Dakwaan Deepak Jaikishan Ada Asasnya
Sunday, February 10, 2013
Deepak Jaikishan terus dan terus menyalak sampaikan beliau sanggup diheret bagaikan lembu oleh pihak Pakatan Pembangkang bagi menjatuhkan nama baik Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Dakwaan Deepak berasas ataupun tidak? Gomo tidak bertuan dan Gomo tidak mahu rakyat menjadi pening dengan dakwaan demi dakwaan Deepak serta kenyataan rekayasa fitnah jahat yang dilakukan pimpinan pembangkang. Justeru hari ini Gomo nak ingatkan kepada semua bahawa satu lagi klip video akan ditayangkan kepada pembaca Blog Papa Gomo.
Video pendek kesinambungan video terdahulu yang mana diperolehi hasil rakaman curi bersama Deepak akan Gomo keluarkan pada hari Selasa ini. Video yang pastinya akan memberikan satu langkah awal bagi Deepak menyatakan sendiri siapa yang bertanggungjawap dalam isu isu yang beliau bangkitkan.
Dakwaan Deepak Jaikishan sememangnya ada asas namun asas beliau hanya bergantung harap kepada seorang pemimpin UMNO yang mana menjaga beliau selama ini. Siapa pemimpin tersebut? Gomo akan dedahkan pada hari Selasa ini agar rakyat sama ada disebelah pihak Barisan Nasional ataupun Pembangkang mengetahui kebenarannya.
Psssttt....Peduli lah, janji kebenaran
Undi PKR Bawa Kehancuran Negara
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

