BREAKING NEWS - Video Rakaman Sulit Nik Nazmi PKR Pula Tersebar

Monday, April 8, 2013





Berikut adalah rakaman semasa mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu jambatan besi di Petaling Jaya yang dihadiri oleh wakil ahli-ahli Parlimen, wakil pemaju PJCC, wakil konsesi lebuhraya NPE dan ahli majlis MBPJ.

Video ini disiarkan untuk membuktikan kepada rakyat, terutama rakyat kawasan Seri Setia dan Kelana Jaya bagaimana sikap sebenar bekas ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Video ini diserahkan oleh salah seorang yang kecewa dengan sikap Nik Nazmi sepanjang tempoh beliau memegang kerusi ADUN.

Sudah jelas terbukti dalam video ini bagaimana Nik Nazmi telah:
1. Tunduk kepada tuntutan pemaju (NPE) untuk merobohkan jambatan dan membiarkan rakyat merana dengan bayaran tol.
2. Menghina agama Hindu dengan panggilan seperti "kuil bawah pokok".
3. Menghina rakyat dengan meminta agar butiran mesyuarat ini tidak keluar kepada pengetahuan umum.

Ini bukan soal parti, tetapi soal individu yang telah korup.

Berbakti kepada rakyat, berkhidmat kepada negara.

TheRakyatMarhaen



GOMO: Hebat dan sesungguhnya hebat apa yang kita dapat saksikan sepertimana didalam video diatas. Itulah kepimpinan Pakatan Rakyat yang kononya memperjuangkan hak rakyat sebaliknya dalam mesyuarat itu juga seorang penduduk yang juga rakyat Kelana Jaya tidak dijemput untuk berada bagi membincangkan masaalah rakyat itu sendiri.

Ini satu bukti jelas kepada seluruh rakyat Selangor bahawa pemerintahan ZALIM REJIM PAKATAN SELANGOR adalah untuk mendapat hasil lumayan bagi diri mereka sendiri dan bukan nya untuk memperjuangkan rakyat Selangor .

Mungkin Nik Nazmi PKR cuba menafikan video ini sebagai BESI ataupun beliau akan kata video ini hasil editing dan sebagainya tetapi Gomo yakin dan pasti rakyat sudah bijak dan pandai untuk menilainya.

Psssttt.... Moga Barisan Nasional kembali mentadbir Selangor bagi menyelamatkan rakyat terus dizalimi rejim Pakatan Selangor





Undi PKR Bawa Kehancuran Negara
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

3 comments:

tokgaru April 8, 2013 at 12:58 PM  

Saudara Papagomo

Petikan dari blog RBF online untuk kita kongsi bersama. Dikirim oleh seorang bangsa cina dari parti MCA di Alor Setar. Mudah-mudahan kita boleh mahasabah diri untuk melihat BIJAK KAH CARA ORANG MELAYU BERPOLITIK ? Ikuti kisahnya seperti di bawah ....

Saya cina MCA dari Alor Setar. Saya baru masuk blog RBF. Dulu tak pernah. Kawan introduced kepada saya. Intresting juga blog ini. Lucu pun ada juga.

Apa yang intresting ? Intresting kerana membicarakan halatuju perjuangan politik orang melayu.

Apa yang lucu ? Lucu kerana pemikiran politik orang melayu tak sama dengan pemikiran politik orang cina.

Apa yang kami orang cina mahu ? Bagi kami yang penting adalah kami boleh meneruskan kehidupan tanpa gangguan, kami boleh meneruskan aktiviti ekonomi tanpa rusuhan. Jika berlaku rusuhan kami orang cina yang paling teruk terjejas dan rugi. Kami orang berniaga. Dalam memilih kerajaan, kami akan memilih mereka yang boleh memberi jaminan kehidupan dan kelangsungan aktiviti ekonomi kami.

Sedangkan orang melayu tidak berfikiran seperti kami orang cina. Selama hampir 2 minggu saya masuk blog ini dan membaca semua komen dalam blog ini, saya yakin 99% pelawat blog ini adalah orang melayu.

Lucu dan sangat melucukan.

Isu terkini selepas parlimen bubar. MB Nik Aziz buat kenyataan Sembahyang Orang Umno Tak Dapat Pahala. Walau pun saya bukan orang melayu, tetapi saya faham apa itu pahala. Secara mudah saya anggap pahala itu seperti pelaburan atau simpanan untuk kegunaan selepas mati. Seperti kita menyimpan wang dalam bank atau beli share untuk kegunaan pada usia tua. Maksudnya kehidupan orang melayu akan jatuh susah kerana tidak ada simpanan pahala yang cukup untuk membiayai life after death.

Orang melayu khasnya orang Umno sangat marah dengan MB Nik Aziz kerana kenyataan semacam itu. Terfikir juga dalam kepala saya, adakah MB Nik Aziz itu tuhan orang melayu. Jika dia bukan tuhan orang melayu, kenapa orang melayu mahu ambil peduli dengan cakap dia.

Saya juga ada agama. Agama saya sebut buat baik semasa hidup didunia akan dapat balasan baik juga selepas mati. Agama saya juga sebut yang akan tentukan dapat balasan baik atau balasan jahat selepas mati adalah tuhan. Tok Sami tak ada kuasa nak tentukan seseorang akan dapat balasan baik atau jahat. Tok Sami hanya boleh seru supaya semua orang ikut ajaran agama. Tok Sami hanya boleh kata kalau orang itu buat baik semasa hidup, tuhan akan balas baik selepas dia mati.

Dari situ saya simpulkan bahawa orang melayu ini masih ramai yang tidak faham prinsip agama. Orang melayu nampak jahil tentang kuasa tuhan dalam menetapkan sesuatu hukum. Lebih teruk lagi mungkin sebahagian besar orang melayu di mulut sahaja yakin dengan kekuasaan tuhan mereka tetapi sedangkan dalam hati bertanya " ia kah " tuhan akan beri pahala dan balas syurga.

Saya tidak tersilap mengandaikan semacam itu, saya betul. Kerana jika orang melayu yakin dengan janji tuhan dan yakin dengan kuasa yang ada pada tuhan mereka tentulah orang melayu tidak melayan kenyataan MB Nik Aziz seolah-olah dia tuhan yang berkuasa menentu pahala, dosa, syurga dan neraka.

Minta maaf kepada orang melayu kerana saya mahu mengatakan ORANG MELAYU MENGAKU ALLAH TUHAN MEREKA TETAPI PADA MASA YANG SAMA MEREKA MENGIKTIRAF KUASA MB NIK AZIZ MENGATASI KUASA YANG DIMILIKI OLEH ALLAH DALAM SOAL PAHALA DAN SYURGA.

Tidak kah ini suatu YANG MELUCUKAN ????? Siapa yang lebih besar, MB Nik Aziz atau Tuhan Allah ????

Cina MCA

Adi April 9, 2013 at 12:44 AM  

Kita marah bukan sebab menganggap nik azis tu tuhan tapi takut dia akan memesongkan org2 islam kami yang mudah terpengaruh

kedailelaki April 14, 2013 at 1:06 PM  


JOM KLIK DISINI

http://www.kedaikeluarga.com/pro-extender

- Tambah saiz zakar -
- Tambah Nafsu & Stamina -
- Pewangi Khas Lelaki -
- Keraskan zakar | penis -
- Zakar Sihat -
- ingin panjangkan zakar

JOM KLIK - LIHAT PRODUK < TERBAIK >

http://www.kedaikeluarga.com

Post a Comment

Lu nak tulis apa lu tulis lah. Tapi jika ada sebarang komen yang lu tulis yang mana boleh di dakwa maka lu jawap sendiri di Mahkamah. Gua empunya Blogg tak tanggung. He he he

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP