Siasatan ROS Ke Atas Parti DAP Bakal Akibatkan Parti Tersebut Diharamkan

Sunday, February 17, 2013






Pendaftar Pertubuhan (ROS) boleh memulakan siasatan terhadap DAP berikutan parti tersebut gagal mengemukakan laporan ekoran kesilapan dalam pengiraan undi pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tarikh akhir bagi DAP mengemukakan laporan adalah pada Jumaat (semalam).
"Saya dimaklumkan ROS sekarang ini sudah boleh membuat siasatan kerana laporan berkaitan DAP ini dibuat semalam.  Read More.....


Psssttt... Jika dulu UMNO pun pernah alami nasib yang sama tak mustahil DAP bakal terima nasib yang sama iaitu DIHARAMKAN

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

Read more...

Kes Terpencil - Adik Perempuan Gua Tangkap Cintan Dengan Najib Razak



Gua ada seorang adik perempuan, adik perempuan Gua duduk di JB bersama Mak dan Ayah Gua. Apa yang Gua nak cakap bukan sebab Gua nak carikan Jodoh untuk adik perempuan Gua ataupun nak Adik perempuan Gua Popular kat Blog Gua tetapi Gua nak sampaikan luahan Adik perempuan Gua semalam kat Gua.

Semalam Adik perempuan Gua telah menerima bantuan dari Kerajaan Malaysia BR1M sebanyak RM250. Bantuan wang tunai yang pertama kali beliau perolehi dari kerajaan selain dari bantuan Baucer buku sekolah dan bantuan bantuan lain. Cuma kali ni bantuan kerajaan ni agak berlainan sedikit kerana boleh ditukar kepada CASH!!!


Gua dengan adik beradik tak berapa sangat nak sembang bab politik tetapi bila adik Gua cakap dapat BR1M ni Gua rasa sebagai Abang Gua patut cakap kat Adik Gua untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan terutama Dato' Sri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia. Bukan apa, kita yang dah dewasa ni kena sampaikan kepada anak anak muda akan apa yang dinikmati kesan dari pentadbiran yang mantap selama ini yang ditadbir oleh Barisan Nasional.

Tapi Gua agak ralat le sikit sebab Gua baru je bukak mulut kat adik Gua dia dah bagi penampor sedas kat Gua. Walaupun melalui talifon tetapi tamparan tu pada Gua agak memalukan Gua sebagai Abang lah. Huhuhu.

Papa Gomo : "Ni kau dah dapat RM 250 yang kerajaan bagi kira untonglah. Kena cakap terima kasih le  pada Kerajaan".

Adik Gua: "Pastikan Undi Barisan Nasional, Tahun akan datang dapat lagi dan silap silap Pak Jib bagi lebih lagi"

Papa Gomo: "Errrrr pandai pun kau"

So belum apa apa lagi Adik Gua dah tahu apa yang patut dia buat untuk menghargai kerajaan. Sebab adik Gua walaupun berumur 21 tahun dan akan mengundi buat pertama kali tahun ni dia sedar segala bantuan yang diberikan kerajaan Barisan Nasional.

Betul lah memang orang boleh kata Johor tu kubu Barisan Nasional. Tetapi bukan soal kubu BN or sebaliknya kerana rakyat yang mendapat manfaat dari bantuan kerajaan pastinya akan lebih bijak berbanding mereka yang dapat tetapi buat buat tak dapat dan mudah ditipu pakatan Pembangkang.

Apa pun terima kasih Najib Razak coz adik saya dapat RM250 tu, Mak saya pun dapat jugak dan terima kasih dengan BR1M ni yang sedikit sebanyak meringankan beban keluarga saya. Harap harap menang PRu 13 ni dapat le RM 1000 dan yang belum berkahwin dinaikkan kepada RM 500 pulak. Huhuhu.

So perbualan semalam dengan adik Gua melalui talifon akhirnya membuatkan Adik Gua terus letak talifon bila Adik Gua sebut apa yang aku dah janjikan.

Adik Gua : "Angah punya Janji Bila?"

Papa Gomo: " Janji apa?" (Gua buat buat lupa)

Adik Gua: "Janji nak bagi laptop lah"

Papa Gomo: "Errrr tu bukan Janji lah, tu Manifesto" (Gua mula cuak sebab adik gua mintak Macbook)

Adik Gua: " Janji Ditepati, K bye salam..."

Terus adik Gua letak talifon. Hahaha....Adoi nak taknak Gua kena belikan jugak adik Gua Macbook Pro. yelah takkan Gua tak tunaikan janji pulak kan bila dah berjanji? So kepada rakyat Malaysia yang mana telah berjanji or dijanjikan sila laksanakan Janji ataupun Tuntutan kepada yang berjanji itu.



Ingat.... " Janji Ditepati"

Psssttt... Ada sapa sapa nak tolak Macbook Pro murah murah?

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.


Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP