Produk UMNO Untuk Semua Bangsa

Saturday, December 1, 2012


UMNO parti orang Melayu, UMNO parti perjuangan kita bangsa Melayu dan juga bumiputera yang ada didalam Malaysia ini. Sejak dulu hingga kini UMNO melakukan yang terbaik buat bangsa Melayu dan Bumiputera yang ada dalam negara ini.

Gomo sendiri melihat UMNO parti yang relevan untuk Melayu dan jauh sekali berbanding PKR mahupun PAS yang jelas hanya pandai menjual air liur berbanding melaksanakan apa yang sepatutnya dilakukan sebagai parti politik.

 

Namun demikian Gomo lihat UMNO bukan sahaja parti yang banyak berjaya untuk orang Melayu. Gomo lihat UMNO parti yang banyak menabur jasa juga kepada bangsa bangsa lain seperti kaum Cina, India dan lain lain yang hidup aman dan makmur dalam Malaysia ini.

Selama 66 tahun UMNO lahir di bumi bertuah Malaysia ini dan selama itulah juga perjuangan untuk orang Melayu diperjuangkan oleh UMNO dari masa ke semasa yang mana turut membantu kaum lain menapak di bumi bertuah ini.

 

Bukan satu atau dua pekara jasa UMNO kepada bangsa bangsa lain selain Melayu di Malaysia ini malah apa yang dinikmati oleh kita hari ini adalah hasil kepimpinan pemimpin UMNO sejak dulu hingga kini yang juga bersama sama kepimpinan kaum Cina dalam MCA dan juga India MIC.

Hari ini maka tamatlah Persidangan Agong UMNO 2012, dan hari ini juga ramai perawakilan yang akan pulang meneruskan perjuangan UMNO di bahagian masing masing sama ada bahagian tersebut Majoritynya Melayu ataupun 50/50. Biar apa pun bangsa kependudukan di bahagian tersebut namun UMNO tetap menjalankan kerja mereka yang telah dilakukan sejak dulu lagi dengan membela siapa sahaja baik kaum Melayu, Cina mahupun India dan juga lain lain bangsa.

 

Gomo nak sampaikan sedikit pesanan buat semua ahli UMNO yang ada hari ini. Sedikit pesanan dari Gomo yang hanya merupakan ahli UMNO biasa yang juga tidak berjawatan didalam parti. Nasihat ini mungkin mendatangkan kegusaran kepada ahli UMNO ataupun pemimpin UMNO namun nasihat ini jika kita amati secara mendalam ianya sememangnya perlu dilakukan agar memastikan UMNO terus memimpin negara Malaysia yang bertuah ini.

 

UMNO adalah produk orang Melayu, dan dalam pemasaran produk ini pada hari ini ianya bukan lagi tertakluk hanya kepada bangsa Melayu semata mata. Namun produk UMNO ini telah berkembang menjadi satu Produk kebanggan negara dari masa ke semasa dan pada zaman era kini produk UMNO ini perlu terus diperkembangkang kepada setiap lapisan masyarakat sama ada kaum Melayu, Cina, India dan juga lain lain bangsa.

 

UMNO perlu kita pasarkan ke setiap pelusok yang ada di dalam Malaysia ini sama ada didalam bandar mahupun di desa. Produk UMNO yang utuh ini perlu sampai kepada bangsa Cina dan India agar mereka memahami apa yang dilakukan UMNO dalam membela meraka dalam setiap permasaalahan dalam negara ini.

Jual lah Produk UMNO ini kepada semua golongan agar pada PRU 13 kelak produk kita ini menjadi satu produk yang diyakini keberkesanannya berbanding produk tamat tempoh seperti PKR, PAS dan DAP. UMNO membela rakyat dan pastikan rakyat pelbagai lapisan bangsa menerima UMNO bagi menjamin kesejahteraan kita seluruh rakyat Malaysia.

 

Tampa UMNO kaum Melayu, Cina, India dan lain lain bangsa tidak mungkin akan hidup dengan aman damai sejak bertahun lamanya. Hanya 1969 Tragedi berdarah apabila parti Komunis DAP cuba memecahbelahkan kesempurnaan hidup berbilang kaum ini. Teruskan mengajak rakyat menerima UMNO kerana sesungguhnya Produk UMNO ini adalah produk yang terbaik buat rakyat Malaysia sejak dulu kini dan selamanya. Amin....


Psssttt..... Melayu, Cina, India dan lain bangsa adalah 1 Malaysia...... UMNO Denyut Nadi Rakyat Malaysia.

 

"Tanah Tumpahnya Darahku"
Melayu Bersatu Bersama UMNO Pastikan Tanah Melayu Ini Terus Dibela Dan Dijaga.
UMNO Parti Orang Melayu Sejak Dulu Hingga Kini.

Read more...

Jentera UMNO Dinasihat Buang Sifat Takbur Dan Sombong



Jentera UMNO terutamanya dari kalangan Pimpinan di semua peringkat diingatkan agar menjauhkan diri dari sifat-sifat yang boleh menjatuhkan imej Parti seperti sombong, takbur dan pertengkaran sesama sendiri.Perwakilan UMNO Negeri Johor Datuk Samsul Bari Jamali dalam perbahasannya sebentar tadi menegaskan, setiap jentera parti khususnya di peringkat Negeri mesti mempertingkatkan gerak kerja bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus kekal menang pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).


Maklumat lanjut sila klik di link berikut :-
http://www.klpos.com/ekslusif/28541-jangan-sombong-wakil-umno-johor-beri-amar...


"Tanah Tumpahnya Darahku" 
Melayu Bersatu Bersama UMNO Pastikan Tanah Melayu Ini Terus Dibela Dan Dijaga. 
UMNO Parti Orang Melayu Sejak Dulu Hingga Kini.

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP