Persidangan Perwakilan UMNO 3 Sayap - Wanita Ganyang, Pemuda Tibai, Puteri Balun
Wednesday, November 28, 2012
Tindakan Pakatan Rakyat yang mengambil
langkah terbaru mengangkat dan memperjuangkan martabat wanita menerusi
Perbentangan Bajet 2012 Alternatif mereka dilhat 'sudah terlambat'.
Sambil mengecam tindakan tersebut, Ketua Pergerakan Wanita UMNO
Malaysia Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan Wanita UMNO telah
sekian lama memperjuangkan maruah dan hak wanita di Negara ini sejak
mula penubuhan UMNO sekian lama dahulu.
"Forget it! (Lupakan!) Puan-puan semua sudah mendahuluinya,
(Pembangkang) 66 tahun terlambat. Bukan nak mengata, tapi saya nak
geleng kepala, tergedek-gedek baru nak melancarkan," Read More....
GOMO: Setuju dengan kenyataan Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil berhubung kenyataan beliau pada Persidangan Perwakilan Sayap Wanita UMNO Malaysia pagi tadi. UMNO dan BN sudah bertahun memperjuangkan nasib kaum wanita malah dari masa kesemasa segala kebajikan buat Wanita Malaysia dipertingkatkan sehingga memberikan banyak kelebihan buat wanita Malaysia berbanding wanita di negara luar.
Pembangkang? Mana perjuangan mereka kepada wanita? Jangan kata untuk wanita malah kepada para ibu ibu juga tidak langsung diberi perhatian mahupun menjaga kebajikan mereka. Lihat sahaja apa yang mereka lakukan selama mereka mentadbir Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Apa yang kaum wanita dapat?
Pemuda Umno mahu lebih ramai calon
pergerakan tersebut diberi peluang bertanding pada Pilihan Raya Umum
Ke-13 akan datang sekaligus ingin peralihan generasi berlaku di
peringkat sayap muda parti teras Barisan Nasional (BN).
"Kami tidak mendesak apa-apa untuk kepentingan sendiri, jauh sekali
untuk meminta-minta buat pemuas nafsu haloba. Namun, atas realiti
politik masa kini, kita berhasrat agar peralihan generasi ini bukan
setakat di atas kertas sahaja. Read More....
GOMO: Benar apa yang dikatakan Ketua Pemuda UMNO berhubung calon calon muda yang perlu diketengahkan pada PRU 13 kelak. Apa yang dinyatakan oleh KJ ini sememangnya relevan dengan keadaan semasa waktu ini yang memperlihatkan golongan muda mahu suara mereka didengar pimpinan atasan. Malah waktu ini juga golongan muda sudah semakin peka dan membuka mata tentang suasana politik yang mana mereka mahu suara dari generasi mereka diketengahkan oleh sesama merek.
Namun demikian Gomo merasakan ianya perlulah diseimbangkan dalam menentukan calon bertanding atas ticket BN kelak. Fokus utama adalah bersatu hati dan semangat "SETIAKAWAN" yang perlu UMNO buktikan tampa mencantas mana mana calon yang bakal diumumkan kelak. Jika calon dipilih dari pemuda maka yang merupakan orang lama perlulah memberikan sokongan dan begitu juga sebaliknya.
Anggota Pergerakan Puteri Umno diingat
tidak menggunakan emosi semasa berhadapan dengan serangan pembangkang
terutama politik fitnah, sebaliknya mematahkan serangan itu dengan
menggunakan fakta.
Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata anggota Puteri perlu
menggunakan tiga senjata sebagai strategi mendepani politik fitnah
iaitu ilmu, kebijaksanaan dan kesabaran.
"Ketiga-tiga pendekatan ini harus diadaptasi mengikut situasi. Tanpa
ilmu, kebijaksanaan tidak akan lahir, dan tanpa sabar, fitnah akan
menyalakan api kemusnahan, membakar seluruh isi perjuangan," Read More....
GOMO: Tepat dan itulah yang perlu dilakukan puteri UMNO dalam menghadapi serangan dan propaganda jahat pihak pembangkang. Gomo sedia maklum tentang peranan Puteri UMNO yang cukup efektif dalam membantu jentera BN bila menghadapi Pilihanraya. Malah dalam bantuan yang dijalankan Puteri UMNO ini bermacam tindakan ganas serta kejam dilakukan pihak pembangkang.
Puteri UMNO perlu terus bersabar dalam memberikan segala upaya bagi memastikan BN menang ada PRU 13 kelak. Sesungguhnya peranan Puteri UMNO dalam menghadapi tomahan dan cemuhan pembangkang amat dipuji dan disanjung tinggi.
Gomo berpuas hati dengan persidangan perwakilan 3 sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pada hari ini. Walaupun banyak isu yang belum diketengahkan namun ianya sedikit sebanyak memberikan semangat buat jentera UMNO berjuang apabila kembali ke kawasan masing masing apabila tamat Persidangan kali ini.
Esok pastinya debaran besar apabila Presiden UMNO D.S. Najib Tun Razak menyampaikan Ucapan Dasar Presiden. Semua perwakilan, ahli UMNO malah rakyat diluar sana akan menunggu apa yang akan dilakukan UMNO bagi menghadapi PRU ke 13 nanti, Sama sama kita nantikan.
Psssttt.... Antara Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri hari ini, Gomo puji persidangan Wanita....benar kata orang, yang matang lebih bertenaga.
"Tanah Tumpahnya Darahku" Melayu Bersatu Bersama UMNO Pastikan Tanah Melayu Ini Terus Dibela Dan Dijaga. UMNO Parti Orang Melayu Sejak Dulu Hingga Kini.















