Kerajaan Negeri Selangor Mengelirukan Rakyat

Friday, December 21, 2012



Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Zin Mohamed menyelar sikap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan yang memberikan alasan kenaikan cukai pintu 10 kali ganda berada diluar bidang kuasa kerajaan negeri.

Beliau menyifatkan kenyataan Abdul Khalid sebagai tidak bertanggungjawab berdasarkan keputusan kenaikan kadar tersebut dan cukai yang berkaitan dilakukan oleh majlis bandaraya adalah berdasarkan arahan daripada kerajaan negeri.

"Bila masa kerajaan negeri tidak ada kuasa dalam urus tadbir kerajaan tempatan?

"Sebab saya fikir pelantikan semua ahli majlis dibuat dibawah kerajaan negeri. Itu sudah menjadi asas pertimbangan yang kukuh menyatakan bahawa memang dia (Abdul Khalid) ada kuasa.

"Saya pun pelik kalau dia cakap kerajaan negeri tidak ada kuasa," katanya sewaktu menjawab pertanyaan wartawan dalam sidang media Karnival Sayangi Selangor di I-City hari ini.

Sebelum itu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menegaskan bahawa kerajaan Selangor mempunyai kuasa penuh untuk menentukan kenaikan kadar cukai taksiran di negeri itu.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata keputusan akhir terletak di tangan kerajaan negeri selepas MBSA membentangkan hasil pendengaran bantahan dan masalah yang dikemukakan penduduk Kampung Baru Subang dan Kampung Baru Sungai Buloh kepada jawatankuasa yang diketuai oleh Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah.

“Saya rasa kerajaan negeri lebih mengetahui perkara ini,” kata Mohd Jaafar.

“Sekurang-kurangnya saya rasa sebulan dan (keputusan) bergantung kepada jawatankuasa yang diketuai YB Ean  punya jawatankuasa. Beliau akan panggil kita.

“Saya kalau boleh dalam masa sebulan (akan menyelesaikan isu yang timbul) atau sebulan setengah ataupun sampai isu ini semua orang faham,” katanya.

Kenyataan Mohd Jaafar sekaligus bertentangan dengan dakwaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini bahawa kenaikan cukai pintu itu diputuskan oleh kerajaan persekutuan dan beliau tidak akan masuk campur.

Beliau mendakwa isu kenaikan cukai pintu bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri tetapi ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH).

Sementara itu, Koordinator BN Selangor menyindir menteri Besar Selangor agar mengkaji semula bidang kuasa sebenar kerajaan negeri sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Saya minta dia (Khalid) pergi semak samada tugas dia sebagai MB ada tanggungjawab dalam urus tadbir pihak PBT," katanya dalam nada sinis.

Sumber


Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP