Seorang pemimpin parti yang berkawan dengan syaitan dari Kelantan telah membuat kenyataan seperti berikut di
malaysiakini di hari Perhimpunan Agung Umno dirasmikan.
Naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Datuk Seri Najib Razak tidak
boleh lagi berdiam diri dengan dakwaan terbaru Deepak Jaikishan
memandangkan usahawan itu mengaitkan keluarga perdana menteri dengan isu
pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Katanya, Deepak "secara
langsung dan tidak langsung" mengaitkan perdana menteri dalam isu
pembunuhan berkenaan – dalam dakwaan yang dibuat sejurus sebelum
perhimpunan agung Umno.
"Najib harus mengambil langkah memberikan
penjelasan sepenuhnyna. Jika tidak, selain dirinya, Umno adalah pihak
yang akan terkesan," kata Husam yang turut memberi peringatan bahawa
pilihan raya juga semakin hampir.
Husam seterusnya mencadangkan supaya Umno "melepaskan Najib" demi kelangsungan parti itu dalam pilihan raya umum nanti.
Katanya,
beliau melihat Najib kini berada dalam kedudukan "begitu lemah" apabila
timbul dakwaan baru daripada Deepak itu – seperti disiarkan dalam tiga
portal berita termasuk Malaysiakini.
Husam juga membayangkan kemungkinan wujud campurtangan pihak tertentu dalam tindakan Deepak.
"Saya
yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat
apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalam menggerakkan
tindakan Deepak.
"Deepak bukan ahli politik tetapi kenyataannya
dibuat menjelang perhimpunan agung Umno – menampakkan pertimbangan
politik telah diambil kira.
"Najib ternyata sudah begitu lemah
dan hayat politiknya kini bergantung kepada ihsan rakan separtinya
(agar) tidak mengambil apa-apa langkah susulan.
"Satu kenyataan
oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) atau (Tan Sri)
Muhyiddin (Yassin) cukup untuk menamatkan hayat politik Najib sebelum
pilihan raya umum ke-13," tambahnya.
Husam berkata demikian
dengan memetik kenyataan Deepak dalam wawancara bersama Harakahdaily, di
mana peniaga permaidani itu antara lainnya menyebut mengenai nasib yang
dialaminya ekoran penglibatan dalam pengakuan bersumpah penyiasat
persendirian P Balasubramaniam.
Kalau mengikut pekiraan aku ada tangan Ghaib dibelakang Deepak ni yang membuat satu Konspirasi menfitnah Najib Razak dan Rosmah Mansor. Tangan Ghaib yang mungkin dari pimpinan UMNO ataupun musuh seteru iaitu Pakatan Pembangkang. Apa sekalipun konspirasi ini telah di rancang untuk melaga lagakan pimpinan UMNO agar UMNO berpecah belah ketika Persidangan 2012 kelmarin.
Gomo tidak mahu mengulas panjang kerana sedang menganalisis apa yang bakal berlaku kepada pihak UMNO mahupun pembangkang apabila pendedahan sebenar tentang Konspirasi Deepak menfitnah Najib Razak dan Rosmah Mansor dibuktikan.
Apa sekalipun Gomo harap seluruh pembaca blog agar kerap melayari Blog Blog Pro Kerajaan memandangkan ada ura ura menyatakan Bukti Dalang Konspirasi Deepak akan didedahkan dalam masa terdekat ini. Blog mana yang keluarkan Gomo tidak pasti namun pastinya kita semua ingin tahu siapa Dalang sebenar Konspirasi Deepak Merekayasa menfitnah Najib Razak dan Rosmah Mansor.
Psssttt....Siapa dalang Konspirasi Deepak Fitnah Najib dan Rosmah? Tun Mahathir? Muhyiddin? Ataupun Pembangkang?
Read more...