga.
UMNO Parti Orang Melayu Sejak Dulu Hingga Kini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone




