EKSKLUSIF - Najib Razak, Kanak Kanak & Sekampit Beras

Monday, January 14, 2013


 
"Umpan beras tapi himpunan Najib Razak gagal saingi PR"

Itulah kata kata yang dimainkan oleh blog blog dan media portal Pakatan Pembangkang sejak semalam bagi memperlekehkan apa yang dilakukan Kerajaan Barisan Nasional dibawah pimpinan Najib Razak di Klang Selangor.

PERTAMA:
Gomo nak mengucapkan syabas buat Barisan Nasional Selangor yang telah berjaya memecah kubu Pakatan PAS,DAP,PKR di Klang Selangor. Satu pekara yang sebenarnya telah mematikan akal pimpinan pakatan Selangor yang selama ini cukup gah kononya masyarakat India di Klang menolak BN.

Apa yang anda semua perlu tahu bahawa pada PRU 12 yang lalu masyarakat India di Klang telah ditipu hidup hidup oleh Pakatan Pembangkang yang mana akhirnya telah memenangi kerusi Parlimen Klang dan Dun.

Strategi Barisan Nasional untuk menang kembali Selangor adalah cukup mudah iaitu memberikan fakta jelas kepada pengundi di Selangor akan apa yang telah dilakukan BN dan bandingkan dengan apa yang dilaksanakan kerajaan pakatan PAS,DAP,PKR selama mana mereka mentadbir Selangor.

Dari situ majoriti rakyat Selangor sudah sedar bahawa Barisan Nasional menepati janji sepertimana yang dikatakan "Janji Ditepati" berbanding Kerajaan Pakatan Selangor yang hanya pandai berpolitik sebaliknya tidak menunaikan janji manifesto PRu 12 yang lalu sehingga kini 2013.

Masyarakat India yakin kepimpinan Najib Razak

KE DUA:
Masyarakat India pada PRU 12 yang lalu begitu membentak jiwa mereka kerana dihasut oleh HINDRAF yang dijanakan oleh Pakatan PAS,DAP dan PKR sehingga menyebabkan kebanyakkan dari mereka tidak mahu memberikan undi buat BN sebaliknya memberikan undi buat parti Pakatan yang cukup hebat menabur janji palsu buat masyarakat Kaum India.

Kaum India di Selangor daa juga seluruh Malaysia merupakan peti Deposit kekal buat Barisan Nasional sekian lama dan dengan kesilapan Pakatan PAS,DAP dan PKR yang lebih mengutamakan undi kaum cina serta tidak mengotakan janji mereka pada PRU 12 yang lalu kepada masyarakat India menyebabkan masyarakat India menolak Pakatan PAS,DAP dan PKR pada PRU 13 ini.

Beberapa insiden penindasan ke atas masyarakat India oleh pakatan PAS,DAP dan PKR sejak tragedi Kg Buah Pala sehinggalah kepada pencerobohan rumah ibadat di Sepang tempoh hari membuatkan masyarakat India sedar bahawa janji janji manis Pakatan PAS,DAP dan PKR untuk PRU 13 ini tidak boleh langsung dipercayai lagi dan mereka telah sepakat untuk menolak Pakatan PAS,DAP,PKR pada PRU 13.

 
 Majlis BN berlangsung dengan aman

KE TIGA:
Program hari Pongal yang dihadiri Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak dan Isteri Datin Sri Rosmah semalam merupakan satu langkah yang tepat dalam mendekati para pengundi masyarakat kaum India di Selangor dan terutamanya di Klang.

Kehadiran Najib Razak dna isteri di Padang Chetti memberikan isyarat jelas bahawa satu Tsunami akan melanda Kerajaan Pakatan Selangor pada PRU 13 ini kerana di Padang Chetti ini lah Hindraf bermula yang mengakibatkan majoriti kaum India menolak BN pada pRU 12 yang lalu.

Kehadiran PM dan isteri semalam dilokasi tersebut dengan dihadiri sekitar 5 ribu orang terutamanya masyarakat India telah memberikan isyarat jelas bahawa masyarakat India akan mengundi Barisan Nasional pada PRu 13 ini.

KE EMPAT
Pembangkang menyatakan Najib Razak memberi RASUAH beras kepada masyarakat yang hadir dalam program Pongal semalam. Kenyataan dari pihak pembangkang ini sebenarnya telah memperlihatkan kebodohan mereka kepada rakyat Malaysia khusunya Selangor.

Atas keperihatinan dan tanggungjawap lah maka Barisan Nasional memberikan sumbangan beras dan pelbagai yang lain kepada rakyat bagi memastikan rakyat menerima manfaat dari kesejahteraan ekonomi negara yang mana tidak dapat dilakukan PAS,DAP dan PKR walaupun mereka telah mentadbir Selangor sejak 2008. Jangan kata Pakatan PAS,DAP dan PKR Selangor nak jaga kebajikan rakyat BERAS SEKAMPIT pun mereka tidak berikan tanda kasih dan sayang kepada rakyat Selangor.
 
KE LIMA
Pihak pembangkang memainkan isu kanak kanak memikul beras dipergunakan oleh Najib Razak dan Barisan Nasional untuk kepentingan politik. Itu kata kata pembangkang yang sebenarnya jahil lagi keji kerana disinilah rakyat sendiri dapat menilai sama ada parti mana yang mempergunakan kanak kanak. Di bawah ini contohnya:

 Program BN mengajar kanak kanak
"Membantu Ibu Bapa"

 "Si anak pikul beras untuk Bapanya"

 "Sumbangan BN ini untuk keluarga saya"

 "Terima kasih Najib Razak"

Program Barisan Nasional beri Sekampit Beras membuktikan bahawa kanak kanak yang hadir dalam program semalam dan pada program program yang lain diajar dengan cara yang beradad dan berakal untuk menjadi masyarakat Malaysia yang cerdik akal. Malah nilai nilai murni menolong ibu bapa dan mempunyai tanggungjawap ke atas keluarga membuatkan kanak kanak ini tahu untuk membantu orang lain dimasa hadapan.

 Di bawah ini pula Program Pakatan PAS,DAP dan PKR pada Himpunan KL112

 "Tidak tahu ke mana arah yang nak dituju"

 "Menjadi boneka parti politik "

 "Menemani Ibu sikap terpuji tetapi keji buat seorang ibu yang
memberikan pengalaman tidak berafedah buat si anak"

 " kasih sayang si Ayah, tetapi salah tempat untuk membawa
anak beriadah dalam program yang tidak mendatangkan
manfaat buat si anak"

 "Si anak kecil terkulai lalu kepenatan akibat pimpinan Pakatan Pembangkang
yang menjadikan kanak kanak sebagai pentas Boneka kemasyuran politik
mereka sendiri."

Itulah realitinya kebenaran yang Gomo tampilkan disini. Program Barisan Nasional dan juga Program Pakatan PAS,DAP dan PKR. Pekara sebegini bukanlah pertama kali berlaku malah telah wujud sejak Merdeka lagi. Cuma sejak akhir akhir ini banyak kanak kanak dijadikan Boneka Politik kotor pihak pembangkang.

Antara "Sekampit Beras dari Najib Razak" dan "Demo Jalanan Pembangkang" memberikan satu perbedaan yang ketara untuk kita sama sama renungkan dan fikirkan.


"Contoh perjuangan Pakatan Pembangkang yang sia sia,
Jika mati bukanlah Mati Syahid sebaliknya mati untuk
dijadikan modal politik pimpinan Pembangkang"

Gomo harap rakyat Malaysia sedar akan apa yang Gomo jelaskan ini agar menjadi renungan anda semua dimasa mendatang. Marahnya kita pada UMNO ataupun BN tetapi jangan kita beremosi untuk memilih parti yang caca merba serta hanya pandai menabur janji sepertimana yang dilakukan Pakatan PAS,DAP dan PKR.


"Sayangi Selangor
Yakini BN"


Buang yang keruh ambil yang jernih kerana dibawah pentadbiran Perdana Menteri kita sekarang Dato Sri Najib Tun Abdul Razak banyak TRANFORMASI yang dibawa untuk faedah dan kebajikan rakyat Malaysia tampa mengira Agama dan Bangsa.

Psssttt.... Najib bagi sekampit beras, Anwar Ibrahim? Hadi Awang? Lim Kit Siang? Depa semua tu bagi apa pada rakyat sampai sekarang?

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.



Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP