Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed hari ini melancarkan aplikasi telefon untuk Radio Selangor BN.FM.
Menurutnya, sehingga kini pendengar Radio Selangor BN.FM telah mencecah sehingga 80 ribu orang.
Sehubungan dengan itu, aplikasi telefon dilancarkan bagi meluaskan akses radio berkenaan.
"Bagi meluaskan lagi akses kepada radio Selangor BN.FM ini, BN Selangor dengan sukacitanya melancarkan aplikasi untuk pengguna telefon pintar," katanya kepada pemberita dalam sidang media dan Pelancaran Aplikasi Telefon Radio Selangor BN.FM di ibupejabat UMNO Selangor di Shah Alam hari ini.
Tambahnya, aplikasi berkenaan boleh dimuat turun melalui platform iOS untuk pengguna Iphone dan Ipad, pengguna Android, Windows dan Blackberry.
Pengguna kemudiannya hanya perlu menaip 'selangorbnfm' di ruangan 'appstore' atau 'google play' untuk menggunakan aplikasi tersebut.
Mohd Zin turut berkata, BN Selangor mensasarkan bilangan muat turun aplikasi ini mencecah sehingga 200 ribu muat turun.
"BN mensasarkan sehingga 200 ribu muat turun menjelang akhir bulan Februari ini," ujar beliau.
Radio SelangorBN.FM akan turut menemuramah pemimpin-pemimpin politik utama di Selangor ini bagi mengupas pelbagai isu menarik.
Sebelum ini, Radio Selangor BN.FM telah dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 Januari dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Sumber dari
KLPOS
Undi PKR Bawa Kehancuran Negara
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.
Read more...