Najib Razak Penghubung Fatah & Hamas Bagi Membentuk Kerajaan Perpaduan
Thursday, January 24, 2013
Sekali gus lawatan itu mempamerkan sokongan yang cukup kuat daripada rakyat dan kerajaan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin termasuk di Gaza yang mendapat tekanan hebat daripada keganasan Israel selama lapan hari pada November tahun lepas.
Keganasan yang dilakukan oleh Israel di Gaza amat menyayat hati rakyat Malaysia dan dengan perkembangan terkini yang melibatkan rakyat Malaysia dalam menghulurkan bantuan, Najib berkata adalah amat wajar beliau melawat wilayah Palestin itu bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangan mereka.
Najib berkata demikian dalam sidang akhbar di hari terakhir lawatan kerja tiga hari beliau di Mesir yang bermula Isnin lepas sebelum berangkat menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, Rabu.
Najib juga berkata lawatan semalam memberi peluang kepada beliau menyatakan sokongan kepada Fatah dan Hamas untuk menubuhkan kerajaan perpaduan secepat mungkin.
Kewujudan kerajaan perpaduan antara Fatah dan Hamas penting bagi rakyat Palestin iaitu pra-syarat untuk mereka mendapatkan kejayaan yang diidam-idamkan dalam perjuangan mereka, katanya.
"Saya telah tegaskan kepada (Perdana Menteri Palestin) Ismail Haniyeh dan saya ulangi dengan (Presiden Mesir Mohamed) Morsi dalam pertemuan malam tadi supaya Mesir menjadi broker atau orang tengah," katanya.
Najib berkata Morsi telah menetapkan jadual untuk dua pihak iaitu Fatah dan Hamas untuk meneruskan rundingan sehingga dapat menubuhkan kerajaan perpaduan dalam masa terdekat dan Morsi optimis mengenai rundingan itu. Read More...
Syabas Dato Sri Najib Razak dalam usaha untuk menyatupadukan umat Islam di Palestine dari terus berbalah dek kerana perebutan kuasa. Satu usaha dan nilai murni yang ditonjolkan Perdana Menteri Malaysia yang mana merupakan satu kebanggan buat Gomo yang menjadi rakyat Malaysia.
Di Malaysia bagaimana? UMNO? PAS? Yb Ustaz Nasaruddin Mat Isa bekas timbalan Presiden PAS yang turut sama dalam rombongan Perdana Menteri ke Gaza sebenarnya memberikan sedikit gambaran kepada kita semua. Kita tunggu sahaja bila sampai masanya nanti . Amin.....
Psssttt... yang pasti PKR parti yang memperjuangkan pemimpin Homoseksual sejak dulu hingga kini.
Undi PKR Bawa Kehancuran Negara
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.



