Pasukan Peronda Lim Guan Eng Pukul Watawan Separuh Mati

Friday, January 4, 2013


Pukul, hentam dan kasi pecah barangkali itulah moto yang diguna pakai oleh Pasukan Peronda Sukarelawan Negeri Pulau Pinang (PPS) yang ditubuhkan oleh Lim Guan Eng Selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.

Untuk makluman siang tadi Mahkamah Masjistreet Pulau Pinang menjatuhkan hukuman denda RM 3,000 dan penjara 3 bulan kepada seorang anggota PPS kerana didapati bersalah mendatangkan kecederaan dan kerugian kepada seorang wartawan pada minggu lalu.


Itulah kerja terkutuk yang dilakukan oleh pasukan Oeronda Lim Guan Eng. PUKUL, HENTAM dan KSI PECAH adalah matlamat utama mereka ini yang kita tahu agenda sebenar pasukan ini adalah untuk menjaga kepentingan DAP dinegeri Pulau Pinang.

Memetik kenyataan Lim Guan Eng berhubung penubuhan PPS ini:

"Bagi membantu pelaksanaan Pasukan Peronda Sukarela, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan tahunan sebanyak RM10 juta dan peruntukan ini telah diagihkan kepada setiap ADUN kawasan masing-masing. Peruntukan khas ini dapat digunakan untuk menyediakan peralatan tambahan bagi membantu rondaan dan juga untuk menjaga kebajikan ahli.
Kerajaan Negeri akan menambahkan pembelian walkie-talkie daripada 1,000 set sekarang kepada 2,000 set iaitu tambahan 1,000 set sekali ganda"

Apa yang jelas peruntukkan RM 10 juta yang diperuntukkan buat PPS ini adalah tidak lain merupakan satu pembaziran yang sia sia. Malah jika dilihat dari kenyataan Lim Guan Eng sendiri berhubung penyedian Walkie Talkie sebanyak 2000 set memberikan fakta jelas kepada kita ada agenda tersembunyi yang dilakukan DAP Pulau Pinang.

Kegiatan jenayah terancang yang banyak dipelopori pimpinan dan ahli DAP pastinya memerlukan perlindungan dan tenaga kerja yang ramai bagi memastikan business haram mereka terselamat dari diserbu pihak Polis. Jadi Gomo boleh andaikan bahawa penubuhan PPS ini dilengkapkan dengan Walkie Talkie adalah bertujuan melindungi aset aset perniagaan haram seperti Mesin Judi, Pelacuran, Ekor Haram, Arak Haram dan lain lain lagi.

Rakyat Malaysia perlu lihat apa berlaku ini kerana kita mempunyai pasukan RELA, Rukun tetangga dan Ngo Ngo yang lebih baik dari pasukan neheri Pulau Pinang (PPS) ini. Rakyat Pulau Pinang sepatutnya bertanya kepada Lim Guan Eng mengapa dibazirkan RM 10 juta untuk PPS sedangkan pasukan RELA, Rukun Tetangga sudah sedia ada bagi membantu pihak Polis menjaga keselamatan rakyat.

Tidak mustahil Lim Guan Eng selepas ini akan mengumumkan pula kepada rakyat Pulau Pinang bahawa PPS memerlukan senjata api bagi. Ini lah game kotor yang dimainkan DAP yang kita tahu banyak terlibat dengan perniagaan haram dan terlibat dengan jenayah.

PPS yang baru ditubuhkan Lim Guan Eng telah mula menjalankan kegiataan kotor dnegan memukul wartawan dan selepas ini pasti ada lagi kes kes yang melibatkan anggota PPS. RM 10 juta untuk PPS, siapa yang untong besar?

Psssttt.... RM 10 juta untuk pasukan Lim Guan Eng, Rakyat Pinang senyap je ke?


Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.


Read more...

PRU 13 - MCA Komited Lepaskan Kerusi Yang Tewas Kepada Parti Komponen BN Yang lain.





Amat tertarik dengan kenyataan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong semalam yang mana :

"Ketua Pemuda MCA, Datuk  Dr. Wee Ka Siong hari ini berkata MCA bersedia untuk melepaskan kerusi tradisi  kepada parti kompenan lain jika cara itu dapat menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
Namun, keputusan akan diserahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan tidak menolak jika kemungkinan berlaku percaturan sama ada pengurangan atau pertambahan kerusi."
Lagi Selanjutnya KLIK DISINI


Adalah merupakan satu tanggungjawap buat MCA berhubung perubahan kerusi Parlimen ataupun Dun yang ada untuk diberikan kepada parti komponen Barisan Nasional yang lain jika sudah melihat fenomena yang ada waktu ini dalam perubahan corak pengundi terutamanya pengundi pengundi dikawasan Bandar.

Gomo mengucapkan syabas buat Ketua Pemuda MCA atas kenyataan ini yang mana memberikan semboyan awal buat pimpinan MCA diperingkat bahagian agar dapat mengukur kemampuan mereka sebelum tiba pilihanraya yang mungkin diadakan sebulan dua ini.

