Al Fatihah...... Setelah 2 Tahun Berlalu
Thursday, January 17, 2013
Tanggal 12 Januari 2011 perginya seorang sahabat Papa Gomo dalam alam media maya ini. Seorang sahabat yang Gomo tidak pernah berjumpa tetapi keakraban antara Gomo dan arwah cukup hebat digambarkan melalui hasil kerja artikel artikel yang kami keluarkan didalam Blog masing masing.
Beliau sememangnya sahabat sejati malah bukan sahaja Gomo yang megakui peranan beliau tetapi ramai rakan rakan Blogger yang lain turut sama merasai kehilangan beliau yang sememangnya cukup prihatin dengan sahabat blogger yang lain.
Artikel beliau yang terakhir adalah bertarikh 9 Januari 2011 Untuk baca artikel Arwah KLIK DISINI
Arwah Disebelah Kanan
Blogger pada waktu lalu tidak sama dengan blogger pro Kerajaan yang ada hari ini, Blogger pada waktu lalu sezaman dengan Papa Gomo seperti Parpu Kari, Gerakan Anti PKR, RBF Online, Pisau.Net, Taipingmali, Sekupang Dua, Darul Ehsan Today, Garamanis, Panglima Perang Cyber, Gotah Lantun, Waadat, Abang Tuah, Aku Yang Gambi dan lain lain mengamalkan sikap Brotherhood dalam perjuangan menentang puak Blogger Pakatan Pembangkang.
Malah jika diimbau kembali barisan Blogger yang sezaman dengan Papa Gomo menggunakan ruang Chat Yahoo Messenger untuk berkomunikasi antara satu sama lain. yelah waktu lalu tidak ada lagi BBM ataupun Facebook yang cukup popular waktu ini digunapakai oleh Blogger.
Dengan Yahoo Messenger hubungan kami rapat dan seringkali menfaatkan setiap peluang dalam perbincangan kami untuk menerjah Pakatan Pembangkang. Kesannya cukup besar yang mana banyak isu isu yang dimainkan oleh kami sekitar 40 orang Blogger mendatangkan ketakutan buat barisan Blogger Pembangkang yang waktu itu menguasai medan tempur era Blogging tanah air.
Setiap kali pilihanraya Barisan Blogger sezaman dengan Gomo akan memastikan maanfaat tersebut digunakan sebaik mungkin untuk bertemu dan berkumpul melepak sehingga awal pagi. Malah ada yang tak tidor dek kerana berborak tentang isu politik semasa demi memastikan kemenangan barisan Nasional pada PRU 13 nanti.
Pemimpin kami? Waktu itu kami tidak ada yang memimpin ataupun mahu dipimpin sebaliknya masing masing merupakan Ketua yang cukup cukup hebat antara satu sama lain.
Dengan kehadiran Blogger baru pro kerajaan yang muncul kerana kesedaran mereka mahu membantu kerajaan ianya memberikan semangat buat kami yang sekitar 40 orang ini. Pendek kata kami amat mengalu alukan Blogger Blogger baru untuk bersama dalam perjuangan kami. Malah Arwah Aku Yang Gambi cukup teruja apabila barisan blogger baru membuat pukulan hari demi hari ke atas pembangkang sehinggakan Arwah mahukan agar barisan Blogger sezaman dengan beliau membantu menaikkan blogger baru ini agar seiring dengan barisan kami.
Gomo masih ingat Pilihanraya kecil Bukit gantang yang diadakan pada tahun 2009. Inilah pilihanraya kecil yang sebenarnya telah membawa Blogger menjalankan liputan sepanjang kempen pilihanraya tersebut. Blogger RBF Online, Parpu kari, Pisau. Net dan Blogger Pembela Wira (Abang kepada Blogger Rezqueen Hill) merupakan barisan Blogger yang menjalankan liputan sepanjang PRK Bukit Gantang. Senarai nama untuk menjalankan liputan tersebut disediakan oleh Gomo dan RBF Online kerana hubungan Gomo yang kenal rapat dengan Parpu Kari, Pisau dan Pembela Wira.
PRK Bukit Gantang Tugas pertama Blogger
Meraih nikmat atau tidak barisan Blogger tersebut pada kempen PRK Bukit Gantang silalah bertanya dengan RBF, Pisau, Parpu yang masih berblogg sehingga ke hari ini. Rakan Blogger Pembela Wira pula kini sudah tidak berblog kerana suksess dengan kerjaya beliau. Itulah waktu lalu sebelum diambil alih oleh UMNO bagi menguruskan Blogger mejalankan liputan PRK.
Pecah Kuasa Perintah yang telah berlaku sekitar tahun 2010 membuatkan barisan blogger Pro Kerajaan berbalah sedikit demi sedikit. Pecah Kuasa Perintah yang boleh Gomo katakan adalah kerana sikap UMNO sendiri yang melihat barisan Blogger pada waktu itu perlu dikawal oleh individu agar boleh mengawal setiap artikel yang Blogger keluarkan. Ada yang menyokong permainan UMNO dan ada pula yang menolak pelan UMNO tersebut.
Walaupun Pecah Kuasa Perintah diamalkan waktu 2010 keakraban antara Blogger terdahulu utuh dan amat rapat. banyak program yang diadakan cukup mendatangkan memori kepada semua yang hadir malah ada yang kerja pada waktu kursus dianjurkan sanggup mengambil cuti semata mata untuk berjumpa dengan rakan Blogger alam maya ini.
Waktu ini semakin ramai Blogger Pro Kerajaan baru yang menghiasi lama internet berjuang menentang pakatan Pembangkang. Gomo dan rakan sezaman dengan Gomo cukup gembira dengan situasi ini kerana memberikan impak buat BN dalam menghadapi PRu 13 kelak.
Namun demikian tidak ada lagi hubungan seintim kami waktu lalu dengan barisan Blogger yang ada hari ini. Segelintir Blogger baru dilihat lebih mementingkan Tuan yang memberi makan dan sanggup menggadaikan apa sahaja asalkan mereka diberikan kedudukan untuk memimpin sesebuah organisasi.
Apa sekalipun yang berlaku hari ini barisan Blogger sezaman dengan Gomo pastinya mengucapkan terima kasih buat blogger baru yang hadir dalam membela Barisan Nasional. PRU 13 sudah semakin hampir dan pastinya pukulan pukulan maut dari barisan Blogger lama dan baru akan mendatangkan ketakutan buat Blogger Pembangkang dan juga pimpinan mereka.
Rakyat Malaysia mahukan hidangan yang baik dari kedua dua belah pihak jadi adalah menjadi tugas utama kita Blogger Pro Kerajaan untuk memastikan kempen kita pada PRU 13 nanti memberikan kepuasan buat para pembaca.
Gomo masih ingat perbualan terakhir dengan Arwah Blogger Aku Yang Gambi sewaktu PRK Galas yang lalu. Kami masing masing bersemangat untuk menang PRU 13 ini dengan memastikan BN peroleh kemenangan 2/3. Semoga impian Arwah untuk lihat barisan Blogger Pro Kerajaan berjuang habis habisan menang PRU 13 nanti menjadi iktizam buat kita semua. Tunaikan impian Arwah yang tidak jemu menabur bakti dalam memastikan Barisan Nasional kekal utuh sebagai pentadbir negara.
Al fatihah buat Abdul Aziz Baharom Blogger Aku Yang Gambi Dan Dato' Azizan Yaakob Blogger Melayu Raya Dail. Semoga Roh kedua dua mereka dicucuri Rahmat.....
Psssttt.... Teringat skandal gua dengan Blogger Sya Reformis yang sekarang dah jadi Ketua Srikandi PKR..hehehe

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.




23 comments:
Al Fatihah~
Semoga semangat dan keakraban pejuang² Siber BN akan terus membuahkan hasil.
Insyallah, PRU13 kita sapu habis.
bro..jgn risau..gua salah satu cybertroop yg akan turut serta berjuang...tak mintak duit dari sesapa..janji bumi Malaysia beraja ni tak jatuh pada pengkhianat bangsa! -cybertroop danau kota-
al-fatihah..
BANkami
Al-Fatihah buat Arwah.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan org2 yg beriman.
Yang masih hidup teruskan usaha. Cuma satu pesanan, setiap yang di tulis biarlah telus, jujur dan bertanggungjawab. Jangan bias pada mana2 pihak. Berkata benarlah walaupun pahit. Jangan mengata dulang paku serpih. Jika blogger PR menipu dan memanipulasi cerita, blogger pro BN jgn jadi seperti mereka. Yang salah tetap salah dan yang benar harus dipertahankan.
Jika apa yang tidak benar di benarkan dan org yang membaca terpengaruh dengan berita palsu, mungkin sedikit sebanyak penulis bertanggungjawab diakhirat kelak. Wallahualam hanya Allah yg lebih mengetahui. Jadi tak perlu taksub pada sesuatu parti. Berkata benarlah walaupun ia pahit.
dah mati barulah diketahui siapa empunya blog. lepas saman
Puak yg tk pernah bercakap menggunakan akal..
Syuh!!
Teruskan perjuangan blogger pro kerajaan kasi hantam sama itu pakatan haram. Itu haram punya pakatan takda guna satu sen pun. Hanput sama dia
Terima kasih bro berkongsi cerita dan pengalaman...sebagai blogger baru gua terharu dengan kisah dulu para blogger namun para blogger pro kerajaan harus mengikut arus perjuangan dulu, kini dan selamanya... apa pun matlamat tetap sama cara berbeza menambah kepelbagaian yang akan lebih menguatkan. Itu lah harapan...Terus berjuang Bro...
Risau gak hari tu kisah Papagomo nak bersara blogging..hehehe alhamdullilah tak jadi kenyataan.
Al-fatihah kpd arwah.
Bloggers Yang Gambi merupakan blogger yang sering memberikan komen-komen dalam setiap artikel yang ditulis oleh Pena Minang. Demi ALLAH kami terasa kehilangannya setelah mengetahui beliau telah kembali ke rahmatullah. Seorang guru dan ayah bagi kami.
Al-Fatihah, kita berjuang habis2san, InsyaAllah pru13 kita menang.. go gomo go..
Apa yang ko nak habis habisan. Ko bukan ada duit pun
wakakaa
saman lepas tapi di akhirat pasti tak lepas. itu yg pasti
mane ko tau xlepas di akhirat?memandai je ckp..ko dgn tuan ko bole comfirm lepas ke
Hdup bn!!! Hancurkan munafiq2 PR.. Slmatkn ahli PR yg da trasa diti ditipu hnya krna kuasa dan putrajaya.. Ya allah, kuatkn saf ahli umno.. Bgla kami kemenangan serta keamanan.. Kami walaupun hdup sederhana, kami bersyukur ya allah.. Islam agama kami,rasullullah ikutan kami.. Slmtkn kmi dari munafiq.. Kuatn bn, bntula bn.. Andai kami tersasar, kau bntu perbtul kan kmi...jgn kau jatuhkn mlysia kpd pakatan.. Lmbutkn hati ulmak pas untuk betsama kami... Amin , ya allah.. Alhuakbar, kmi bertskbir untuk rakyat lami, negarA kami.... -ahli jati@ex-pas kemaman-
mulut tak ada insuran. cuba kena pada waris sendiri baru tahu pedih. syyyuuuhhh!
Al-Fatihah....
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan ditempatkan bersama2 dgn roh orang2 soleh dan beriman
wakaka
Al fatihah to our late brother...Dan aku cukup rasa berbangga bila kami berjuang tanpa sebarang imbuhan dahulu masa kat prk bukit gantang..kena kejar dgn parang coz nak tahu siapa itu nizar jamaluddin..dont worry brother even we far away..i always support our best cybertroop brothers in malaysia...PEMBELAWIRA
Kadang-kadang kan aku pelik pencacai lahabau ni...orang dah meninggal pun masih lagi nak dicaci...macam dia pulak Tuhan tau siksa tidak dalam kubur orang, syurga neraka orang. Semua tu hak Allah lah bangang! Jaga la amalan dan pangai sendiri...syurga neraka korang belum tentu lagi!
harap dapat support bloggers pro BN yang baru seperti aku ni..tq otai.
hidup mati aku bersama UMNO.
kedai25jam.blogspot.com
kemenangan pasti menanti BN..insyaallah.kreativiti dlm berbloger harus ada agar pelayar x jemu menyokong perjuangan pro kerajaan..
Post a Comment