Dakwaan Langgar Privasi Hanya Untuk Mengalih Isu Sebenar - Tunku Abdul Aziz

Saturday, February 2, 2013


Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz hari ini menafikan dakwaan melanggar privasi apabila beliau mendedahkan anak Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-’Abidin ibni Tuanku Muhriz telah ditawarkan DAP untuk menjadi calon pilihan raya.

Tunku Aziz berkata beliau tidak boleh menerima dakwaan DAP bahawa beliau telah melanggar hak privasi memandangkan beliau sendiri tidak mengulangi perbualan diantara Tunku Zain dan Anthony Loke dan tidak pernah berada sewaktu perbincangan diadakan.

Beliau menegaskan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke telah memberitahu kepadanya mengenai tawaran jawatan di peringkat pusat yang telah ditolak oleh Tunku Zain secara terhormat.

"Namun lebih daripada itu, saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang apa yang berlaku dan untuk mengatakan bahawa saya telah melanggar hak privasi, hanyalah untuk mengalihkan perhatian daripada isu sebenar," katanya.

Tunku Abdul Aziz berkata dakwaan beliau melanggar hak privasi hanyalah sebagai mengalih isu sebenar tindakan DAP menawarkan jawatan Menteri Besar kepada Tunku Zain, sebelum ditawarkan sekali lagi jawatan di peringkat Persekutuan.

Beliau turut menegaskan DAP cuba untuk memesongkan fakta sebenar mengenai tawaran yang dilakukan, apa yang disifatkan beliau sebagai mempunyai kesan besar terhadap perlembagaan.

"Seperti yang saya katakan, bayangkan situasi di mana bapa adalah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan anak pula adalah seorang Menteri Besar, yang juga merupakan ahli DAP.

"Ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan jelas menimbulkan banyak persoalan di minda," katanya.

Bekas Naib Pengerusi DAP ini turut memberitahu tawaran tersebut bukan sahaja melibatkan kepentingan awam, malah melibatkan kepentingan negara.

Tunku Aziz menegaskan DAP sebenarnya cuba untuk membangkitkan persoalan privasi hanya untuk menjatuhkan kredibilitinya.

"Saya telah memegang beberapa kedudukan penting bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Saya adalah seorang yang melindungi privasi dan kerahsiaan namun bagi kes seperti ini, ia adalah suatu perkara yang amat penting kepada keselamatan negara," katanya.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa isu sebenar bukannya berkisar mengenai Tunku Zain, namun lebih kepada ketidakmatangan dan keceluparan Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang jelas bertindak bukan hanya untuk dirinya malah mendapat kelulusan tersirat dari kepimpinan parti DAP.

"Saya mendapati amat sukar untuk membayangkan situasi seperti ini mampu meletuskan krisis terhadap perlembagaan.

"Orang Melayu di peringkat negeri dan orang Melayu diseluruh Malaysia akan bertengkar dan berpecah mengenai isu ini.

"Jelas ini adalah contoh kualiti kepimpinan yang perlu rakyat hadapi dengan DAP jika sekiranya mereka telah memenangi pilihan raya umum kelak.

"Isu utama disini adalah mengenai prinsip. Selain dari itu hanyalah usaha DAP untuk mengalih perhatian dari isu sebenar," kata Tunku Abdul Aziz.


Sumber dari KLPOS


Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

Read more...

Ada Nur Muka Dia Ni Kata Nik Aziz

Gua tak tahu ada Nur ke tidak muka si Anwar Ibrahim ni. Tapi ni lah mukanya yang PAS sanggup usung ke sana ke sini walaupun si tua kutuk tu Main Lubang taik.

Ustaz Nasaruddin di pecat sebaliknya si Tua kutuk ni yang dijulang malah sanggup menjadikan si Tua Kutuk ni Perdana Menteri jika Pakatan menang menidakkan Hadi Awang selaku. Presiden PAS.


Psssttt... Ada Nur ke? Hahaha, cam terbakor je aku tengok.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP