Muhyiddin Yassin vs Najib Razak Rekayasa Terbaru Deepak Jaikishan Anjing Seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Friday, February 15, 2013


Apa salah Tan Sri Dato Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO dalam isu serangan Deepak Jaikishan keatas Perdana Menteri Dato; Sri Najib Tun Razak dan isteri Datin Sri Rosmah Mansor?

Sejak seminggu ini media pembangkang hebat merekayasa fitnah jahat bahawa dalang utama serangan Deepak Jaikishan keatas PM dan isteri disebabkan oleh Muhyiddin Yassin. Apakah benar dakwaan tersebut?

Sepanjang Gomo terlibat dalam berblog ini Gomo perhatikan Muhyiddin Yassin cukup setia dengan pucuk pimpinan apath lagi dengan kesetian beliau pada Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak. Sejak beliau menjadi orang no 2 dalam kerajaan serba serbi dijalankan dengan sikap sedar diri beliau selaku orang no 2 dibelakang Najib Razak. Untuk melawan Najib Razak sepanjang tempoh ini tidak langsung Gomo lihat ataupun dengar cakap cakap mengenai pekara ini.

Kenyataan Harakah akhbar Fitnah utama parti PAS:


"Who is behind Deepak Jaikishan? This has been the burning question since the carpet dealer decided to spill the beans on Prime Minister Najib Tun Razak and his wife Rosmah Mansor.
Speculations abound, with some claiming that he is working for the opposition while there are also those who believe that he is linked to Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin."


Rekayasa fitnah jahat ini sebenarnya tidak lain dan tidak bukan untuk menggagalkan usaha UMNO yang selama ini berganding bahu dalam memenangi pilihanraya umum ke 13. Tragedi 2008 yang mana ramai ahli UMNO sabotaj parti apabila menolak Pak Lah telah menyebabkan pembangkang banyak memenangi kerusi pilihanraya dan adalah tidak mustahil strategi untuk memecahkan UMNO dari dalam agar UMNO bertelagah dan seterusnya undi akan memihak kepada mereka sepertimana PRU yang lalu digunakan.

Itu intipatinya dan Gomo tahu permainan jijik pakatan pembangkang ini yang semakin takut apabila menghampiri pilihanraya umum ke 13.


Sepertimana dalam artikel sebelum ini KLIK DISINI Gomo ada menyatakan bahawa isu utama Deepak adalah masaalah perniagaan beliau dengan Dato Raja Ropiah ketua Wanita UMNO Selangor. Isu mereka adalah mengenai pelaburan wang yang Deepak Jaikishan lakukan ke atas tanah yang dimiliki Raja Ropiah.

Dan sepertimana artikel yang terdahulu juga Gomo nyatakan memang ada seorang PEMIMPIN UMNO yang terlibat dengan Deepak dengan menjaga Deepak selama ini. Namun pemimpin UMNO yang dimaksudkan itu bukanlah Muhyiddin Yassin sebaliknya seorang AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO.

Deepak Jaikishan yang kononya menyatakan beliau bercakap benar dan cuba memutarbelitkan fakta dinasihatkan untuk mendedahkan siapa pemimpin UMNO yang menjaga beliau selama ini. Gomo juga sekali lagi meminta Dato Raja Ropiah ketua Wanita UMNO Selangor tampil kehadapan menjelaskan pekara sebenar tentang permasaalahan beliau dengan Deepak dan menyatakan siapa pemimpin UMNO yang mendesak beliau untuk membayar Deepak Jaikishan RM 30 juta sejak setahun lalu.



Gandingan Mereka Mantap!!!

Pihak pembangkang sebenarnya takut dengan Najib Razak dan Muhyiddin Yassin dalam gandingan mantap ini mentadbir Malaysia. Oleh kerana gandingan mantap ini lah pembangkang perlu melakukan sesuatu agar UMNO bercakaran sesama sendiri.

Gomo juga harap pemimpin UMNO yang menjaga Deepak Jaikishan selama ini yang turut membawa Deepaj ke luar negara untuk tampil membersihkan nama Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor serta Muhyiddin Yassin yang sekarang ini difitnah sebagai dalang serangan Deepak ke atas PM dan isteri.

Pemimpin UMNO yang menjawat jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu perlu tampil jika ada Telor  . Jangan kerana sayangkan kedudukan anda maka anda menjadi manusia yang tidak bertanggungjawap dan memaksa Presiden parti dan Timbalan Presiden yang menerima aib hasil dari Deepak Jaikishan yang kemaruk Populariti itu.


Sehari dua lagi rakaman Video Diatas  akan dikeluarkan........

Psssttt..... Respek kesetian Muhyiddin Yassin pada Najib Razak.

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.


Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP