Tanggal 12 Januari 2011 perginya seorang sahabat Papa Gomo dalam alam media maya ini. Seorang sahabat yang Gomo tidak pernah berjumpa tetapi keakraban antara Gomo dan arwah cukup hebat digambarkan melalui hasil kerja artikel artikel yang kami keluarkan didalam Blog masing masing.
Beliau sememangnya sahabat sejati malah bukan sahaja Gomo yang megakui peranan beliau tetapi ramai rakan rakan Blogger yang lain turut sama merasai kehilangan beliau yang sememangnya cukup prihatin dengan sahabat blogger yang lain.
Artikel beliau yang terakhir adalah bertarikh 9 Januari 2011
Untuk baca artikel Arwah
KLIK DISINI
Arwah Disebelah Kanan
Tajam, Pedas dan Konsistem penghasilan artikel artikel beliau. Itulah Arwah Abdul Aziz Baharom umur 56 tahun ataupun Blogger Aku Yang Gambi yang telah kembali ke ramatullah pada tanggal 12 Jan 2011 yang lalu akibat jangkitan kuman dan paru paru. Al Fatihah.......
Blogger pada waktu lalu tidak sama dengan blogger pro Kerajaan yang ada hari ini, Blogger pada waktu lalu sezaman dengan Papa Gomo seperti Parpu Kari, Gerakan Anti PKR, RBF Online, Pisau.Net, Taipingmali, Sekupang Dua, Darul Ehsan Today, Garamanis, Panglima Perang Cyber, Gotah Lantun, Waadat, Abang Tuah, Aku Yang Gambi dan lain lain mengamalkan sikap Brotherhood dalam perjuangan menentang puak Blogger Pakatan Pembangkang.
Malah jika diimbau kembali barisan Blogger yang sezaman dengan Papa Gomo menggunakan ruang Chat Yahoo Messenger untuk berkomunikasi antara satu sama lain. yelah waktu lalu tidak ada lagi BBM ataupun Facebook yang cukup popular waktu ini digunapakai oleh Blogger.
Dengan Yahoo Messenger hubungan kami rapat dan seringkali menfaatkan setiap peluang dalam perbincangan kami untuk menerjah Pakatan Pembangkang. Kesannya cukup besar yang mana banyak isu isu yang dimainkan oleh kami sekitar 40 orang Blogger mendatangkan ketakutan buat barisan Blogger Pembangkang yang waktu itu menguasai medan tempur era Blogging tanah air.
Setiap kali pilihanraya Barisan Blogger sezaman dengan Gomo akan memastikan maanfaat tersebut digunakan sebaik mungkin untuk bertemu dan berkumpul melepak sehingga awal pagi. Malah ada yang tak tidor dek kerana berborak tentang isu politik semasa demi memastikan kemenangan barisan Nasional pada PRU 13 nanti.
Pemimpin kami? Waktu itu kami tidak ada yang memimpin ataupun mahu dipimpin sebaliknya masing masing merupakan Ketua yang cukup cukup hebat antara satu sama lain.
Dengan kehadiran Blogger baru pro kerajaan yang muncul kerana kesedaran mereka mahu membantu kerajaan ianya memberikan semangat buat kami yang sekitar 40 orang ini. Pendek kata kami amat mengalu alukan Blogger Blogger baru untuk bersama dalam perjuangan kami. Malah Arwah Aku Yang Gambi cukup teruja apabila barisan blogger baru membuat pukulan hari demi hari ke atas pembangkang sehinggakan Arwah mahukan agar barisan Blogger sezaman dengan beliau membantu menaikkan blogger baru ini agar seiring dengan barisan kami.
Gomo masih ingat Pilihanraya kecil Bukit gantang yang diadakan pada tahun 2009. Inilah pilihanraya kecil yang sebenarnya telah membawa Blogger menjalankan liputan sepanjang kempen pilihanraya tersebut. Blogger RBF Online, Parpu kari, Pisau. Net dan Blogger Pembela Wira (Abang kepada Blogger Rezqueen Hill) merupakan barisan Blogger yang menjalankan liputan sepanjang PRK Bukit Gantang. Senarai nama untuk menjalankan liputan tersebut disediakan oleh Gomo dan RBF Online kerana hubungan Gomo yang kenal rapat dengan Parpu Kari, Pisau dan Pembela Wira.
PRK Bukit Gantang Tugas pertama Blogger
Meraih nikmat atau tidak barisan Blogger tersebut pada kempen PRK Bukit Gantang silalah bertanya dengan RBF, Pisau, Parpu yang masih berblogg sehingga ke hari ini. Rakan Blogger Pembela Wira pula kini sudah tidak berblog kerana suksess dengan kerja
ya beliau. Itulah waktu lalu sebelum diambil alih oleh UMNO bagi menguruskan Blogger mejalankan liputan PRK.
Pecah Kuasa Perintah yang telah berlaku sekitar tahun 2010 membuatkan
barisan blogger Pro Kerajaan berbalah sedikit demi sedikit. Pecah Kuasa
Perintah yang boleh Gomo katakan adalah kerana sikap UMNO sendiri yang
melihat barisan Blogger pada waktu itu perlu dikawal oleh individu agar
boleh mengawal setiap artikel yang Blogger keluarkan. Ada yang menyokong
permainan UMNO dan ada pula yang menolak pelan UMNO tersebut.
Walaupun
Pecah Kuasa Perintah diamalkan waktu 2010 keakraban antara Blogger
terdahulu utuh dan amat rapat. banyak program yang diadakan cukup
mendatangkan memori kepada semua yang hadir malah ada yang kerja pada
waktu kursus dianjurkan sanggup mengambil cuti semata mata untuk
berjumpa dengan rakan Blogger alam maya ini.
Waktu ini semakin ramai Blogger Pro Kerajaan baru yang menghiasi lama internet berjuang menentang pakatan Pembangkang. Gomo dan rakan sezaman dengan Gomo cukup gembira dengan situasi ini kerana memberikan impak buat BN dalam menghadapi PRu 13 kelak.
Namun demikian tidak ada lagi hubungan seintim kami waktu lalu dengan barisan Blogger yang ada hari ini. Segelintir Blogger baru dilihat lebih mementingkan Tuan yang memberi makan dan sanggup menggadaikan apa sahaja asalkan mereka diberikan kedudukan untuk memimpin sesebuah organisasi.
Apa sekalipun yang berlaku hari ini barisan Blogger sezaman dengan Gomo pastinya mengucapkan terima kasih buat blogger baru yang hadir dalam membela Barisan Nasional. PRU 13 sudah semakin hampir dan pastinya pukulan pukulan maut dari barisan Blogger lama dan baru akan mendatangkan ketakutan buat Blogger Pembangkang dan juga pimpinan mereka.
Rakyat Malaysia mahukan hidangan yang baik dari kedua dua belah pihak jadi adalah menjadi tugas utama kita Blogger Pro Kerajaan untuk memastikan kempen kita pada PRU 13 nanti memberikan kepuasan buat para pembaca.
Gomo masih ingat perbualan terakhir dengan Arwah Blogger Aku Yang Gambi sewaktu PRK Galas yang lalu. Kami masing masing bersemangat untuk menang PRU 13 ini dengan memastikan BN peroleh kemenangan 2/3. Semoga impian Arwah untuk lihat barisan Blogger Pro Kerajaan berjuang habis habisan menang PRU 13 nanti menjadi iktizam buat kita semua. Tunaikan impian Arwah yang tidak jemu menabur bakti dalam memastikan Barisan Nasional kekal utuh sebagai pentadbir negara.
Al fatihah buat Abdul Aziz Baharom Blogger Aku Yang Gambi Dan Dato' Azizan Yaakob Blogger Melayu Raya Dail. Semoga Roh kedua dua mereka dicucuri Rahmat.....
Psssttt.... Teringat skandal gua dengan Blogger Sya Reformis yang sekarang dah jadi Ketua Srikandi PKR..hehehe
Undi PKR Bawa Kehancuran Negara
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.
Read more...