Namun demikian Gomo merasakan akan sesuatu masaalah dengan kenyataan ini buat beberapa kerat pimpinan MCA yang ada terutamanya bekas bekas mereka yang berjawatan didalam kepimpinan MCA sama ada sebelum ini ataupun waktu ini.

Sebagai contoh Ketua MCA Wangsa Maju Datuk Yew Teong Lock yang merupakan ahli Parlimen Wangsa Maju pada penggal 2004 sehingga 2008 yang kemudiannya tewas pada PRU 12 yang lalu kepada Wee Choo Keong PKR yang sekarang merupakan ahli parlimen bebas dilihat masih dahaga untuk bertanding sekali lagi di Parlimen Wangsa Maju.

Gomo tidak menyatakan beliau YTL tidak layak untuk bertanding namun dengan prestasi beliau yang tidak berupaya menawan pengundi di parlimen Wangsa Maju ditambah dengan carak pengundi Melayu, Cina, India di Parlimen ini memberikan fakta bahawa beliau tidak sesuai untuk bertanding pada PRU 13 akan datang.

Gomo sendiri difahamkan sudah acap kali beliau selaku Ketua MCA Wangsa Maju melakukan beberapa pekara yang membelakangkan Pengerusi Barisan Nasional Wangsa Maju iaitu Datuk Dr Shafie Abdullah yang juga merupakan Ketua UMNO Wangsa Maju. Tindakan beliau yang dilihat Erogan telah menjejaskan banyak gerak kerja yang dijalankan oleh Barisan Nasional peringkat pusat dan wilayah.

Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek juga sampai waktu ini masih gagal menegur Yew Teong Lock berhubung tindakan tindakan yang dilakukan beliau sehingga menjejaskan parti. Malah Gomo juga amat mengetahui akan pertelagahan antara Chua Soi Lek dan Yew Teong Lock sebelum ini dalam peringkat tertinggi MCA.

Justeru itu Gomo harap agar kepimpinan tertinggi MCA dapat melihat kebelakang dan juga masa depan dalam sikap toleransi akan perubahan kerusi yang akan dipertandingkan pada PRU 13 nanti. UMNO, MCA, MIC dan lain lain parti merupakan kekuatan kepada Barisan Nasional. PRU 13 merupakan satu pilihanraya yang kita mahu menang dengan majoriti 2/3 dan adalah menjadi tanggungjawap buat setiap parti bertolak ansor dalam memastikan kemenangan BN pada PRu 13 kelak.


Komponen Barisan Nasional tidak sama dengan Pakatan Pembangkang yang mana lain lain matlamat dan hala tuju mereka. PAS dengan matlamat mencari kekayaan, PKR dengan kerakusan kuasa, DAP pula dengan agenda Komunis. Malah perebutan kerusi buat mereka sesama sendiri amat parah sehingga bertumbuk antara pihak pihak yang terlibat. Itu yang membezakan BN yang lebih profesional berbanding Pakatan Pembangkang.

MCA yang merupakan rakan komponen kanan UMNO juga sudah boleh membaca pola pengundian masyarakat Cina. Apa yang diperlukan Barisan Nasional sekarang adalah kemenangan dan dengan meletakkan calon yang sesuai atas pilihan Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pastinya tidak perlu ada bangkangan dan halangan dari mana mana pimpinan MCA. Masa sekarang adalah kerja kuat dalam memastikan BN menang pada PRu 13 kelak.

Untuk rekod bagi Parlimen Wangsa Maju:

Parlimen Wangsa Maju sebelum ini pernah diwakili oleh UMNO bermula dengan Tan Sri Dr Kamal Salih pada pilihan raya 1995, diikuti dengan Dato’ Sri Zulhasnan Rafique pada piihan raya 1999. Dan pada pilihan raya 2004 parlimen ini telah diwakili oleh calon MCA iaitu Yew Teong Look (YTL). YTL tidak mampu mempertahankan kerusi ini apabila beliau kecundang di tangan Wee Chee Keong dari PKR ( Sekarang Bebas) dalam PRU 2008.

 MCA bukan sahaja kalah di Wangsa Maju malah semua calonnya di Wilayah Persekutuan turut ditolak oleh pengundi Cina yang menjadi majoriti di kawasan Parlimen yang ditandinginya. UMNO yang bertanding di lima kawasan Parlimen hanya menang di tiga kawasan iaitu di Putrajaya, Labuan dan Setiawangsa. Manakala Parlimen Lembah Pantai dan Titiwangsa yang diwakili calon UMNO tewas bersama-sama dengan calon-calon komponen BN yang lain di parlimen Bukit Bintang, Seputih, Bandar Tun Razak, Cheras, Kepong, Segambut dan juga Batu.


Kawasan Parlimen Wangsa Maju yang mempunyai keluasan 1,596 kilometer persegi memiliki 64,583 orang pengundi, dan daripada jumlah itu, 54 peratus adalah Melayu, Cina (36 peratus), India (8 peratus) dan lain-lain 2 peratus. Daripada jumlah itu 13,000 orang adalah pengundi baru. 

Psssttt.... MCA perlu bermuhasabah diri dalam menghadapi PRU 13 akan datang.


Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP