TERKINI - Ostaz Badrul Amin PKR Sah Bernikah Dengan Wanita Yang Ditangkap Khalwat.

Tuesday, January 15, 2013


Kecoh le nampaknya sehari dua ni bila khabar angin lalu yang sampai nampaknya mengesahkan bahawa Ostaz Badrul Amin PKR yang ditangkap khalwat dengan isteri orang tahun lalu disebuah bilik hotel jam 2 pagi telah bernikah dengan wanita tersebut bulan lepas.

Gomo bersangka baik kepada Ostaz Badrul Amin yang mengambil sikap bertanggungjawap untuk bernikah dengan wanita tersebut selepas diceraikan suaminya yang merupakan seorang guru dari Johor.


Tahniah Badrul Amin namun Gomo nak tanya juga kepada beliau mengapa bila keluar cerita beliau ditangkap Khalwat dengan isteri orang beliau menafikan cerita tersebut dan menyalahkan UMNO sebagai dalang dalam khalwat tersebut?

Gomo juga nak tanya kepada pencacai Pakatan Pembangkang yang mempertahankan Badrul Amin dalam kes khalwat sebelum ini. Dengan menafikan penangkapan khalwat tersebut sebaliknya menyatakan kes tersebut adalah fitnah UMNO?

Sekarang ni Oztad badrul Amin telah bernikah dengan wanita yang ditangkap khalwat itu. Gomo nak tanya kepada para penyokong Pakatan PAS dan PKR!!!


Kau orang tak ucap terima kasih ke pada UMNO coz Badrul Amin dah bernikah dengan perempuan yang sama ditangkap khalwat di Kuantan tahun lepas? Takkan lah tak ucap terima kasih sekarang ni? Kalau hari tu kata UMNO dalang dan Fitnah dan sekarang ni Ostaz dah kawin so Gua rasa puak Pakatan patut ucapkan terima kasih pada UMNO.

Betul tak??

Psssttt.... Rakyat makin jelas betapa jahilnya puak Pakatan Pembangkang ni!!!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Read more...

Part 1 Edisi Khas Golden Globe - Skandal Seks Bill Clinton & IQ Rakyat Amerika



Golden Globe merupakan satu anugerah buat penggiat seni seluruh dunia. Anugerah yang setahun sekali diadakan dan untuk kali ini ianya merupakan Anugerah kali yang ke 70. Satu tempoh yang cukup lama dalam menghargai bakat seni seluruh dunia.

Gomo bukan nak membicarakan tentang Anugerah berpestij ini sebaliknya Gomo nak meluahkan sedkit apa yang terbenak diminda ini sewaktu menyaksikan tayangan Anugerah golden Globe malam tadi.

Bill Clinton bekas Presiden Amerika Syarikat yang ke 42 telah muncul dalam Anugerah Golden Globe semalam. Satu kejutan buat seluruh dunia yang menyaksikan tayangan tersebut. Anda kenal Bill Clinton? Gomo jelaskan sedikit sebanyak tentang Bill Clinton untuk pemahanam semua.

Menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke 42 pada tahun 1993 sehingga kepada tahun terakhir beliau iaitu pada tahun 2001. Memenangi pilihanraya Presiden Amerika sebanyak 2 kali iaitu dengan menewaskan George H.W.Bush pada tahun 1992 dan menewaskan Bob Dole pada tahun 1996.

Karier Bil Clinton yang begitu cemerlang dalam parti Demokrat dan juga selaku Presiden Amerika Syarikat akhirnya kecundang pada tahun 1998 dek kerana skandal beliau dengan pembantu beliau di White House Monica Lewinsky

Walaupun Skandal tersebut hangat diperkatakan pada tahun 1998 dengan dinafikan Bill Clinton namun Bill Clinton akhirnya meletakkan jawatan pada tahun 2001 hasil dari desakan seluruh pimpinan parti politik sama ada dari Republikan mahupun Demokrat. Malah seluruh rakyat Amerika Turut mendesak beliau meletakkan jawatan selaku Preiden Amerika ekoran skandal seks tersebut.

Itulah sedikit sebanyak yang Gomo dapat sampaikan jika anda mahukan cerita penuh tentang Bill Clinton layari sahaja WIKIPEDIA.


Apa yang Gomo nak sampaikan disini adalah antara tiga insan iaitu Bill Clinton,Anwar Ibrahim, Najib Razak disamping isteri mereka Hillary Clinton, Wan Azizah dan Rosmah Mansor dan IQ rakyat dua negara iaitu Amerika Syarikat dan Malaysia.



Bill Clinton:
Beliau merupakan antara Presiden yang cukup disanjung oleh rakyat Amerika semenjak perang dunia kedua dan merupakan antara Presiden yang menang pilihanraya sebanyak dua kali dengan undian yang besar. Pendek kata beliau memang menarik ramai rakyat Amerika untuk memilih beliau sebagai orang no 1 Amerika.

1998 merupakan tempoh sukar buat Bill Clinton apabila skandal seks beliau dengan pembantu beliau iaitu Monica Lewinsky telah menggegarkan dunia. Ekoran dari pendedahan Monica Lewinsky, Bill Clinton melakukan apa sahaja demi menyelamatkan karier politiknya sehingga sanggup berbohong kepada seluruh dunia tentang skandal tersebut.

Pembohongan dalam memberikan keterangan bersumpah yang beliau lakukan dalam menafikan skandal tersebut telah memakan diri hingga menyebabkan lebih ramai yang marah dan mendesak beliau meletakkan jawatan. Tidak cukup dengan itu kenyataan nya yang mengelirukan rakyat Amerika tentang skandal tersebut membuatkan rakyat semakin mual dan meluat dengan penipuan Bill Clinton.


Monica Lewinsky yang telah menerima ratusan Juta USD dari pihak media bagi hak Eksklusif mendedahkan skandal tersebut terus mendedahkan skandal mereka berdua. Kenyataan Monica Lewinsky seakan panahan petir sehingga membuatkan seluruh Amerika Syarikat malah dunia luar mempercayai kata kata Monica Lewinsky.



Akhirnya dengan hanya beberapa keping gambar (gambar diatas dan dibawah) Bill Clinton mengakui hubungan Skandal beliau dengan Monica Lewinsky yang mana beliau mengundur diri dari pentas politik.
 

Apa yang menarik disini adalah Bill Clinton yang BERBOHONG tentang skandal seks nya dengan Monica Lewinsky akhirnya memakan diri ekoran pendedahan beberapa keping gambar ditambah dengan kenyataan KONSISTEN Monica Lewinsky serta pembohongan Bill Clinton itu sendiri.

Lebih menarik lagi apabila kita dapat lihat pemikiran tahap IQ yang cerdik dipamerkan rakyat Amerika dalam skandal tersebut yang mana suka atau tidak mereka pada Bill Clinton namun apabila skandal terpalit kepada pemimpin negara maka jawapan yang pasti adalah BERUNDUR. Malah rakyat Amerika mahupun pimpinan Parti Demokrat dan Republikan tidak sesekali pun mengeluarkan kenyataan bahawa Skandal Seks tersebut merupakan "KONSPIRASI".



Gomo suka nak memetik kenyataan dari  Perwakilan Paul McHale dari Pennsylvania:

''Presiden berbohong ketika memberi keterangan bersumpah,''
''Kita tidak boleh bertolak-ansur terhadap perbuatan sedemikian oleh mana-mana Presiden sekiranya kita mahu terus menjadi sebuah negara yang mendaulatkan undang-undang dan bukan mendaulatkan manusia,'

Pengunduran Bill Clinton sebenarnya telah memberikan penghormatan buat beliau. isteri beliau Hilarry Clinton telah berkecimpung dalam pentas politik selaku Senator dari New York yang kemudiannya menjadi setiausaha Amerika dibawah kepimpinan Barak Hussin Obama bagi penggal 2009 sehingga 2012

Selepas Cill Clinton berundur dari pentas politik akibat Skandal Seks, beliau bergiat aktif dalam pertubuhan pertubuhan serta badan amal diseluruh dunia. Dan dengan segala yang beliau lakukan selepas dari pengunduran beliau dari pentas politik beliau telah diterima semula oleh rakyat Amerika malah Dunia juga menyambut baik kerja amal yang beliau lakukan.

Bill Clinton tidak kembali ke kancah politik dan ini merupakan keputusan beliau yang tepat kerana skandal seks beliau yang lalu tidak dapat membawa beliau ke kancah politik Amerika ekoran rakyat Amerika yang menolak pemimpin yang mempunyai masaalah moral. Bill Clinton tahu hakikat tersebut dan atas sebab itu beliau sehingga ke hari ini tidak berpolitik.
Kini Bill Clinton tidak dikecam mahupun dicemuh oleh rakyat Amerika sebaliknya beliau terus dihormati sebagai salah seorang Presiden Amerika Syarikat walaupun pengunduran beliau adalah kerana Skandal Seks.

Itulah Bill Clinton dan IQ rakyat Amerika Syrikat yang kita selalu kata mereka penindas dunia. Benar mereka Amerika adalah Polis Dunia yang sesuka hati menindas negara lain terutama dunia Islam namun IQ mereka cukup tinggi dalam menilai pemimpin mana yang patut diangkat untuk menjadi peneraju buat negara mereka sendiri.

Sambungan dari artikel ini akan menyusul yang mana Gomo akan ceritakan pula Anwar Ibrahim dan IQ rakyat Malaysia....... Pastikan anda melayari Edisi Khas Golden Golobe hasil nukilan Papa Gomo

Psssttt.... Gambar Bill Clinton dan Monica Lewinsky serta pembohongan Bill Clinton sahaja cukup untuk rakyat Amerika menolak Presiden mereka.



Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.



Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP