Masyarakat India Serik Penipuan Pembangkang Kini Kembali Bersama MIC

Sunday, December 9, 2012




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu masyarakat India kembali menjadi 'simpanan tetap' kepada Barisan Nasional bagi menentukan BN mendapat kejayaan besar dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
   
Beliau berkata ini penting kerana hanya BN merupakan satu-satunya parti yang boleh menjamin masa depan kaum ini menerusi pelbagai program yang sedang dan akan dijalankan termasuk dalam bidang pendidikan dan ekonomi.
Najib berkata kaum India yang terpedaya dengan janji-janji kosong pembangkang pada pilihan raya umum lepas harus kembali menyokong BN kerana terbukti pembangkang telah gagal melaksanakan semua janji mereka termasuk dalam soal Kampung Buah Pala di Pulau Pinang dan isu merobohkan kuil termasuk yang terbaru di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.
   
Beliau berkata 'simpanan tetap' BN itu berpindah kepada pembangkang pada pilihan raya umum Mac 2008 bukan kerana mereka mahukan pembangkang tetapi kerana ada perasaan di kalangan kaum India yang ingin melihat BN berubah dan lebih peka kepada hasrat dan aspirasi kaum itu, kata.
   
"Justeru sejak empat tahun lepas, BN sudah bayar 'faedah' yang tinggi menerusi pelbagai program bagi membantu masyarakat India dan kini ternyata ke mana-mana saya pergi sambutan yang saya terima dari kaum India sangat hebat.
"Ini membuktikan bahawa kaum India sudah bina kembali keyakinan atau 'nambikei' kepada kerajaan dan mereka ada keyakinan bahawa masa depan mereka lebih terbela dengan kita (BN)," Read More..


Gomo setuju dengan kenyataan Perdana Menteri D.S. Najib Tun Abdul Razak bahawa kaum India merupakan simpanan tetap kepada Barisan Nasional. Kita sememangnya tahu bahawa kaum India merupakan pengundi setia kepada Barisan Nasional sejak dulu lagi walaupun banyak hasutan dan dakyah yang cuba disampaikan oleh pihak pembangkang untuk kaum India menolak BN.

PRU 12 yang lalu tidak dinafikan bahawa ada pengundi India yang menolak BN yang pada Gomo adalah hasil dari hasutan pembangkang melalui HINDRAF yang mengapi apikan sentimen perkauman agar kaum India membenci UMNO dan setterusnya menolak BN.

Namun selepas pengambil alihan Najib Razak pada tahun 2009 selaku Perdana Menteri menggantikan Pak Lah masyarakat India dilihat kembali yakin kepada Barisan Nasional. Malah masyarakat India telah sedar bahawa mereka sebenarnya dijadikan alat oleh pembangkang sepertimana yang berlaku di Kg Buah Pala apabila Anwar Ibrahim menjanjikan langit dan bintang untuk tidak meroboh perkampungan masyarakat India namun akhirnya dirobohkan juga oleh Lim Guan Eng DAP.


Barisan Nasional memerlukan undi kaum India pada PRU 13 kelak, untuk mengharapkan sokongan pengundi Cina mungkin agak tipis namun undi dari kaum India dilihat baik dengan peningkatan mendadak sejak Samy Vellu melepaskan jawatan selaku Presiden Parti MIC.

Apa sekalipun MIC tetap membela kaum India walaupun segala kebajikan yang dilakukan MIC dinafikan pihak pihak pembangkang. Hasil yang ada pada kaum India hari ini terbentuk dari perjuangan pemimpin MIC terdahulu dan sudah pastinya kaum India tidak mungkin dapat melupakan jasa baik kerajaan Barisan Nasional terutamanya pemimpin MIC dalam membela kebajikan mereka.

Psssttt..... MIC parti kaum India,.


Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.


Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP