Deepak Jaikishan Melobi RM 30 Juta Melalui Orang Tengah Dalam Pimpinan UMNO
Tuesday, February 12, 2013
Serangan Deepak Jaikishan ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah mungkin tidak benar benar mendatangkan kesan kepada undi Barisan Nasional pada PRU 13 ini. Namun Gomo terasa pembaca blog Papa Gomo pastinya ingin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku ataupun dengan kata lain "apa yang tersirat" dalam serangan Deepak keatas PM dan isteri.
Gambar diatas merupakan gambar yang diambil dari KLIP VIDEO yang akan dikeluarkan dalam masa beberapa hari lagi. Klip video yang dirakam dalam sebuah rumah pemimpin UMNO yang secara langsung sebenarnya terlibat dalam isu Deepak Jaikishan ini sejak tahun lepas lagi.
Deepak Jaikishan menuntut agar wang beliau sebanyak RM 30 juta yang kononya dilaburkan kepada Dato Raja Ropiah Ketua Wanita UMNO Malaysia dalam bidang hartanah. Tuntutan Deepak ini telah dinyatakan kepada pemimpin UMNO tersebut sejak pertengahan tahun lepas lagi dan meminta agar pemimpin UMNO tersebut membantu untuk mendapatkan wang tersebut setelah Deepak Jaikishan KALAH dalam kes mahkamah melibatkan isu tanah tersebut dengan Dato Raja Ropiah.
Cerita asal tuntutan Deepak Jaikishan adalah wang beliau sebanyak RM 30 juta dan pemimpin UMNO tersebut tahu mengenai pekara tersebut dan selama mana itu juga pemimpin UMNO itu cuba menuntut RM30 juta dari Dato Raja Ropiah selaku orang tengah.
Raja Ropiah yang menang dalam kes saman Deepak dan mengambil keputusan untuk tidak membayar Deepak walaupun pelbagai cara digunakan oleh Deepak bagi menuntut RM 30 juta tersebut. Malah pemimpin UMNO yang dimaksudkan didalam gambar diatas juga telah mengadakan rundingan dan perbincangan bagi pihak Deepak dengan dihadiri peguam peguam Raja Ropiah bagi menuntut RM 30 juta yang akhirnya juga gagal. Episod tuntutan RM 30 juta ini telah timbul sejak tahun 2011 lagi dan ianya bukan satu pekara yang baru untuk disembunyikan oleh Deepak, Raja Ropiah ataupun Individu pemimpin UMNO yang menjadi orang tengah kepada Deepak.
Gomo tidak mahu mengulas panjang namun Gomo nak ingatkan kepada pembaca semua bahawa isu utama Deepak yang beliau mahukan adalah wang RM 30 juta yang dikatakan telah dilabur kepada Raja Ropiah ketua Wanita UMNO Selangor dalam projek hartanah.
Baru baru ini Deepak telah mendapat RM 30 juta dan disini kenyataan beliau:
“Ianya benar bahawa saya dan pemegang saham saya telah menjual saham kami dalam Astacanggih untuk RM30 juta yang merupakan harga kos sebenar kami RM13 juta untuk Raja Ropiaah, RM8 juta untuk sumbangan politik, RM7 juta kos kewangan dan RM2 juta untuk kos guaman dan pelbagai kos.”
Kenyataan Deepak selepas itu :
Saudagar karpet Deepak Jaikishan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan individu yang bertanggungjawab mengarahkan Boustead Holding untuk mengambil alih kepentingan dalam syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd.
"Arahan diberikan daripada Datuk Seri Najib kepada pengerusi Boustead secara langsung. Saya tahu perkara ini, sebab saya berada di sana sewaktu arahan diberikan," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS
Apakah benar Dato Seri Najib Razak yang mengarahkan Syarikat Deepak dibeli ataupun ada orang lain yang mahukan Deepak memperolehi RM 30 juta yang mana individu tersebut mempunyai kepentingan dari perolehan Deepak RM 30 juta tersebut?
Dato Raja Ropiah perlu tampil kehadapan menjelaskan pekara sebenar tentang isu Tanah ini yang mana beliau perlu jelaskan Berapa kali beliau telah menang dalam kes Saman Deepak dan apa tuntutan dari Deepak sejak setahun lalu dan pemimpin UMNO mana yang mengarahkan beliau untuk membayar Deepak RM 30 juta walaupun Raja Ropiah menang kes saman tersebut.
Gomo melihat satu pekara yang pasti disini adalah Deepak Jaikishan mengatur strategi dalam mendapatkan RM 30 juta melalui seorang pemimpin UMNO. Cerita lanjut akan menyusul sehari dua ini yang mana paparan Video rakaman sulit perbualan didalam rumah pemimpin UMNO tersebut didedahkan.
Persoalan yang mungkin berlegar dikepala kita:
1) Dakwaan Deepak benar?
2) Raja Ropiah cuba sembunyikan sesuatu?
3) Individu pemimpin UMNO yang mejaga Deepak selama ini perolehi sesuatu dari RM 30 juta?
4) Dato Seri Najib Razak & Rosmah Mansor mangsa pertelagahan antara Raja Ropiah dan Deepak?
Apa pun kita nantikan klip video Deepak Jaikishan yang seterusnya!!!
Psssttt.... Dalam cerita Deepak ni beliau bercakap benar dan juga bercakap bohong. Macha......
Undi PKR Bawa Kehancuran Negara
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

