Najib Razak Gelar Anwar Ibrahim Si Kitol

Thursday, November 29, 2012

Presiden UMNO
Datuk Sri Najib Tun Razak


 Tepat dan padat apa yang diucapkan oleh Presiden UMNO D.S. Najib Tun Razak dalam ucapan dasar pagi tadi. Sesungguhnya rakyat Malaysia diminta membuka mata agar melihat prestasi pembangkang yang hanya tahu menabur janji tetapi gagal melaksanakannya.

Anwar Ibrahim sememangnya si KITOL yang mempunyai lidah bercabang. Jangan rakyat mudah dijadikan boneka ANwar Ibrahim dan sekutu pembangkang yang ada kerana masa depan Malaysia terletak ditangan kita semua rakyat Malaysia.

Psssttt.... Anwar Ibrahim sememangnya balachi Yahudi Zionis.


"Tanah Tumpahnya Darahku" Melayu Bersatu Bersama UMNO Pastikan Tanah Melayu Ini Terus Dibela Dan Dijaga. UMNO Parti Orang Melayu Sejak Dulu Hingga Kini.

Read more...

Shahrizat Jalil Ketua Wanita UMNO Gesa Zuraidah Ketua Wanita PKR Tampil Ke SPRM Bersihkan Nama Beliau




Jika dulu Zuraidah Mak Lampir beriya iya mendedahkan itu dan ini tentang Shahrizat Jalil Ketua Wanita UMNO wahalkan apa yang dinyatakan oleh Zuraidah hanyalah rekayasa jahat dalam menjatuhkan Sharizat Jalil kini Zuraidah pula menerima padah apabila dibogelkan satu persatu oleh kesilapan dan kesalahan beliau sendiri.

Zuraidah Ketua Wanita PKR sebelum ini cukup ligat menyerang keperibadian Sharizat Jalil walhalkan semua mengetahui Sharizat Jalil tidak terlibat dan bersalah dalam apa apa tuduhan yang dilemparkan oleh Zuraidah Mak Lampir ketua wanita PKR.

Zuraidah Mak Lampir memaksa Shahrizat meletakkan jawatan selaku Menteri Wanita, atas serangan yang dasyat itu demi membersihkan nama beliau Shahrizat Jalil meletakkan jawatan tersebut selaku menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat. Malah tidak cukup dengan itu Shahrizat Jalil meminta pihak SPRM menyiasat beliau secara adil demi membersihkan nama beliau yang dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan tomahan oleh pihak pembangkang terutama Zuraidah MP PKR Ampang yang juga Ketua Wanita PKR.



Sekarang Zuraidah Ketua Wanita PKR pula sedang bergolak dengan dakwaan dakwaan tentang keewangan beliau yang begitu banyak sehingga mampu membeli kenderaan mewah pada setiap tahun yang mana jauh dari Gaji yang beliau perolehi selaku ahli parlimen.

Tidak cukup dengan itu Blog SEL 13 KLIK DISINI telah mendedahkan tentang kenderaan mewah yang digunakan Zuraidah Ketua Wanita PKR yang mana dimiliki syarikat swasta yang dipercayai mempunyai kepentingan peribadi buat Zuraidah Ketua Wanita PKR. KLIK DISINI

Senyap sunyi Zuraidah waktu ini, malah beliau mengelak untuk ditemubual wartawan mahupun berjumpa dengan pihak wartawan bagi membersihkan nama beliau atas tuduhan tersebut. Dimana moral beliau yang sebelum ini begitu hebat menganyang Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil? Dimana ketelusan beliau bagi membuktikan beliau tidak bersalah?

Jika Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil begitu berani meletakkan jawatan Menteri dan meminta SPRM menyiasat beliau mengapa Zuraidah Ketua Wanita PKR tidak bertindak melakukan pekara yang serupa?Tidak usah meletakkan jawatan selaku Ketua Wanita PKR pun tidak mengapa asalkan beliau tampil kepada pihak SPRM dan meminta pihak SPRM menjalankan siasatan keatas dirinya dan keluarga bagi membersihkan nama beliau. Mengapa Zuraidah Ketua Wanita PKR tidak melakukannya?


Rakyat perlu lihat dengan jelas pekara ini, lihatlah perbezaan ketara antara pemimpin UMNO dan pemimpin pembangkang terutamanya PKR dalam membuktikan siapa yang telus dan siapa yang korup. Jika benar Zuraidah MP PKR Ampang dan juga Ketua Wanita PKR ini tidak terlibat dalam penyelewengan wang wakil rakyat maka beliau harus tampil membersihkan nama beliau bertindak sepertimana yang dilakukan Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil.

Buat Zuraidah MP PKR Ampang, Gomo tahu anda sedang bersembunyi sekarang daripada pihak media. Namun ingatlah bahawa isu ini belum selesai dan jawapan segera dari anda serta penjelasan pihak SPRM akan dituntut sampai ke hujung dunia. Larilah kemana sekalipun namun rakyat pastinya mahukan jawapan dari anda.

Psssttt.... Tak berak seminggu dah khabarnya si Zuraidah mak Lampir ni coz takut SPRM siasat.


"Tanah Tumpahnya Darahku" Melayu Bersatu Bersama UMNO Pastikan Tanah Melayu Ini Terus Dibela Dan Dijaga. UMNO Parti Orang Melayu Sejak Dulu Hingga Kini.

Read more...

Khairy Jamaluddin Templak PAS Parti Jual Agama Demi Kepentingan Politik DAP




Tepat dan benar apa yang dikatakan oleh Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin sewaktu Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO semalam. Parti PAS sememangnya bukanlah parti yang memperjuangkan Islam sebaliknya melacurkan Islam demi kepentingan politik mereka semata mata.

DAP dengan jelas menentang agenda yang dibawa PAS dan kita sendiri dapat lihat bagaimana PAS membisu apabila DAP menentang mereka secara terang terangan. Pejuang PAS yang kononya melaunkan Islam disana sini juga bisu apabila diarahkan oleh kepimpinan PAS untuk duduk diam menghormati DAP.

Manakala kepada ahli PAS yang menentang DAP mahupun Anwar Ibrahim tindakan tegas diambil oleh parti PAS dengan memecat keahlian mereka seperti mana yang berkaku kepada YB Hassan Ali dan juga YB Nasaruddin yang disingkirkan dari jawatan parti.

UMNO sejak dulu sehingga kita tidak pernah sama sekali melacurkan Islam demi kepentingan politik. Malah kerana UMNO lah juga perlembagaan Malaysia menjelaskan dengan jelas bahawa lahirnya Melayu di Malaysia ini maka Islam lah agamanya tampa kompromi untuk bertukar kepada agama lain.

UMNO lah yang memperjuangkan dan memartabatkan Islam sejak dulu, kini dan selamanya. Kerana UMNO lah juga pelindung kepada Islam yang ada di bumi bertuah ini. PAS hanyalah boneka kepada DAP dan pencacai kepada PKR semata mata.

Psssttt..... Mesej KJ jelas buat rakyat agar menolak PAS yang menjadi barua kepada parti racist anti islam iaitu DAP


"Tanah Tumpahnya Darahku" 
 Melayu Bersatu Bersama UMNO Pastikan Tanah Melayu Ini Terus Dibela Dan Dijaga. 
 UMNO Parti Orang Melayu Sejak Dulu Hingga Kini.




Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP